Posts

Showing posts with the label 2nd baby

2 bulan

Image
25 Feb 2012 ~ Hari ini genap Fiqah berusia 2 bulan. Seorang baby yang senang dijaga. Jarang meragam, tidak kuat menangis, suka mandi dan tidur malam lena hingga ke pagi. Apa yang penting, perutnya sentiasa dipastikan kenyang. Bila perut kenyang, Fiqah lena tidur. Memandangkan saya akan bekerja bulan depan, saya ajar Fiqah agar tidak selalu dipegang dan dipangku. Setakat ini, Fiqah tidak diajar masuk buaian. Tidur di atas tilam sahaja. Terasa senang untuk menguruskan Fiqah. Mungkin ini kesan penggunaan Set Salindah dahulu. Iya atau tidak, saya tidak boleh pastikan. Cuma saya hanya boleh kongsikan perkembangan baby salindah ini dari bulan ke bulan.

Testimoni Salindah

Image
B1 Mulai minggu ke 12 hamil Memberikan zat besi mudah hadam yang diperlukan oleh setiap ibu mengandung. Menghilangkan atau mengurangkan muntah dan loya serta alahan. Menolong tumbesaran tian. Mencegah demam, batuk, selsema, sejuk - sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain - lain. Menghilangkan kesan jatuh atau rebah. Melancarkan aliran darah agar mencegah timbul simpul urat di kaki. Menghilangkan letih lesu. B2 Mulai minggu ke 24 hamil Memberikan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, disamping menambah darah. Menambah selera makan, menghilangkan sengal tulang dan kebas anggota kaki dan tangan. Mencegah serangan sejuk dan sakit gigi. Mencegah osteoporosis. B3 Mulai minggu ke 28 hamil Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin. B4 Mulai 4 minggu sebelum bersalin Remedi ini istimewa untuk mengawal alamat se...

Bersalin Part III

Image
25 Disember 2011 (Ahad) Melepasi jam 10 pagi, tiada tanda-tanda yang menunjukkan saya ingin bersalin lagi. Jadi Doktor ambil keputusan untuk masukkan ubat induce. Doktor cakap, masuk 1 biji dahulu, sekiranya tiada gesaan, akan dimasukkan sebiji lagi dan seterusnya. Air dimasukkan melalui tangan saya memandangkan air ketuban saya telah pecah malam sebelumnya. Saya hanya berehat dan sampai tengahari, saya menikmati makan tengahari yang disediakan oleh hospital. Nak kumpul tenaga di dewan bersalin nanti, kena makan walaupun sedikit. Itu yang saya pelajari melalui pengalaman melahirkan Fina dahulu. Keletihan kerana tiada selera makan disebabkan sakit yang lama sebelum ke hospital. Jadi kali ini, saya pastikan saya alas perut secukupnya. Abang dan Fina berada di sini menemani saya. Tepat jam 1 petang, kontraksi bermula. Sakit selang 30 minit dan makin lama makin cepat. Saya panggil nurse untuk check bukaan jalan. Katanya baru 2 cm. Abang duduk disisi saya, menenangkan saya ketika sakit...

Bersalin Part II

Image
25 Disember 2011 (Ahad) Disebabkan sampai ke hospital 12 tgh malam hari sebelumnya, jadi kira masuk tarikh 25 Disember 2011. Hari Krismas. Nurse serahkan Buku Kesihatan Ibu dan juga borang untuk saya tandatangan supaya bersetuju dengan prosedur Hospital yang akan dilakukan. Nurse check tekanan darah dan bukaan jalan diperiksa. Baru 1 cm sahaja. Lagipun saya tak terasa sakit langsung.   Bacaan CTG diambil bagi memantau jantung baby dan tahap kontraksi. Setelah itu saya diminta untuk berehat. Doktor Anita datang memeriksa keadaan saya. Doktor tidak check jalan lagi, kerana nurse sudah check sebelum ini. Jadi sudah memadai. Katanya, lepas Subuh jika tiada bukaan, ubat induce akan dimasukkan. 😓👰👰👰😓 Nampaknya bermalam kami di hospital hari ini. 2nd baby belum ada tanda-tanda ingin keluar lagi. Baba dan Fina tidur di sofa, manakala saya hanya tidur-tidur sekejap dan tidak lena kerana fikirkan macam-macam. Ye lah, na...

Bersalin Part 1

Image
24 Disember 2011(Sabtu) Berehat sepenuhnya di rumah. Waktu pagi dipenuhi dengan membuat kerja-kerja rumah seperti biasa. Lagipun baba Fina ada kelas hari itu. Tinggal berdua dengan Fina. Ingatkan petang nak keluar berjalan-jalan, tapi rasa malas pula. Masih ada esok. Bolehlah shopping apa yang patut sebelum melahirkan 2nd baby. Dah hobi mama bershopping, tak membeli tak apa asalkan boleh window shopping sahaja. Tengah sarat pun nak berjalan. Malamnya, setelah kekenyangan menjamu selera makan malam, menonton tv di ruang tamu. Entah kenapa, kerap sangat buang air kecil malam itu. Rasanya 15-20 minit sekali saya ke bilik air. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Waktu itu Fina sedang berbaring dan mahu tidur di atas riba saya. Rasa nak ke bilik air lagi. Saya berdiri dan melangkahkan kaki untuk memenuhi hajat. Baru 2 langkah berjalan, tiba-tiba meluncur air turun membasahi lantai di tepi sofa. Petanda air ketuban dah pecah. Apa lagi, panggil abang yang berada ...

Tahnik dan bercukur

Image
Hari ke-7 kelahiran Fiqah, Baba mentahnik dan mencukur rambut nya. Mentahnik adalah menggosok mulut bagian atas/ langit-langit anak dengan menggunakan kurma yang telah dikunyah lumat lebih dahulu. Jika tidak ada kurma dapat diganti buah-buahan yang manis lain.Harapannya anak dapat menjadi orang soleh dan mendapatkan keberkatan. Beberapa dalil yang menjadi dasar disyariatkannya tahnik ini adalah: di dalam Sahihain dari Abu Burdah, bahwa Abu Musa r.a. berkata: “Aku telah dikurniai seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW lalu beliau menamakan Ibrahim, menggosok-gosok langit mulutnya dengan sebuah kurma dan mendoakannya dengan keberkahan. Setelah itu beliau menyerahkan kembali kepadaku”. Hikmah yang terkandung dalam perbuatan mentahnik ini adalah untuk menguatkan saraf-sarat mulut dan  gerakan lidah dan dua tulang rahang bawah dengan jilatan, sehingga anak pandai menghisap susu secara kuat dan alami. Mencukur Rambut Kepala Bayi yang baru lahir disunahkan untuk dic...

Terima kasih Nenek Jamilah

Image
Semasa saya berusia 1 hari, nenek telah datang membantu menjaga saya dan mama. Nenek naik bas dari Terengganu ke Kajang dan sampai pagi 26 Disember 2011. Baba dan akak Fina jemput nenek di rumah pakda yang tinggal di Kuarters Penjara Kajang. Nenek tolong uruskan uri saya dan baba telah tanamkan uri saya bersebelahan dengan uri akak Fina di kawasan kuarters tersebut. Seterusnya, nenek datang melawat saya dan mama di KPMC. Doktor kata, mama boleh keluar hospital selepas tengahari. Nenek dukung saya dan peluk saya erat sehingga saya selamat sampai ke rumah mama dan baba. Nenek tinggal dengan kami selama seminggu. Nenek tolong mandikan saya. Nenek tuamkan perut saya.  Nenek cucikan pusat saya yang masih basah.  Nenek pakaikan saya baju dan bedung saya kemas-kemas agar saya dapat tidur nyenyak. dan setelah 5 hari tali pusat saya tanggal. Nenek ingin pulang semula ke kampung selepas lihat saya dan mama semakin sihat. Terima kasih nenek. Terima kasih kerana men...

2nd Baby

Image
Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran dipanjatkan kepada-Nya. Saya telah selamat melahirkan seorang puteri pada 25 Disember 2011, jam 6.30 petang di KPMC Kajang. Berat : 2.7 kg Tinggi : 49 cm 2nd baby telah diberi nama NUR IRDHINA SYAFIQAH BT. AZHAR Terima kasih pada keluarga, saudara mara, sahabat handai dan jiran-jiran yang datang menziarah dan bertanya khabar. Serta terima kasih atas hadiah dan sumbangan yang telah diberikan pada baby Fiqah.

40 minggu

Bayi Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain. Anda Anda mula terasa tanda-tanda sebelum bersalin: sakit belakang, sakit seolah-olah senggugut, pergerakan perlahan usus, kontraksi dan pecah ketuban. Dalam pada itu akan ada perasaan takut untuk bersalin dan ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk meneran. ******************************************************************** Memasuki minggu akhir dan hari terakhir bekerja hari ini. Insyaallah, minggu depan genap 40 minggu 2nd baby dalam kandungan saya. Tiada tanda-tanda besar lagi menunjukkan saya perlu ke hospital untuk bersalin. Cuma tanda-tanda kecil sudah ada. Lebih kurang 4 hari lagi menjelang tarikh jangkaan bersalin. Beg mama dan beg baby dah standby dalam kereta. Manalah tau, tiba-tiba terasa  sakit nak bersalin, boleh terus ke KPMC. Tak perlu balik ke Semenyih dahulu untuk mengambil apa yang patut. Hari terakh...

39 minggu

Image
Bayi Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu. Anda Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital. ********************************************** Iya, saya masih boleh berjalan ke ofis dan meneruskan rutin harian seperti biasa. Cuma pergerakan semakin perlahan kerana rasa cepat letih dan tak larat bila buat kerja banyak-banyak atau berjalan laju. Dah macam kura-kura, slow jer. Kalau minggu ini tak bersalin lagi, dah plan lepas 26 Disember ni nak mintak MC kat doktor. Nak berehat kat rumahlah.   Teringat bila tonton rancangan Halaqah minggu lepas. Keajaiban alam janin rasanya tajuk tersebut. Prof tu cakap, proses kelahiran sama juga konsepnya dengan saat-saat kematian. Kita tak boleh jangka bila ianya akan berlaku. Bila-bila masa dan di ma...

Sterilize

Image
Operasi mencuci dan sterilize botol-botol susu yang akan digunakan untuk mengisi stok EBM nanti. Mula-mula, masukkan botol susu dalam sinki. Isi air hingga penuh. Kemudian saya letakkan sedikit pencuci khas jenama Pureen ini. Rendam mengikut lama mana yang kita suka.  Ini bahagian part pam Medela FS. Cuci bahagian corong dan part yang akan digunakan nanti. Setelah rendam, bolehlah cuci dengan air biasa untuk menghilangkan baunya. Kalau rajin, boleh bilas menggunakan air panas. Dibiarkan kering dan simpan di tempat yang sesuai. Siap untuk digunakan selepas bersalin nanti. Ada pil sterilize pureen yang dijual juga boleh digunakan. Tapi sebab kebanyakan botol susu saya ini baru dibeli, jadi saya tak guna pil sterilize itu. Nanti lepas dah banyak kali guna botol susu ini, boleh guna semula stok pil sterilize yang ada masa Fina BF dahulu.

Shopping

Image
Selagi belum bersalin, saya masih boleh bershopping on9. Menjimatkan tenaga untuk bergerak dan memudahkan pelanggan. Sekarang ini, servis penghantarannya pun memuaskan hati. Hari ini order, esok dah dapat. Kali ini saya bershopping on9 di salah satu blog yang menjual banyak barangan yg sesuai untuk ibu-ibu BF. Enjoy Breastfeed Ada member ofis beli set pam, so kirim beli liner ini sekali. Kalau ada member-member yang baru nak beli pam, memang saya cadangkan beli di blog ini. Harganya lebih murah dan berpatutan jika dibandingkan dengan harga pasaran yang berada di luar. Sekarang ini lagi banyak pilihan dan barangan BF yang dijual. Cuma perlu pandai memilih dan tahu apa yang perlu dibeli mengikut bajet dan tentunya kemudahan yang digunakan untuk jangkamasa panjang. Liner Autumz ini jenis zip-lock dan tak payah nak ikat dengan getah seperti jenama You Have A Baby yang pernah saya guna sebelum ini. Rasa-rasanya dah complete gajet dan barangan lain yang saya sedi...

Nilai Seutas Gelang Emas

Nilai Seutas Gelang Emas Hati tersentuh, apabila membaca artikel ini . Moga niat yang baik, akan diberikan juga ganjaran kebaikan. Bukan untuk 'bermegah' atau sengaja 'menghabiskan' wang untuk bersalin di hospital swasta. Cuma apa yang tersirat di hati, setiap perkara yang kita yakin betul dengan pilihan tersebut, insyaallah akan diberkati dan diredhai terutamanya jika perbuatan tersebut direstui oleh suami tersayang. Doa saya, moga redha Allah dan suami mengiringi proses saya untuk melahirkan seorang mujahid kecil ke dunia ini. Amin.

38 minggu

Image
Bayi Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya. Anda Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin. ***************************************************** Usia kandungan saya telah memasuki 2 minggu akhir kehamilan. Minggu ini telah genap 38 minggu. Nampaknya 2nd baby masih ingin 'berehat-rehat' dalam perut mama nya. Belum ada tanda-tanda ketara yang menunjukkan saya perlu ke hospital untuk bersalin. Tanda-tanda awal seperti ini telah saya alami minggu ini.   Bayi turun ke bawah.Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa: sakit di bahagian kelangkang ke...

37 minggu

Image
Bayi Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan. Anda Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin. ******************************************************** Telah memasuki waktu/minggu 'standby' dan boleh bersalin bila-bila masa. Lebih kurang 2 minggu lebih sahaja sebelum tiba ke tarikh dijangka bersalin. Samaada selepas Krismas ataupun kalau 2nd baby ni nak lahir 2012, lahir time public holiday tahun baru 1/1/2012.  Dah sama dengan tarikh lahir Fina yang lahir di tahun baru 2009. Tapi tak kisahlah, nak lahir bila, asalkan saya dan baby selamat. Bila dah sampai masanya, tak boleh tunggu-tunggu lagi dah. Perasaan, tentulah sedikit ...

36 MINGGU

Image
Bayi Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. Anda Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang. ************************************************************ Setelah menunggu dari jam 6 petang hingga ke jam 8.00 malam di Hospital Serdang, saya dibenarkan balik. Alhamdulillah. Tak perlu tidur wad malam tersebut. Lagipun, seriau jer nak duduk hospital. Walaupun setakat scan perut, tapi perasaan takut dan bimbang tetap ada. Risau dengan keadaan baby dalam perut. Sebagai seorang ibu yang telah mengandung selama 8 bulan, tentulah saya inginkan bayi saya selamat dan dilahirkan sempurna. Kecuali atas kehendak Allah, ...

MC

Image
Semalam temujanji pemeriksaan kesihatan di Klinik Desa Rinching. Awal pagi dah pergi. Fina tinggal dengan baba nya di rumah. Ramai pula yang menunggu. Hari ini kena jumpa doktor sebab masuk minggu-minggu akhir kehamilan. Minggu ini kandungan saya telah memasuki 36 minggu. Penuh sangat pelanggan sampai tak ada tempat duduk yang kosong. Ramai juga yang datang untuk check ibu dan baby yang telah cukup sebulan dalam pantang. Check result : Berat : 61.5 kg Tekanan darah : 110/60 Gula : Blue HB : Tak buat, stok tak ada Jantung baby : 151 Semuanya nampak ok, tak ada masalah. Bila jumpa Dr. Siti Zaleha, disuruhnya saya ke Klinik Kesihatan Beranang untuk detail scan pada waktu petang. Kat Klinik Desa Rinching, tak ada mesin scan. Macam ada tak kena dengan berat baby katanya. Doktor bagi saya MC untuk hadir temujanji petang nanti. Jadi petangnya saya dan Fina ke Klinik Kesihatan Beranang untuk detail scan. Baba Fina masuk kerja. Sebab jumpa doktor atas te...

Minggu ke 35

Image
Bayi Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga. Anda Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang. ***************************************** Telah memasuki minggu-minggu akhir sebelum due. Lebih kurang 5 minggu sahaja yang tinggal. Berat badan semakin bertambah. Daripada 49 kg semasa  mengandung 12 minggu, sekarang telah menjangkau 62 kg.  Naik 13 kg. Berat sangat ke perut ni? Kadang-kadang bila mengandung pelik bila berat bertambah berganda-ganda. Tak tahu apa yang berat. Minta-minta lepas bersalin nanti, boleh slim semula. Dah tentunya dengan cara semulajadi ~ beri susu ibu kepada bayi. Biar baby sedut lem...

2nd Maternity & Children Expo @ Mid Valley Megamall

Image
Tertunai hajat untuk melawati dan bershopping di Maternity & Children Expo yang diadakan pada 18-20 November 2011 yang lalu. Awal pagi dah bergerak ke sana. Sampai di Mid Valley lebih kurang jam 10.30 pagi. Tak tahu pun tapak expo di mana, tapi ingat-ingat lupa rasanya di aras atas sekali. Sebab selalunya expo diadakan di situ. Macam expo hartanah & perumahan yang saya datang 4 tahun lepas. Manalah nak ingat, dah lama tak pegi Mid Valley. Betul jangkaan saya, tapak expo yang sama. Dekat dengan panggung wayang dan food court. Sebab sampai awal pagi, walaupun ramai pengunjung, tapi masih boleh berjalan dengan aman. Bila je waktu tengahari, terus jalan sesak. Ramai sangat orang. Nak shopping pun berpeluh-peluh. Maklumlah, badan dah membesar. Pintu masuk utama expo, dipenuhi belon2.   Mama & Fina sebelum masuk ke tapak expo. Bila dah penat tunggu mama shopping, Fina duduk dengan Baba je kat depan pentas. Ada kerusi untuk pengunjung yang melihat acara yang berlangs...