28 March 2016

Mac 2016

Mac antara bulan istimewa dalam keluarga kami iaitu bulan meraikan ulangtahun pernikahan saya dan abang serta sambutan ulangtahun kelahiran Fittriah. 10 Mac 2016 ~ usia pernikahan kami telah memasuki 9 tahun. Mudahan Allah memberkati dan memberikan kebahagiaan terhadap hubungan ini. Mudahan juga kami menjadi pasangan dan ibu bapa yang terbaik untuk 3 puteri kami. Amin:)

Fittriah pula telah genap usianya 2 tahun pada 27 Mac 2016. Alhamdulillah. Fittriah membesar dengan sihat seiring dengan usianya. Memandangkan mama dah sambut besday Fittriah combine dengan akak Fina dan Fiqah Disember lalu, jadi kali ini mama buat makan-makan simple sahaja. Menu kali ini ialah mix flavour cheese tart dan satey. Parti besday di gerai mama dua sahaja Jumaat lepas. Untuk kawan-kawan di taska, mama dah sediakan goodies beg untuk beri kawan-kawan Fittriah.



Doa mama : Moga Fittriah dipanjangkan umur, menjadi anak yang baik, anak yang solehah, anak yang berjaya pada masa depan. Mama, baba, akak Fina dan akak Fiqah sayangkan Fittriah sepenuh hati.



Sempena usia Fittriah 2 tahun, mama hadiahkan ubat cacing Champs untuk hapuskan cacing Fittriah.Hi2..Ini kali pertama Fittriah makan ubat cacing. Itupun saya beli tablet perisa coklat. Kalau beli yang cecair tu, memang susah dia nak makan sebab Fittriah tak suka makan ubat. Yang ini sekali 2 tablet dia kunyah terus sebab dia ingat gula-gula. Bila dah bagi dia 2 tablet, baru perasan label kotak ada tulis untuk usia 1-2 tahun dos 1 tablet sudah mencukupi. Risau juga saya kalau ada kesan sampingan over dose, tapi Alhamdulillah, Fittriah ok jer hingga ke malam.



08 March 2016

3F

Nama saya Nur Irdhina Syafiqah..Saya telah bersekolah di Tadika Islam Al-Qausar. Saya seorang yang lemah lembut. Sebab itulah selalu adik saya Fittriah akan tarik rambut atau cubit saya di rumah. Saya suka mewarna buku dan menonton cerita Sofia The First. Kalau di sekolah saya malu nak bercakap. Saya seorang pendiam. Cikgu selalu cakap kat mama, saya senyap sahaja di sekolah. Kalau dah siap kerja sekolah, saya tarik-tarik tangan cikgu tunjuk buku. Tak dengar suara pun. Alahai, sampai mama ckp Fiqah kan bukan OKU. Kenalah bercakap di sekolah. Bila nak tidur di rumah, saya suka mama tepuk badan saya hingga saya tertidur. Saya dah lama tak pakai pampers dan saya tak pernah lagi kencing malam kat tilam tau. Setiap pagi mama, akak Fina dan Fittriah akan hantar saya ke sekolah. 
*************************************************************

Nama saya Nur Anisah Fittriah. 27 Mac ini saya dah genap 2 tahun. Hobi saya makan :) Tiap hari saya suka makan sampai perut saya nampak buncit. Ha, lagi satu hobi saya ialah mandi. Bila lepas poopoo saya cakap dengan mama "nak andi"...sambil tunjuk kat kepala minta basahkan rambut. Saya dah pandai cakap sikit-sikit tau. Bila nampak iklan gegirl yang comel di tv, saya cakap "antik nyooo".. Dan bila tengok jer iklan Qu Puteh, terus saya buat jari kat pipi sambil cakap " utih..utih..umuaaahhh". Saya suka bercakap dengan atuk bila mama telefon atuk. Kat rumah saya suka memanjat. Bila makan, saya lebih suka suap sendiri. Tak apalah bersepah pun, yang penting saya tengah belajar berdikari kan. Saya dah faham bila mama minta saya buat sesuatu, setakat hantar botol susu ke sinki dan letak baju kotor dalam bakul, saya dah boleh buat sendiri dah.
Saya ramai kawan di taska. Setiap pagi baba yang akan hantar saya ke taska, dan petang pula saya tunggu mama ambil saya. 
**********************************************************


Nama saya Nur Azwa Safrina. Saya dikenali sebagai Fina. Saya telah memasuki darjah 2 tahun ini. Pagi saya sekolah KAFA, mama akan hantar. Waktu tengahari mama dua yang akan uruskan saya ke sekolah Rendah. Petangnya baba akan jemput saya. Saya masih mengekalkan hobi suka shopping di book shop sekolah. Selain itu saya suka membantu mama masak, cuci pinggan, sapu sampah dan sidai baju. Bila rajin, saya akan basuh kasut sekolah sendiri. Saya suka sakat Fiqah sebab saya suka dengar suara Fiqah menangis. Apapun, saya sayangkan adik-adik saya. Saya suka bercerita dengan mama mengenai kawan sekolah saya bila saya dah nak tidur. Kadang-kadang kawan tu tak nak kawan dengan saya. Saya cakap dengan mama, saya sedih. Tapi mama selalu pesan, tak apa kalau kawan tu tak kawan Fina, Allah kan ada jaga Fina.

*******************************************

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails