29 July 2016

Hari Sukan KAFA

Tahun kedua Fina menyertai Hari Sukan Sekolah KAFA. Paginya hujan lebat dan basah padang. Kasut sekolah penuh lumpur dan tanah, tapi tak apalah, bukan selalu boleh main becak kan. Kali ini saya datang satu keluarga meraikan Hari Sukan KAFA. Tahun lepas hanya abang sahaja yang teman Fina. Pagi acara dimulakan dengan Perbarisan Rumah-Rumah Sukan, nyanyian lagu Negaraku, Selangor, lagu KAFA dan bacaan doa. Fina masuk acara bawa bola ping pong dalam sudu. Rumah sukan dia warna Merah.

Fina dengan kawan kelas & adik-adik.
Makan ayam goreng favourite dia.
Acara bawa bola ping pong dalam sudu.

Pukul 10 lebih acara sukan Fina habis. Dapat tempat ketiga, lepas dapat hadiah kami pun pulang ke rumah sebab cuaca dah panas. Minggu seterusnya ada Jamuan Hari Raya di KAFA dan sekolah kebangsaan. Suka sangat Fina dapat pakai baju raya pergi sekolah;)

Hari Raya Aidilfitri 2016

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk meraikan Aidilfitri ini bersama keluarga dan insan tersayang dalam hidup. Tahun ini turn beraya di Terengganu. Kami balik awal 5 hari sebelum tarikh Hari Raya disambut. Hajatnya nak berbuka puasa di kampung bersama keluarga mertua di sana. Raya ini, kali pertama abang cadangkan untuk balik kedua-dua belah kampung. Itu pun kerana turn Raya Haji nanti kami akan pulang ke Terengganu seminggu untuk meraikan Majlis Pernikahan adik bongsu perempuan abang saya dan terus meraikan Hari Raya Haji di sana. 

Menu Raya hasil air tangan ibu mertua tahun ini ialah Nasi Dagang Terengganu dan sudah tentu lauknya gulai ikan aya. Selain itu menu wajib ialah ketupat daun palas dan juga tapai.

Bergambar di pagi raya adalah satu perkara yang masih mencabar. Ha2, susah betul nak suruh anak-anak berpossing dengan sopan santun.  Jadi gambar ini sahaja yang berjaya dirakamkan.

1 Syawal 1437H

Fina-Fiqah-Fittriah pagi raya
Petangnya selepas Asar kami bergerak pulang ke Negeri Sembilan. Sampai kampung saya jam 1.30 pagi. Saya memang tak beritahu pada ayah nak balik sebab nak suprised kan dia. Akibatnya ketuk pintu banyak kali pun ayah tak bangun. Kena ketuk kat tingkap belakang rumah tepi bilik baru ayah sedar dari tidur.

Raya Kedua duduk di rumah sahaja sebab saudara mara dari kampung nak beraya. Raya Ketiga kami pulang ke kampung nenek di Melaka untuk beraya ke rumah saudaramara di sana. Raya ke lima kami pulang semula ke Kajang kerana anak-anak mula bersekolah Isninnya.

Hujung minggu syawal berikutnya beraya ke rumah saudara serta memenuhi undangan rumah terbuka daripada sahabat handai.

Salam Aidilfitri yang masih berbaki daripada kami sekeluarga.
Maaf Zahir dan Batin.
Moga amalan di bulan Ramadhan tahun ini diterima dan diberkati Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails