04 February 2016

Fittriah


Fittriah sudah berusia 1 tahun 11 bulan. Bulan depan genap 2 tahun. Fittriah kalau masa baby badannya tidak bambam macam kakak Fina dan kakak Fiqah, tapi bila dah pandai makan sendiri, baru nampak berisi sikit.

Update perkembangan Fittriah :

  • Masih bf dengan mama tapi kat taska Fittriah minum susu formula.
  • Pandai cakap sepatah dua dan ulang apa kita cakap.
  • Pantang tengok orang nak keluar rumah, cakap nak pot..nak pot...terjemahan bahasa : nak ikut..nak ikut...
  • Selalu gigit, babap akak-akak dia kat rumah. Tapi bila kat taska ada satu petang tu saya ambil dia, ada budak kecil jer daripada dia cubit dia, senyap pula tak melawan. Kalau kat rumah, dialah yang buli akak-akak.
  • Kuat makan, ini memang hobi dia dan kalau boleh dia nak makan suap sendiri.
  • Suka mandi & main air. Duduk lama dalam bilik air pun tak pe.
Alhamdulillah, Fittriah diberikan kesihatan yang baik oleh Allah. Cuma minggu ini dia batuk dan selesema sedikit. Aktif dan suka memanjat kerusi bila kat rumah. Dah faham arahan ringkas dan percakapan harian keluarga di rumah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails