19 December 2016

Fiqah - Tadika Islam Al-Qausar

Alhamdulillah, Fiqah telah habis sesi pembelajarannya di usia 5 tahun di Tadika Islam Al-Qausar. Terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik Fiqah selama ini. Pencapaian akademik Fiqah di tahap memuaskan. Cuma dia jenis yang tak suka bercakap dalam kelas. Bila keluar je dari pagar sekolah, kuat suara dia bercakap dengan mama. Kalau kat sekolah, suaranya sampai paras halkum aje.

Majlis Graduasi Tadika telah diadakan di UPM pada bulan November yang lalu. Fiqah telah dianugerahkan sebagai Pelajar Sahsiah Terbaik kategori 5 tahun. Untuk acara persembahan kelas Fiqah telah buat persembahan nyanyian lagu Ibu. Tersentuh hati dengar lagu yang dinyanyikan oleh anak-anak tersebut. 






Acara Sukaneka selesai diadakan awal November di padang Futsal berdekatan dengan taman perumahan kami. Masa tu Fiqah masih demam. Hadir juga paginya sebab nak dia sertai acara sukaneka bersama kawan-kawan. Fiqah masuk 2 acara  dan menang tempat pertama bagi acara kutip gula-gula dalam tepung dan menang tempat ketiga bagi acara baling belon dalam bakul. Dapat hadiah piala untuk kedua-dua acara tersebut untuk dijadikan kenangan.

 .


Selepas ini Fiqah akan tukar sekolah untuk usianya 6 tahun. Tak tahu lagi dapat sekolah mana. 25 Disember ini birthday Fiqah yang ke 5 tahun. Selamat Hari Lahir sayang. Moga membesar dengan sihat, menjadi seorang yang berilmu, anak yang solehah dan berjaya dalam hidup. Mama, baba, kakak Fina dan Fittriah sayangkan Fiqah!
 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails