Posts

Showing posts with the label Sekolah;

Persekolahan 2021

Setelah lebih kurang 7 bulan anak-anak tidak bersekolah tahun ini, sesi persekolahan telah dimulakan mengikut penggiliran kumpulan. Hanya separuh daripada murid setiap kelas akan hadir seminggu mengikut pembahagian Kumpulan A dan B. Sesi persekolahan untuk semesta ini akan disambung hingga Mac 2022. Fina, Fiqah dan Fittriah memulakan persekolahan pada minggu ini. Sesi pagi Fittriah dari jam 7.30 pagi hingga 12.20 tengahari. Fina dan Fiqah sesi petang dari jam 12.50 tengahari hingga 6.45 petang. Alhamdulillah, semua berjalan lancar, anak-anak pun teruja seronok untuk berjumpa dengan kawan-kawan dan guru mereka. Sebelum mereka ke sekolah, kena pastikan tahap kesihatan mereka dalam keadaan yang baik dan tiada gejala batuk, selesema, demam sebagai syarat utama boleh hadir ke sekolah. Pemakaian penitup muka diwajibkan. Pagi saya akan hantar Farha ke Taska dan abang hantarkan Fittriah ke Sekolah. Tengaharinya abang akan jemput Fittriah pulang dari sekolah, hantar balik ke rumah dan ambil Fin...

Hari Konvo

Image
Alhamdulillah, Fiqah telah habis menyempurnakan pengajiannya di Tabika Perpaduan. Majlis Graduasi telah diadakan awal November yang lepas di Dewan Penjara Kajang. Majlis diadakan bagi seluruh Daerah Hulu Langat. Fiqah masa konvo kena demam semasa nak tunggu ambil sijil. Sebenarnya dia dah tak sihat sangat lepas habis rombongan, tapi kebah demamnya. Sebab cuaca panas dan kena pakai jubah, terus melarat demamnya.  Sesi penyampaian sijil bagi Zon Bangi adalah zon terakhir, jadi kena tunggu lama juga. Sempat ambil gambar Fiqah sebelum dia jadi tak larat. Terima kasih pada Cikgu Ida dan Cikgu Zana kerana telah mendidik Fiqah. Segala jasa dan budi Cikgu amat kami sekeluarga hargai.  Pagi sebelum pergi Konvo. Masa belum demam. Lepas habis ambil skroll. Dapat coklat!   Dah tak larat sebab demam. Tahniah Fiqah, dah berjaya tamatkan sesi pengajian di Tabika Perpaduan. Selamat menempuh alam baru di Sekolah Rendah!    

Rombongan

Image
Seronoknya Fiqah bila tau Tabika dia nak buat rombongan. Hari-hari tanya berapa haribulan nak pergi rombongan;) Kali ini destinasi mereka ke Menara Kuala Lumpur dan Petrosains KLCC. Pergi naik bas. Semangat bangun pagi-pagi nak pergi rombongan. Baliknya keletihan sangat terus tidur sampai pagi. Layan gambar-gambar yang Cikgu wasap sebagai kenangan Fiqah : Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Ida dan Cikgu Zana yang telah mendidik Fiqah sepanjang tahun 2017. Segala budi dan jasa Cikgu hanya Allah dapat membalaskan. Terima kasih Cikgu!

#Aku NegaraKU

Image
Bulan lepas Tadika Perpaduan Fiqah telah adakan sambutan Hari Kemerdekaan. Ada dua acara, satu peringkat Tadika sahaja, dan lagi satu peringkat Daerah di Bangi. Untuk di Tadika, pelajar digalakkan memakai baju kreatif menggunakan bendera Malaysia. Mama 3F tak sempat nak tempah baju, jadi terhasillah baju kelawar MERDEKA untuk Fiqah. Berapa kali jahit-buka-jahit -buka-  baru jadi baju. Jahit dengan tangan pula tu.  Acara pada malam tersebut ialah persembahan Lagu Kemerdekaan, Sambutan Hari  Lahir pelajar, rekacipta inovasi, cenderahati untuk pelajar dan juga sesi jamuan. Next- Sambutan Kemerdekaan peringkat Daerah Hulu Langat di Tasik Cempaka Bangi. Kali ini hujan turun agak lebat, acara lewat diadakan. Tu pun tetap dijalankan dalam hujan renyai. Ada Senamrobik, Jalan kaki 1000 langkah dan Acara Perbarisan Kontinjen ikut Tadika Perpaduan masing-masing. Fiqah- tentunya Happy sekali. Lebih-lebih lagi bila dapat berkumpul dengan ka...

Sesi Fotografi Tabika

Image
Tabika ini awal sesi fotografinya. Awal tahun dah tangkap gambar kelas siap-siap. Bagus macamtu, sebab awal tahun baju masih baru lagi. Ada juga gambar perseorangan, tapi yang tu jurugambar yang akan beri nanti. Ini gambar kelas Fiqah (6 tahun) yang cikgu dia ambil. Layan:)

Lawatan ke Balai Bomba

Image
Bulan lepas Tabika Fiqah adakan program lawatan ke Balai Bomba Putrajaya. Sukalah sangat Fiqah dapat naik bas pergi rombongan. Ini kali pertama Fiqah dapat naik bas. Bila tanya Fiqah tengok apa- dia jawab bomba tu baik mama. Dia bagi ceramah dan pasang cerita upin dan ipin yang ada bomba tu!  Mama layan gambar yang Cikgu w asap  jer lah. Bila tanya Fiqah rasa ape? Dia jawab RONOK (seronok) lah mama dapat pergi balai bomba.

Aktiviti Tadika Fiqah

Image
Alhamdulillah, masuk bulan kedua Fiqah bersekolah. Hanya seminggu tragedi drama sedih berlaku. Selepas seminggu, semuanya berjalan lancar dan Fiqah tidak lagi menangis bila pergi sekolah. Malahan dia suka datang ke sekolah. Cikgu pandai ambil hati dia, dan dia dah ada ramai kawan. Ini uniform Tadika Fiqah, selang seli dengan pakaian sukan tiap hari. Untuk uniform sukan, masih belum dapat lagi. Pakai t-shirt putih dan tracksuit hitam sahaja. Kasut sekolah warna putih. Fiqah ni kecil saiz badannya, pakai baju saiz s pun masih besar kat badan dia. Gambar possing pagi-pagi dengan uniform sekolah. Abaikan corak background kat dinding tu!   Ahad lalu, aktiviti pertama yang saya dapat join di sekolah Fiqah - Program Sihat dan Cergas. Aktiviti ini bersesuaian dengan namanya - SIHAT dan CERGAS. Program ini  kerjasama antara pihak sekolah dan pihak Kolej Profesional Mara, Beranang. Aktiviti dimulakan dengan acara senamrobik, kemudian berjalan kaki daripada kawasan sekolah hi...

Fiqah Sekolah 6 Tahun

Image
Nur Irdhina Syafiqah ~ buat drama sedih sejak seminggu bersekolah baru. Hari pertama dia ok, bila tanya seronok tak pergi sekolah, dia jawab ika seronok! Hari kedua dah start buat sinetron dengan baba dia, bila hantar pergi sekolah menangis. Cakap ika tak nak sekolah. Hari ketiga pun sama, banjir lagi pagi-pagi. Baru pakai kasut nak keluar rumah dah menangis. Hari keempat tukar alasan, nak mama yang hantar dan jemput tengahari. Babanya rajin melayan, tengahari datang jemput dia hari Jumaat. Lepas tu bila nak pi solat Jumaat, dia nak ikut, babanya bawa pergi masjid. Dah habis waktu rehat, bila babanya hantar pergi rumah kaklong, menangis lagi nak ikut baba. Setiap hari tanya berapa hari lagi sekolah mama...kalau jawab lagi 2 hari dia sukalah, sebab Sabtu Ahad dah cuti tak yah sekolah. Hari ini pun banjir lagi. Hantar masuk kereta baba, dia dah drama. Nak ikut mama pula katanya. Ika-ika....Tak tahulah mama kenapa ika jadi macamni. Dia cakap nak duduk rumah aje, boleh t...

Persekolahan 2017

Image
Persiapan persekolahan untuk Fina dan Fiqah bagi sesi 2017 disediakan secara sederhana. Untuk Fina belikan 2 pasang baju, tudung, kasut dan beg. Baju sekolah lama yang masih elok, saya nila biru semula bagi nampak bersih. Alatulis memang saya tak beli sebab ada stok lagi kat rumah. Kasut sekolah dia yang lama memang dah tak muat, jadi saya simpan untuk Fiqah guna bila dia dah besar. Buku tulis beli di koperasi sekolah sebelum sesi persekolahan bermula. Bayaran yuran Kafa pula semalam hari pertama babanya yang uruskan. Selebihnya yuran sekolah (PIBG dan lain-lain) yang masih belum dibayar boleh diselesaikan semasa ambil report kad nanti. Fina naik kelas tahun ini. Pencapaian dia untuk hujung tahun 2016 semakin meningkat. Alhamdulillah. Sekarang dia langkau 2 kelas dari kelas asal. 3 Cemerlang ~ nama kelas dah ditukar daripada 3 Setia. Kafa pula masih di kelas yang sama 3 Othman.  Sesi persekolahannya masih sama, pagi sekolah Kafa dan petang sekolah kebangsaan. Pagi sa...

Fiqah - Tadika Islam Al-Qausar

Image
Alhamdulillah, Fiqah telah habis sesi pembelajarannya di usia 5 tahun di Tadika Islam Al-Qausar. Terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik Fiqah selama ini. Pencapaian akademik Fiqah di tahap memuaskan. Cuma dia jenis yang tak suka bercakap dalam kelas. Bila keluar je dari pagar sekolah, kuat suara dia bercakap dengan mam a. Kalau kat sekolah, suaranya sampai paras halkum aje. Majlis Graduasi Tadika telah diadakan di UPM pada bulan November yang lalu. Fiqah telah dianugerahkan sebagai Pelajar Sahsiah Terbaik kategori 5 tahun. Untuk acara persembahan kelas Fiqah telah buat persembahan nyanyian lagu Ibu. Tersentuh hati dengar lagu yang dinyanyikan oleh anak-anak tersebut.  Acara Sukaneka selesai diadakan awal November di padang Futsal berdekatan dengan taman perumahan kami. Masa tu Fiqah masih demam. Hadir juga paginya sebab nak dia sertai acara sukaneka bersama kawan-kawan. Fiqah masuk 2 acara  dan menang tempat pertama bagi acara kutip gula-g...

Hari Sukan KAFA

Image
Tahun kedua Fina menyertai Hari Sukan Sekolah KAFA. Paginya hujan lebat dan basah padang. Kasut sekolah penuh lumpur dan tanah, tapi tak apalah, bukan selalu boleh main becak kan. Kali ini saya datang satu keluarga meraikan Hari Sukan KAFA. Tahun lepas hanya abang sahaja yang teman Fina. Pagi acara dimulakan dengan Perbarisan Rumah-Rumah Sukan, nyanyian lagu Negaraku, Selangor, lagu KAFA dan bacaan doa. Fina masuk acara bawa bola ping pong dalam sudu . Rumah sukan dia warna Merah. Fina dengan kawan kelas & adik-adik. Makan ayam goreng favourite dia. Acara bawa bola ping pong dalam sudu. Pukul 10 lebih acara sukan Fina habis. Dapat tempat ketiga, lepas dapat hadiah kami pun pulang ke rumah sebab cuaca dah panas. Minggu seterusnya ada Jamuan Hari Raya di KAFA dan sekolah kebangsaan. Suka sangat Fina dapat pakai baju raya pergi sekolah;)

2016

Image
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah pada pembukaan tahun 2016. Banyak peristiwa yang tak terduga berlaku dalam pengakhiran penutup penghujung tahun 2015 lalu, namun saya yakin semua yang berlaku adalah perancangan terbaik Allah dan kita sebagai manusia perlu percaya pada takdir-Nya.  Saya doakan yang baik-baik sahaja untuk permulaan tahun ini, moga Allah permudahkan segala urusan mendatang terutamanya dari segi kerjaya saya. Amin. Awal tahun ini Fina telah memasuki darjah 2 dan Fiqah telah bersekolah di Taska Qausar untuk kelas usia 5 tahun. Semalam telah bermula persekolahan Fina dan Fiqah. Syukur, anak-anak saya tidak meragam di hari pertama persekolahan. Fiqah seronok dapat sekolah dan Fittriah pula masih tinggal di taska lama. Lega Fittriah tak menangis nak ikut mama pergi kerja .  Saya telah bercuti 2 minggu sebelum masuk tahun baru, jadi lama meluangkan masa dengan anak-anak di rumah. Tu risau mereka meragam untuk mula jadual harian...

Tamat Darjah 1

Image
Hari ini saya ke sekolah Fina untuk berjumpa guru kelas dan mengambil keputusan peperiksaan Fina untuk akhir tahun. Rasanya baru sahaja saya datang hantar Fina untuk daftar darjah 1, dah hampir setahun berlalu dan sesi persekolahan untuk tahun 2015 telah sampai ke penghujungnya. Cepatnya anak membesar! Alhamdulillah, keputusan peperiksaan Fina telah meningkat peratusnya. Fina dapat nombor 13 dalam kelas. Semua abjad ada dalam keputusan dia - ABCDE. Ada yang lulus, ada yang tidak. Saya difahamkan oleh Cikgu kelas Fina, sekiranya 1 subjek gagal pelajar akan gagal keseluruhan peperiksaan. Bukan untuk 4 subjek teras sahaja. Maknanya, semua subjek pelajar harus lulus. Untuk darjah 2 tahun hadapan, Fina akan berpindah kelas yang lebih baik.  Fina telah pandai membaca dengan lancar. Itu perkembangan yang paling ketara setelah dia tamat darjah 1. Mengaji saya ajar Fina di rumah selepas waktu Maghrib, dah nak masuk Iqra' 3. Masih belum fasih mengaji, perlu diulang-ulang baru dia ...

Fina Darjah 1

Image
Diam tak diam dah hampir setahun Fina bersekolah Darjah 1. Alhamdulillah, Fina dah boleh membaca dan mengira dengan baik. Minggu ini sepatutnya ada peperiksaan hujung tahun, tapi disebabkan negeri Selangor cuti jerubu 4 hari, peperiksaan akan disambung minggu hadapan. Besar harapan saya agar Fina dapat memahami apa yang cikgunya ajar di dalam kelas dan dia seronok untuk ke sekolah tanpa ada perasaan jemu dalam menuntut ilmu. Perjalanannya masih panjang, baru darjah 1, pencapaian dalam akademik bagi saya bukan ukuran penting buat masa sekarang. Saya cuma inginkan dia belajar untuk faham. Bukan belajar untuk dapat nombor 1 dalam kelas. Saya tidak menafikan peperiksaaan salah satu ukuran prestasi untuk pelajar. Tapi untuk awal-awal tahun di sekolah rendah, biarlah dia belajar untuk memahami dahulu.      Sepanjang pemerhatian saya hampir setahun Fina memasuki darjah 1, inilah kisah-kisah zaman permulaan sekolah rendahnya : Kasut ada 3 pasang, sepasang dah tak...

Keputusan Peperiksaan Fina

Image
Diam tak diam, telah masuk bulan keempat Fina bersekolah darjah 1. Alhamdulillah, Fina sudah sesuaikan diri dengan jadual hariannya. Sudah boleh menerima proses pembelajaran sedikit demi sedikit. Jujur saya katakan, saya dan abang tak pernah paksa Fina untuk belajar di rumah. Kami biarkan sahaja dia bermain dan cuma waktu malam saya akan ajar dia mengaji Iqra' di rumah. Itupun kalau dia dengan sukarela nak mengaji. Saya tak mahu dia terbeban dengan pelajaran sebab dia masuk sekolah awal setahun.  Setakat ini, Fina tidak lagi mengeluh macam awal Januari dulu. Dia cakap, Fina tak nak sekolah sini, Fina nak sekolah Nasyrah..Susahlah sekolah ini mama.. Kesian saya dengarnya, tapi dengan izin Allah, lama-kelamaan Fina tidak lagi bercakap begitu atau merungut dengan sekolah barunya. Awal-awal persekolahan, pensil hari-hari hilang, duit hilang, beg duit tinggal kat kantin, botol air dah 3 botol hilang,  selalu shopping kat koperasi, kasut kotor, bermacam ragam. Bila saya ha...
Masuk minggu ketiga persekolahan Fina yang memasuki Darjah 1. Buku semua dah dapat, termasuk buku teks dan buku aktiviti. Untuk Sekolah Kebangsaan, minggu depan baru mula belajar sepenuhnya ikut jadual waktu yang diberi. Bagi KAFA, dah mula belajar sejak minggu pertama persekolahan. Kerja saya setiap malam ialah memeriksa Jadual Waktu dan susun buku yang perlu dibawa Fina untuk ke sekolah keesokan harinya. Kali ini nak update perihal Fina di awal alam persekolahannya. Kasut cepat kotor. Hari Isnin dah kotor. Pagi bersih, petang jemput dari KAFA dah kotor. Bukan sikit-sikit, habis satu kasut ada kesan tanah. Tukar 2 pasang seminggu bagi mengatasi kotor tu nampak ketara. Untunglah anak-anak yang sekolah boleh pakai kasut hitam. Kurang aktiviti menyental kasut.  Baju pun sama. Balik sekolah ada kesan kotor kat baju dan tudung. Kadang-kadang bila saya ambil masa balik petang, dengan kain lipat tepi dah kedepan, tudung pun pakai senget. Membeli belah. Baru 2 minggu bersekolah d...

Pagi ini

Pagi ini di rumah : Fina : Saya tak nak bawa bekal nasi goreng (nampak nasi goreng atas meja makan). Mama : Itu bukan nasi goreng kakak, itu mama nak bawa pergi ofis. Fina : Ooo, ingatkan saya punya tadi. Kesimpulan : Dah tau beli makanan sendiri di kantin. ****************************** Pagi ini di sekolah Fina : Mama : Hari ini mama hantar sampai dalam tau. Esok kakak pergi sekolah sendiri. Mama hantar kat pagar  sahaja. Fina : Mama tak payah lah hantar Fina kat dalam. Fina nak pergi sendiri-sendiri. Kesimpulan : Telah pandai berdikari di minggu kedua persekolahan. ****************************** Pagi ini di sekolah Fina :  Murid (girl) : Cikgu, mana kelas 1 Murni. Mama : Kelas warna apa. Murid : Warna kuning. Mama : Cuba cari kat belah sana. Selang berapa saat, murid tersebut mendekati saya semula. Murid : Tak jumpa. Mama : Mari acik tunjukkan.  Carilah kelas 1 Murni kat mana dan minta murid tu beratur kat kelas dia. ***************...