Posts

Showing posts with the label Ofis

Program Galakan Membaca

Image
Jumaat lepas ada Program Galakan Membaca sempena musim cuti sekolah. Jadi, saya bawa Fina naik ke ofis untuk join aktiviti-aktiviti yang diadakan di dewan.  Seronok dan gembira Fina. Sampai nak suruh turun ke taska pun dia taknak. Antara aktiviti ialah Pertunjukan Boneka daripada Kumpulan Kelip-Kelip DBP. Menari chicken dance, menyanyi, mewarna dan macam-macam lagi. Masa main dam, terasa Fina dah makin pandai berdikari. Dia baling dadu dan angkat kon tanpa perlu bantuan saya.  Dah selesai makan tengahari, saya hantar Fina semula ke taska untuk tidur. Kalau ikut saya ke ofis, memang jawabnya tak tidurlah hingga ke petang.

Kelapan

Lama tak update blog. Blogger.com dah ada format baru lah. Nasib tekan sana sini jumpa. Kalau tidak, bersawang lagilah blog Mama Fina & Fiqah ini. Minggu ini ulangtahun ke  8 saya bekerja dengan gomen. Dari usia 20an, sekarang telah menginjak ke usia 30an. Peredaran masa seiring dengan pertambahan usia. 8 tahun juga saya di Bahagian yang sama. Cuma unit dan bos yang berbeza. Malas nak buat surat tukar. Saya selesa berada di sini. Dan malas nak perkenalkan diri bila masuk ke ofis baru, boleh gitu! Biar di mana kita berada, atau apapun kerja kita, yang penting keikhlasan dan komitmen dalam apa yang kita lakukan.

40 minggu

Bayi Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain. Anda Anda mula terasa tanda-tanda sebelum bersalin: sakit belakang, sakit seolah-olah senggugut, pergerakan perlahan usus, kontraksi dan pecah ketuban. Dalam pada itu akan ada perasaan takut untuk bersalin dan ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk meneran. ******************************************************************** Memasuki minggu akhir dan hari terakhir bekerja hari ini. Insyaallah, minggu depan genap 40 minggu 2nd baby dalam kandungan saya. Tiada tanda-tanda besar lagi menunjukkan saya perlu ke hospital untuk bersalin. Cuma tanda-tanda kecil sudah ada. Lebih kurang 4 hari lagi menjelang tarikh jangkaan bersalin. Beg mama dan beg baby dah standby dalam kereta. Manalah tau, tiba-tiba terasa  sakit nak bersalin, boleh terus ke KPMC. Tak perlu balik ke Semenyih dahulu untuk mengambil apa yang patut. Hari terakh...

Pencen

Image
Minggu lepas Kak Noor last day kerja. Dah mula cuti untuk pencen 1 Oktober 2011 nanti. Saya kenal Kak Noor dari dia masuk ke ofis ini tahun 2006. Dia PA Ketua Bahagian. Seronok pula bila tiba saat pencen kan. Saya ada berpuluh tahun untuk habiskan servis kalau umur panjang, sempatlah rasa duit pencen bila dah tua. Panjang lagi perjalanan. Buat Kak Noor, Selamat menjalani kehidupan aman damai tanpa perlu ke ofis selepas ini. Moga sentiasa ceria bersama keluarga tercinta. Jaga kesihatan, rehat puas-puas, pi melancong, jalan-jalan cuci mata. Ada masa, panjang umur kita jumpa lagi ya. 

Ulu Yam ~ picnic unit

Image
Layan dulu gambar-gambar makanan yang dibawa secara potluck oleh ahli-ahli picnic. Banyak sangat sampai tak termakan sebab kekenyangan tahap melampau:) Antara menu barbecue - ikan bakar, ayam bakar, lamb chop, sosej, burger dan yang dibawa - nasi kerabu, lemon rice, pasta, bihun goreng, sandwich, coleslow, jagung, tembikai, salad, rambutan, kek coklat, puding, keropok, air kotak. Mana tak hongeh perut duk makan, banyak sangat makanan. Tapi makan ramai-ramai memang seronok. Sabtu lepas, kami 1 Unit ke Ulu Yam untuk berpicnic. Di tepi air sungai, bermandi manda dan tentulah sambil makan-makan. Dari kiri - En Parma, En Shafiq, En Nawawi, Cik Ira, Pn Azura, Cik Shu En, Cik Najwa, Pn Imah, Pn Alwani, saya, Kak Elly, Cik Jazilah dan Pn Norizan (bersama 2 anaknya). Masa ni meraikan sambutan Birthday Cik Shu En dan Cik Najwa yang lahir pada bulan Julai. Inilah yang hadir pada hari tersebut, kami 1 unit 13 orang semuanya. Tak termasuk ahli keluarga lai...

Time to say goodbye

Image
Bila adanya pertemuan, pasti ada jua perpisahan. Kali ini giliran Cik Shida pula yang akan meninggalkan pejabat saya. Cik Shida ni pegawai Unit saya sejak dia mula masuk servis. Seorang yang kreatif dalam seni tangan. Kalau nak buat kad, pamplet ke, memang inilah orang yang menjadi pilihan yang tepat. Sebab berhenti - nak jaga ibu yang sakit, dan insyaallah akan melangsungkan perkahwinan pada tahun 2011 dan ingin menetap di luar negara kerana bakal hubbynya kerja di sana. Selamat maju jaya dan moga bahagia selalu. Panjang umur kita jumpa lagi ya:)

Update

Minggu yang sangat sibuk dengan persiapan Audit Dalaman di ofis. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Nasib baik sempat nak update kerja-kerja tertangguh tu. Start Isnin hingga Khamis balik lewat. Dah seminggu baru sempat update n3. Banyak benda nak cerita, tapi tak berkesempatan. Kali ini nak share apa yang terlintas di kepala sahaja. Isi penting no. 1- Terima kasih kepada Abang yang telah membantu menjaga Fina pada hari Isnin dan Selasa lepas. Kaklong aka pengasuh Fina cuti 2 hari balik kampung. Ada majlis berkhatan satu-satunya anak terunanya - Haziq. Lagipun baki cuti abang masih banyak, senang sikit nak minta cuti. Isi penting no. 2- Tahniah kepada sahabat saya IKIEN yang telah pregnant anak ke-3. N3 mengenai arwah anak nya yang ke-2 di sini . Buat ikien, jaga kesihatan baik-baik, moga proses mengandung dan melahirkan kali ini dipermudahkan oleh-Nya. Isi penting no. 3- Selamat menjalani peperiksaan SPM untuk maksu Fina. Adik saya Yana, sedang menduduki peperiksaan SPM di Sek. ...

Lega

Image
Kerja-kerja mengemaskini fail-fail terbuka telah siap 90%. Ada lagi 1 fail untuk diselesaikan hari ini. Lega rasa. Pagi yang aman damai kerana ramai pegawai dan kakitangan ke Perhimpunan JPN dan ada yang terlibat dengan Hari Inovasi. Bolehlah saya selesaikan kerja-kerja lain. Fail-fail yang telah siap, telah saya hantar semuanya ke kerani fail. Mujur tidak banyak dokumen yang perlu disemak. Isnin lalu ke Tesco Semenyih, bahan basah seperti sayur dan ikan kehabisan stok, kalau ada pun, tak segar. Beli barang-barang kering dan barang dapur. Kalau nak ke Tesco, saya suka shopping pagi Sabtu dan Ahad. Kalau pergi malam, memang banyak barang yang sudah habis. Fina, seperti biasalah kalau ke Tesco mesti dapat upah sebab penat teman mama. Main-main di playground. Mainan wajib ialah naik kuda pusing-pusing. Dan ini mainan baru yang Fina cuba kat sana. Sekarang ini, saya rasa Fina kuat makan. Semalam saya ke Pasar Malam Bangi, habis 2 batang char kuih tu Fina makan. Kalau cuti hujung minggu pu...

Sabtu, Ahad dan Isnin

Image
Pecah rekod saya duduk rumah 48 jam cuti Sabtu dan Ahad lepas. Tak keluar rumah langsung, walaupun ke tempat wajib iaitu TESCO. Aktiviti mengemas dapur dan selebihnya melayan kerenah Fina. Hujan berturut-turut 2 hari, perut pun asyik lapar jer. Fina pun sama, bila saya makan, dia pun makan. Mengunyah tak berhenti. Lagipun abang ada kelas minggu ini. Sampai ke rumah dah jam 3 petang. Kepenatan, jadinya rehat sahaja di rumah. Hari ini orang gomen dah gaji. Bolehlah membayar apa yang patut dibayar. Saya pagi-pagi dah buka Maybank2U untuk bayar ansuran bulanan kereta dan beberapa transaksi lain. Bulan ini kena renew roadtax dan insuran kereta. Sudah 5 tahun kereta saya, tinggal 2 tahun lagi untuk langsaikannya. Zaman sekarang, kalau tak berhutang, memang tak berharta. Tapi kena pandai berbelanja ikut kemampuan dan amalkan sifat berjimat cermat. Pesanan penaja untuk diri sendiri. Background desktop saya di ofis. Gambar anak kesayanganlah:) dan aktiviti untuk hari ini; Menyiapkan fail-fail U...

Farewell

Image
Salah seorang kawan saya ~ Zaity~ dapat bertukar ke APMM Kuantan. Lebih kurang 2 tahun lebih Zaity menjadi PA di ofis saya. Disebabkan pekerjaan bakal suaminya di bawah state, jadi Zaity yang minta tukar balik ke Kuantan. Lagipun dia memang orang sana. Memandangkan pertukaran dengan pengganti, jadi cepatlah proses pertukarannya. Gambar-gambar kami masa hari terakhir Zaity berkhidmat di ofis. 15 Oktober 2010 Zaity, Selamat Maju Jaya dan Selamat Bertugas di tempat baru. Panjang umur, kita jumpa lagi. Bertemu dan berpisah memang lumrah dalam kehidupan kita. Namun apabila kita diberi peluang mengenali dan menyimpan memori suka&duka dalam persahabatan, itulah kenangan yang perlu kita hargai sampai bila-bila.

Bajet 2011

Pembentangan Bajet 2011 yang melibatkan Penjawat Awam : Kerajaan memansuhkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah, pegawai kontrak dan pesara Kerajaan. Menaikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada RM3,000. Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember 2010 untuk tempoh 1 tahun lagi. Membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik. Menaikkan kadar pinjaman kepada RM20,000 untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua. Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000. dan yang paling saya suka ialah : Memberi fleksibiliti dengan menentukan sendiri cuti bersalin sehingga 90 hari kepada penjawat awam wanita tertakluk kepada had semasa 300 hari. Sumber : - PM Blogs Selamat menjalankan tugas sebagai Penjawat Awam. Walau apapun jenis pekerjaan dan gred kita, samaada yang berpangkat tinggi atau ren...

1 Oktober 2010 ~ 22 Syawal

Image
Jumaat lepas ada Perhimpunan Bulanan Bah. Penasihat, merangkap juga Sambutan Besday dan juga Jamuan Raya. Dah nak sampai ke penghujung Syawal rupanya. Layan je lah gambar-gambar saya dengan kawan-kawan ofis berpossing dengan baju raya:) Dari kiri ke kanan Gambar 1 ~ Aishah, Ita, Saya Gambar 2 ~ Saya & Zaity Gambar 3 ~ Aishah, Saya, Kak Elly Gambar 3 ~ Ita, Kak Nori, Naimi, Saya, Aishah Gambar 4 ~ Kak Nori, Aishah, Saya, Zaity Lebih kurang sama je orang-orang yang ada pada gambar tu kan. Sebenarnya Bahagian saya ramai juga staf dan pegawai. Kalau nak tangkap gambar, memang lebih 10 meja. Cuma ini di antara kawan-kawan yang rapat. Gambar atas ~ Saya, Aishah, Zaity Gambar bawah ~ Ita, Kak Nori, Naimi, Saya, Aishah Sekarang masa untuk menjamu selera. Antara menu yang ada pada hari tersebut. Nasi beriani set lauk-ayam masak merah, daging berempah, dalca, acar nenas,udang+kacang panjang, bihun sup, sate, kuih lapis, puding jagung, biskut raya, buah-buahan. Kenyang sampai ke petang hari J...

Duit raya

Berita baik untuk kakitangan awam ! Tahun ini dapat DUIT RAYA. Muktahir dari BERITA HARIAN ONLINE 15:42:26 PM KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. [Alhamdulillah, duit raya sama macam tahun lepas. Cara bayaran, tak tau lagi. 2x kot. Tunggu pengumuman dalam berita malam ini.]

Ceramah Ustaz

Sedikit ilmu yang saya perolehi dari ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd. Fauzi (Perunding Motivasi Bebas/duta produk Jus Tok Guru) pada Isnin lalu bertempat di pejabat saya. Allah membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka di bulan yang mulia ini. Kebaikan yang dibuat akan digandakan pada bulan Ramadhan. Allah Maha Pengasih, jika hamba-Nya membuat kebaikan, ganjarannya akan digandakan, manakala jika membuat dosa, Allah tidak gandakan dosanya itu. Dugaan dan rintangan berpuasa bagi umat zaman sekarang adalah tidak sehebat zaman Rasulullah dahulu. Sewaktu Peperangan Badar (17 Ramadhan), para pejuang berperang untuk meninggikan syariat Islam dan menentang golongan kuffar. Cabarannya tidak sehebat kita yang berkerja tanpa mengeluarkan peluh, duduk dalam pejabat yang berhawa dingin dan menjalankan kerja-kerja yang tidak terlalu berat. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk kita menjadi seorang yang malas bekerja. Kerja merupakan satu ibadah dan tanggungjawab. Pastikan mendapat ...

Siti Usaha

Image
Kerusi kosong bos lama saya akan diisi minggu depan. (Sebulan setengah acik duduk sajo) Selama 6 tahun bekerja, ini kali ke-5 saya dapat bos baru. Kali ini bos WANITA. Perbezaan bos wanita dengan bos lelaki, tetap ada. Cuma yang penting, sebagai seorang Setiausaha, perlu mengikut rentak bos. dan berita baik untuk kami yang menjaga bos nih, bulan Jun Setiausaha kat JPN dah dapat gaji baru. Kalau dulu skim PA Gred N17 ~ Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) telah ditukar skim ke jawatan Setiausaha Pejabat Gred N27 mulai Januari 2010 lalu. Penyelarasan gaji, ikut Jabatan. Ada yang cepat proses, ada yang belum. Tapi kot-kot lewat pun, sebelum raya clear lah gaji baru tuh. Jadi, rajin-rajinlah buat kerja. Tak kira apapun jawatan kita sebenarnya, tinggi atau rendah pangkat kita, apa yang penting komitmen dan tanggungjawab terhadap kerja dilaksanakan sepenuhnya. Sekian, "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Sayalah Setiausaha Pejabat yang akan pencen lebih kurang 30 tahun lagi. (kalau dipanjangk...

Bos pindah

Image
Bulan Mei kali ini dipenuhi dengan majlis makan-makan di ofis saya. Boleh dikatakan tiap minggu ada sahaja majlis yang diadakan sempena perpindahan pegawai dan kakitangan. Saya pula, tengah-tengah bulan sibuk mengemas barang bos saya. Bukannya hari-hari tak mengemas bilik bos, tapi kali ini kemas barang-barangnya untuk dibawa berpindah ke pejabat baru. Untuk sekian kalinya, saya akan bertukar bos lagi atau ayat yang paling sesuai, bos saya dapat naik pangkat. Tahniah En. Iskandar. ( Ayu , harap maklum berita ini ye). Macamnilah jadi PA. Bos datang dan pergi adalah suatu perkara biasa. 13/5 (Khamis) tengahari kami satu Unit lunch di Saba Restaurant Cyberjaya. First time datang sini. Menu utama ialah Nasi Arab. Sedap, cuma bukan macam nasi beriani biasa. Tak de kuah kari atau dhal. Disertakan sekali sambal cicah dan sayur timun yang dipotong kecil. Inilah Nasi Arab - Roaster Chicken. Jumaatnya pula, petang kami makan-makan lagi di bilik En Nawawi. Menu kali ini Domino Pizza. Sedikit uca...

6 tahun lalu

Image
29 April 2010, genap 6 tahun saya bekerja di Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara. Tu tarikh lapor diri. Tapi masuk ke Bahagian Penasihat lebih kurang seminggu selepas transit di Bahagian Sumber Manusia. Kalau 6 tahun lalu : Sayalah antara staff termuda di ofis (time tu baru 22 tahun) tapi kini dah ada staf lagi muda dari saya. Masih bujang (trang tang tang) dan baru habis belajar kat Poli (fresh lagi la eh). First day, sejuk-sejuk tangan bila bersalam untuk perkenalan dengan pegawai dan staff kat Bahagian Penasihat. 6 tahun di Bahagian ini, saya telah menjaga 4 orang Ketua Unit. Bos pertama saya ialah En. Raja Ahmad Faridz. Bos kedua Puan Tay Le Ly, jaga 2 bulan jer. Bos ketiga Puan Azian dan dari tahun 2008 sehingga sekarang saya menjadi PA En. Iskandar Ali Dewa. Semuanya baik-baik belaka dan saya tidak ada masalah bekerja bersama mereka. Apa yang penting saya rasa seronok bekerja dan rasa bertuah mengenali mereka semua sepanjang saya bekerja sebagai seorang PA. Dari kiri- Kak ...

Pumping & Fina @ ofis

Image
Hasil mengepam pukul 11 pagi tadi lebih banyak dari biasa. Selalunya, sesi pagi saya dapat 6 oz sahaja, tetapi hari ini saya dapat lebih kurang 9 oz. Mungkin susu banyak sedikit sebab semalam saya makan nasi berulamkan jantung pisang rebus. Jantung pisang salah satu makanan yang boleh menambahkan susu badan. Pagi tadi pula saya sarapan milo+oat+nestum madu. Lagilah meriah hasilnya hari ini. Alhamdulillah. Rezeki Fina. Dah lama tak dapat hasil begini. Semalam waktu rehat, saya dan abang uruskan penyerahan kunci rumah di Kajang. Dah ada orang sewa rumah tu. Harap-harap kami dapat penyewa yang ok. Alang-alang dah ke Kajang, saya bawa Fina datang ofis. Lagipun bos saya bercuti. Fina macambiasalah, kadang-kadang OK, kadang-kadang KO. Rasanya Fina mengantuk sangat, tu yang ikut suka dia nak mengamuk. Punyalah kuat menangis. Memang tak sesuai bawa Fina ke ofis. Kalau jalan-jalan ke pasaraya tu, mungkin Fina dah biasa dan tak buat hal. Saya minta abang datang jemput cepat-cepat lepas pukul 5...

Internet-block

Bermula dari minggu ini, saya tidak boleh lagi melayari laman Social Networking spt, Facebook, Friendster, ber'chatting' atau ke blog2 tertentu time office hour kerana bila saya klik akan keluar : ^ ^ ^ ^ You are about to access the Internet from the XXX Network INTERNET USAGE IS MONITORED AND LOGGED. Your IP address: ######## YOU HAVE BEEN DENIED ACCESS TO THIS SITE. For any comments, please contact the network administrator at ext #### or email to system.admin@********** ^ ^ ^ ^ Nampaknya, sampai saya pencen ler kene 'sabotaj' sebegini..Ape boleh buat, ke pejabat gomen lain juga senasib dengan saya? Sabar aje la. So masa untuk melayari internet yg tanpa ada 'internet-block' ni, hanyalah semasa berada di rumah sahaja. (terlintas di fikiran saya, adakah waktu ' free' bila berada di rumah?????).

Jamuan Kelab Kitty

Image
Dari kiri, naimi, az, ita, k.nori, kak noor, ecah, en.norazmi, khalil, hadi, bukhari (duk mkn satey) duduk dari kiri - az, ita, k.nori, en. norazmi, khalil, hadi, lings berdiri - pojie, naimi, rizan, bukhari Orang yg sama tapi Bukhari tak de (kene tangkap gambar) Zaity, az, ita, k.nori Minggu lepas 16/10/09, Kelab Bahagian menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya, Sambut Besday combine dengan Majlis Perpisahan Pegawai yg berpindah. Start tengahari. Sebagai S/U Kelab, ini adalah tugas terakhir aku sebab AJK lama dah dibubarkan. Lagipun pengerusi Kelab pun dah berpindah (senang hati tak duduk HQ lagi yo). Ok gak, bolehlah lantik muka2 baru untuk jadi AJK. Menu kali ini - Sate, Soto, Rojak Mamak, Lemang, Rendang, Kuih tepung pelita, kuih cara berlauk, buah-buahan, kek besday Secret Recipies. Kenyang sampai ke malam perut ni..banyak tak banyak aku makan..ha2..Jamuan Raya ni fully katering. Senang gak, tak yah susah2 nak kemas.lagipun tak leh nak buat kat Bahagian sendiri. kene guna Bilik Ja...