11 January 2017

Fiqah Sekolah 6 Tahun


Nur Irdhina Syafiqah ~ buat drama sedih sejak seminggu bersekolah baru. Hari pertama dia ok, bila tanya seronok tak pergi sekolah, dia jawab ika seronok! Hari kedua dah start buat sinetron dengan baba dia, bila hantar pergi sekolah menangis. Cakap ika tak nak sekolah. Hari ketiga pun sama, banjir lagi pagi-pagi. Baru pakai kasut nak keluar rumah dah menangis.

Hari keempat tukar alasan, nak mama yang hantar dan jemput tengahari. Babanya rajin melayan, tengahari datang jemput dia hari Jumaat. Lepas tu bila nak pi solat Jumaat, dia nak ikut, babanya bawa pergi masjid. Dah habis waktu rehat, bila babanya hantar pergi rumah kaklong, menangis lagi nak ikut baba.

Setiap hari tanya berapa hari lagi sekolah mama...kalau jawab lagi 2 hari dia sukalah, sebab Sabtu Ahad dah cuti tak yah sekolah. Hari ini pun banjir lagi. Hantar masuk kereta baba, dia dah drama. Nak ikut mama pula katanya.
Ika-ika....Tak tahulah mama kenapa ika jadi macamni. Dia cakap nak duduk rumah aje, boleh tidur..ha2..

Bertabahlah mama-baba-awal-tahun-2017

Tak tau cara mana lagi nak pujuk Fiqah. Semua cara tak jalan. Tapi bila dah kat sekolah, Cikgu  kata dia ok jer. Semalam yang terbaru bila saya tanya kenapa Ika sedih nak pergi sekolah, dia jawab ika tak tahulah mama, tulang-tulang ika yang buat ika sedih. Sampai tulang-tulang pun terlibat sudah....

Harapnya minggu-minggu yang mendatang Fiqah akan biasa dengan rutin hariannya. Tak shooting drama free lagi dengan mama dan baba.

05 January 2017

Kek Aiskrim Mudah

Lama tak buat projek baking sejak pindah ke rumah Kajang. Bila malas nak baking kek, kita cari resepi kek yang mudah dan tentunya disukai oleh anak-anak. Kek aiskrim jadi pilihan saya untuk kali ini. Sempena Birthday 3F yang lalu, saya sediakan kek ini untuk kek besday mereka. 

 Bahan-bahan :
  • Loyang boleh buka tepi.
  • Kek gulung atau sponge cake.
  • Coklat Kit kat secukupnya.
  • Coklat M&M
  • Aiskrim ikut citarasa sendiri.
  • Nuttella ataupun jem lain. 
  • Riben, tag happy birhday, lilin dan lain-lain deco yang dipilih.
Cara-cara penyediaan :

Susun coklat kit kat secara memanjang mengikut acuan loyang yang digunakan.
Selepas itu susunkan kek gulung di bahagian bawah sekali.


Kemudian, masukkan aiskrim dan padatkan atas kek. Masukkan dalam peti ais dahulu. Saya gunakan 2 jenis aiskrim, yang lapisan pertama aiskrim vanila oreo dan lapisan kedua aiskrim rainbow. Setelah lapisan pertama aiskrim keras, keluarkan kek dan letakkan pula lapisan kedua aiskrim. Simpan dalam peti ais sehingga keras.


Setelah itu, letakkan lapisan kek gulung di bahagian atas aiskrim tadi. Saya letakkan nuttela di atas lapisan kek tadi bagi kemasan bahagian atas. Masukkan semula dalam peti ais.


Untuk deco terakhir, taburkan coklat M&M di bahagian atas kek dan hiaskan dengan tag Happy Birthday atau deco lain yang dipilih. Kemudian keluarkan kek dari loyang, pindahkan atas papan kek dan ikatkan dengan riben dikeliling kek. Kek ini ikut acuan loyang yang kita gunakan. Saya gunakan acuan bentuk love.


Ini kek yang telah siap sepenuhnya. Diingatkan agar upacara potong kek diadakan dengan cepat sebab kalau lama di luar aiskrim ini akan cair. Jadi hilanglah seri kek aiskrim ini pula. Kos untuk buat kek ini lebih kurang RM40++ sahaja. Sangat jimat daripada tempah kek dari baker/kedai kek yang lain kan. Yang penting dihasilkan dari air tangan sendiri sebagai tanda kasih sayang ibu untuk anak-anak. 



Alhamdulillah, anak suka, mama pun suka. Selamat mencuba.Gerenti jadi!
 

04 January 2017

Persekolahan 2017

Persiapan persekolahan untuk Fina dan Fiqah bagi sesi 2017 disediakan secara sederhana. Untuk Fina belikan 2 pasang baju, tudung, kasut dan beg. Baju sekolah lama yang masih elok, saya nila biru semula bagi nampak bersih. Alatulis memang saya tak beli sebab ada stok lagi kat rumah.
Kasut sekolah dia yang lama memang dah tak muat, jadi saya simpan untuk Fiqah guna bila dia dah besar. Buku tulis beli di koperasi sekolah sebelum sesi persekolahan bermula. Bayaran yuran Kafa pula semalam hari pertama babanya yang uruskan. Selebihnya yuran sekolah (PIBG dan lain-lain) yang masih belum dibayar boleh diselesaikan semasa ambil report kad nanti.

Fina naik kelas tahun ini. Pencapaian dia untuk hujung tahun 2016 semakin meningkat. Alhamdulillah. Sekarang dia langkau 2 kelas dari kelas asal. 3 Cemerlang ~ nama kelas dah ditukar daripada 3 Setia. Kafa pula masih di kelas yang sama 3 Othman.  Sesi persekolahannya masih sama, pagi sekolah Kafa dan petang sekolah kebangsaan. Pagi saya akan hantar dia ke Kafa, balik Kafa naik van dengan Kak Ya & Anya ke rumah kaklong, tengahari kaklong hantar ke sekolah kebangsaan dan petang pula babanya ambil balik sekolah jam 6.30 petang. Rutin yang sama setiap hari cuma dia dah biasa memandangkan ini tahun ketiga dia bersekolah.
Hari pertama persekolahan 2017
Kelengkapan untuk Fiqah pula, beli 2 T-Shirt putih, kasut, beg dan seluar track. Ini uniform sementara dia sebelum dapat uniform sekolah. Rezeki besday Fiqah, hujung Disember dia dapat tawaran untuk masuk Tabika Perpaduan di taman saya. Jadi dia bersekolah waktu pagi sahaja, pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pagi baba akan hantar Fiqah ke sekolah selepas hantar Fittriah ke taska. Balik sekolah minta tolong kaklong (akak ipar saya) jemput dan transit dia di rumah kaklong sampai saya balik kerja. Syukur ada kaklong yang boleh uruskan Fiqah. Yuran tahunan Fiqah dah bayar penghujung Disember yang lepas. 

Semalam hari pertama persekolahan telah berjalan lancar. Anak-anak mengikut jadual mereka masing-masing. 

Pesan mama - tuntutlah ilmu sebagai bekalan di masa depanmu. Mama dan baba akan sediakan apa yang termampu untuk kejayaan anak-anak, tugas utama kamu hanya belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita! Selamat tahun baru 2017, selamat menjalani alam persekolahan yang menyeronokkan!

Kidzoona AEON Cheras Selatan

Sempena cuti sekolah, saya bawa 3F dan dua orang anak buah - Kak Ya & Anya ke tempat permainan kanak-kanak yang dikenali sebagai Kidzoona di Aeon. Sebenarnya ada ternampak kidzoona kat area AEON Wangsa Maju bulan lepas. 3F teruja sangat nak masuk tapi bayaran di hujung minggu sekali ganda dengan hari biasa. Kalau hujung minggu harga tiket seorang RM17.00, kalau hari biasa seorang RM10.00 sahaja. Lagipun pergi hujung minggu ramai sangat kanak-kanak yang ada dalam taman, pergi hari biasa dan di awal pagi, tak lah sesak sangat.

Peserta rombongan.
Seronok sangat diorang dapat main kat dalam tu. Fittriah pula takut nak naik gelongsor. Jadi dia main kat area bawah sahaja. Yang lain memang main puas-puas sampai penat. Harga tiket tersebut dikira per-day & per-entry. Tak ikut jam, bila nak keluar makan atau pergi mana-mana still boleh masuk semula, cuma pastikan sticker yang dilekatkan pada baju tersebut tidak hilang. Jadi kami masuk awal 10.30 pagi, berhenti sekejap untuk makan tengahari dan sambung main semula hingga 3.30 petang.


Dinasihatkan agar bawa stokin dari rumah untuk penjaga dan anak-anak. Diwajibkan pakai stokin dalam taman, jika tidak bawa, stokin ada dijual dan boleh dibeli di kuanter pintu masuk taman. Anak-anak perlu diawasi oleh sekurang-kurangnya seorang dewasa di dalam taman tersebut.

Makan tengahari ketua rombongan belanja makan KFC, sebelum balik bagi anak-anak makan aiskrim McD pula. Semuanya beri kerjasama yang baik sekali. Senang dikawal walaupun hanya seorang jer ketua rombongan yang memantau ;)

Lain kali kita boleh jalan-jalan lagi ya!
 

Happy Birthday


Alhamdulillah,  tahun 2016 berlalu pergi dan telah meninggalkan banyak kenangan. Usia yang semakin meningkat dari tahun ke tahun dan begitulah juga harapan terhadap amalan yang akan menjadi bekal di sana kelak. Mudahan boleh diperbaiki secara istiqamah. Itu azam 2017. Amin.

Sebelum masa berlalu dengan pantas, mama nak ucapkan Happy Birthday pada Fina yang telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke - 8 tahun pada 1 Januari 2017. Baru cukup umur 8 tahun tapi dah masuk darjah 3. Mama doakan Fina menjadi seorang anak yang baik, kakak yang penyayang, rajin belajar dan menjadi insan yang berguna pada masa depan. Amin. 

Sambutan Hari Jadi Fina dan Fiqah telah diadakan pada penghujung Disember yang lepas. Saya buat kecil-kecilan sahaja. Jemput anak-anak jiran yang berdekatan.  Dah buat untuk Fina dan Fiqah, tentu adiknya sekali nak join. Jadi saya buatkan majlis untuk 3F serentak. 

Menu kali ini 100% dihasilkan dari air tangan mama iaitu bihun goreng singapore, apam susu, puding roti oreo, apam pisang dan sandwich telur. Serta perkara wajib tentunya kek Birthday girl. Kali ini saya buat kek aiskrim sahaja. Senang, ringkas dan tentunya sedap. Sekejap sahaja dah licin kek.

Menu birthday. Habis semua ;)
Kek aiskrim dipagari kitkat dan dihiasi dengan M&M
Fittriah tak boleh tahan tengok coklat tu dah!
Aipp, orang suh tgk camera dia sempat ambik coklat nak suap dalam mulut.
Selamat cair di mulut tidak ditangan..ha2..
Mudahan anak-anak mama dilindungi Allah sentiasa. Happy Birthday Sayang!! Kamu bertiga adalah hadiah yang paling bermakna dalam kehidupan mama di dunia ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails