Posts

Showing posts with the label Pemeriksaan Antenatal

Next F

Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan seorang lagi puteri untuk keluarga kecil kami. Dan next F dinamakan oleh babanya :- NUR ANISAH FITRIAH BT. AZHAR. Hari ini baru genap 2 minggu usia Fitri. Maksud nama Fitri ialah penghibur semulajadi keluarga. Lebih kurang gitulah baba nya cakap. Fitri lahir pada 27 Mac 2014 pada jam 7.06 pagi di KPMC Kajang. Fitri lahir seberat 2.8 kg sahaja. Anak saya dalam perut makin lama makin kecil kan. Tak apalah, biar sihat dan besar di luar perut. Awal seminggu daripada tarikh due. Dan tak sempat mama nya habiskan kerja untuk Khamis dan Jumaat sebelum start bercuti seperti yang dirancangkan pada 31 Mac. Fitri nak lahir awal dan tak sempat juga mama nya nak masuk keje lepas bulan Ramadan. Banyak betul perancangan mama tapi perancangan Allah itu lagi indah untuk temukan mama dengan Fitri pada waktu yang telah Dia tetapkan. Syukur. Cerita bab bersalin pula :) 26 Mac 2014 (Rabu) Saya kerja seperti biasa. Hari ini rasa perut memulas ke...

38 minggu

Image
Bayi Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya. Anda Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin. ***************************************************** Usia kandungan saya telah memasuki 2 minggu akhir kehamilan. Minggu ini telah genap 38 minggu. Nampaknya 2nd baby masih ingin 'berehat-rehat' dalam perut mama nya. Belum ada tanda-tanda ketara yang menunjukkan saya perlu ke hospital untuk bersalin. Tanda-tanda awal seperti ini telah saya alami minggu ini.   Bayi turun ke bawah.Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa: sakit di bahagian kelangkang ke...

37 minggu

Image
Bayi Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan. Anda Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin. ******************************************************** Telah memasuki waktu/minggu 'standby' dan boleh bersalin bila-bila masa. Lebih kurang 2 minggu lebih sahaja sebelum tiba ke tarikh dijangka bersalin. Samaada selepas Krismas ataupun kalau 2nd baby ni nak lahir 2012, lahir time public holiday tahun baru 1/1/2012.  Dah sama dengan tarikh lahir Fina yang lahir di tahun baru 2009. Tapi tak kisahlah, nak lahir bila, asalkan saya dan baby selamat. Bila dah sampai masanya, tak boleh tunggu-tunggu lagi dah. Perasaan, tentulah sedikit ...

36 MINGGU

Image
Bayi Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. Anda Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang. ************************************************************ Setelah menunggu dari jam 6 petang hingga ke jam 8.00 malam di Hospital Serdang, saya dibenarkan balik. Alhamdulillah. Tak perlu tidur wad malam tersebut. Lagipun, seriau jer nak duduk hospital. Walaupun setakat scan perut, tapi perasaan takut dan bimbang tetap ada. Risau dengan keadaan baby dalam perut. Sebagai seorang ibu yang telah mengandung selama 8 bulan, tentulah saya inginkan bayi saya selamat dan dilahirkan sempurna. Kecuali atas kehendak Allah, ...

MC

Image
Semalam temujanji pemeriksaan kesihatan di Klinik Desa Rinching. Awal pagi dah pergi. Fina tinggal dengan baba nya di rumah. Ramai pula yang menunggu. Hari ini kena jumpa doktor sebab masuk minggu-minggu akhir kehamilan. Minggu ini kandungan saya telah memasuki 36 minggu. Penuh sangat pelanggan sampai tak ada tempat duduk yang kosong. Ramai juga yang datang untuk check ibu dan baby yang telah cukup sebulan dalam pantang. Check result : Berat : 61.5 kg Tekanan darah : 110/60 Gula : Blue HB : Tak buat, stok tak ada Jantung baby : 151 Semuanya nampak ok, tak ada masalah. Bila jumpa Dr. Siti Zaleha, disuruhnya saya ke Klinik Kesihatan Beranang untuk detail scan pada waktu petang. Kat Klinik Desa Rinching, tak ada mesin scan. Macam ada tak kena dengan berat baby katanya. Doktor bagi saya MC untuk hadir temujanji petang nanti. Jadi petangnya saya dan Fina ke Klinik Kesihatan Beranang untuk detail scan. Baba Fina masuk kerja. Sebab jumpa doktor atas te...

Check up 31 minggu

25 Okt 2011 lepas, saya ke Klinik Desa Rinching untuk temujanji pemeriksaan kesihatan ibu dan kandungan selanjutnya. Seperti biasa, menunggu dekat 2 jam, barulah selesai semuanya. Checkup kali ini, berat naik extra 1kg, tapi under control lah. Kalau 2 minggu lepas berat saya 57kg, minggu ini telah naik 2kg ke 59kg.  Tekanan darah normal 110/70. Tinggi rahim sudah 30cm dan kadar deyutan jantung baby 146 perminit. Result air kencing masih Biru dan HB ok dari checkup sebelumnya 11.9. Mulai semalam, dah start kira tanda Carta Pergerakan bayi untuk sehari. Bermula dari pukul 9 pagi hingga ke waktu akhir gerakan yang ke 10. Nurse pesan, kalau tidak merasa 10x pergerakan hingga jam 9 malam, terus ke hospital berdekatan. Ini untuk elakkan baby lemas dalam kandungan. Masih ada 2 bulan untuk menantikan kehadiran adik Fina. Persiapan rasanya nak start bulan depan. Beli apa yang perlu dan diperlukan.

Minggu 30 ++

Image
Minggu 30 dan 31 Bayi Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan. Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap. Anda Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu. Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas. ****************************************************** Gambar geng-geng ibu mengandung di ofis. Beratur ikut due, mula-mula Aishah (tunggu hari bersalin), Cik Ima (awal Dis), saya (akhir Dis), Ita (Januari 2012) dan Jaja pengantin baru (pregnant masuk 2 bulan). Alhamdulillah, saya telah memasuki usia kandungan 7 bulan minggu ini. Tiada masalah, cuma last checkup HB turun sedikit. Sela...

29 Minggu

Minggu 29 Bayi Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus. Anda Dengan perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal. ****************************************************** Hari ini saya ada regular checkup di Klinik Desa Rinching. Last checkup bulan lepas jumpa doktor. Result ujian minum air gula di Klinik Kesihatan Beranang masa tu belum dapat lagi. Insyaallah, hari ini dapat result nya. Tapi saya rasa result tu ok lah. Cuma sekarang ini memang kat mana-mana Klinik Kerajaan, kalau ada pertambahan berat badan ataupun uji...

26 Minggu

Image
Bayi Mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan. Anda Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru. Mood berhari raya masih diteruskan. Tiap-tiap minggu memenuhi undangan rumah terbuka jika berkelapangan. Minggu lepas saya ke Klinik Desa Rinching untuk pemeriksaan kesihatan biasa. Alhamdulillah, baby dalam perut sihat. Dah boleh dengar degup jantungnya :) Cuma masalah pada mamanya pula. Berat badan berlebihan :(. Rasanya taklah naik banyak berat, tapi bila timbang naik dari 50kg masa last checkup ke 55kg minggu lepas. Naik 5 kg tu!!! Terbayang sama berat dengan beras paket keci...

Pemeriksaan Antenatal ke3 dan hari ke2 puasa

Semalam checkup kandungan yang masuk 19 minggu. Timbang berat, tekanan darah dan air kencing. Tak ada ujian darah sebab puasa agaknya. Nurse ukur diameter perut. Dibuatnya ultrasound untuk dengar jantung baby. Tapi cari tak jumpa, sampai naik senak perut acik ni ditekannya dengan alat tuh..Alhamdulillah, kesihatan saya dan baby dalam keadaan baik. Tiada masalah-masalah yang kronik. Minta dijauhkan lah. Hampir 2 jam jugalah menunggu giliran. Kesian peneman setia saya yang menunggu di luar. Mula-mula nak pergi seorang, tapi Baba Fina nak tolong hantarkan. Fina sibuk bermain, lari sana sini, bila terhantuk kepala kat kerusi luar, meraung satu klinik tu dengar. Saya balik ke rumah dekat-dekat pukul 5. Keletihan, tidur kejap sampai 5.30 petang.  Bila dah agak-agak hilang letih, start jadi chef kat dapur. Menu semalam ~ Sup pasta, sawi goreng, asam pedas ikan kembung dan ikan masin goreng.   Pencuci mulut yang dibeli ~ tembikai, apam dan agar-agar...

Minggu 16

Image
Minggu 16 Bayi Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan. Anda Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah. Tapi tidak pada saya. Virus selsema dan batuk berterusan hingga ke hari ini. Makan ubat macam tak ada kesan apa-apa pada tubuh. Alahai...letih dan lemah longlai rasanya. Masa mengandungkan Fina dahulu, tak lah kena selsema teruk. Paling lama pun 3 hari  dah pulih sepenuhnya. Kali ini, dah hampir 2 minggu tak kurang-kurang. Saya ke Klinik Kesihatan Beranang semalam. Untuk pemeriksaan doktor. Dapat ca...

Pemeriksaan Antenatal

Image
Agak lama saya tidak meng-update blog. Banyak perkara yang berlaku dan berlalu, cuma perasaan kurang rajin untuk menaip n3 baru. Bila ada mood, taip, bila malas, n3 baru pun hanya tinggal di dalam draf posting sahaja. Lama-lama jadi cerita basi, yang rasanya sudah tidak begitu teruja untuk dikongsikan. Alhamdulillah, saya telah melalui trimester kedua bagi kehamilan kedua. Minggu 15 Bayi Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda. Ibu Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untu...