Si putih selepok saya ini lagi 2 bulan nak masuk 4 tahun. Insyaallah, hujung tahun ini saya rancang nak buat Majlis Kesyukuran untuk sambutan birthday Fiqah dan Fina. Combine teruslah si bongsu Fittriah yang lahir bulan Mac sebab besday Fittriah yang setahun dulu telah cancel majlisnya. Fiqah tahun depan tak confirm lagi nak masukkan dia sekolah untuk 5 tahun ke tak. Bulan Ogos lepas saya ada mohon untuk dia masuk ke Taska PASTI, tetapi tak pasti tau lagi dapat ke tidak. Taska dekat dengan area rumah, belum survey. Kalau ikutkan babanya, dia nak hantar anak ke taska umur 6 tahun nanti. Alkisah bila Fiqah dah masuk usia 3 tahun ke atas, pagi-pagi akan badmood bila bangun tidur terutamanya bila hari bekerja lah. Nak saya layan dia dahulu, lap muka dia dengan tisu basah, cakap elok-elok barulah dia akan ok. Tak nak turun dari rumah dengan babanya, nak saya hantar ke kereta. Ada sekali tu, bila dah sampai depan taska, menangis tak nak pergi taska. Fiqah dah free diapers, cuma kadan...