Posts

Showing posts with the label Mama

Pengalaman mengandung

Image
Pengalaman mengandungkan Farha puteri keempat: Tak minat pakai barang kemas. Rantai, gelang dan cincin tak suka pakai masa mengandung. Hati mudah sensitif, bila tak dapat sesuatu akan menangis. Dah menangis baru lega, lepas tu ok dah. Suka bersenam dan zumba yang ringan. Buat senaman penafasan semasa dalam kereta ke pejabat dan sebelum tidur malam. Setiap malam Fina, Fiqah dan Fittriah akan cakap dengan Farha sebelum saya tidur. Farha pun akan bergerak-gerak dalam perut, pusing, tendang-tendang. Macam faham akak-akak dia berbual dengan dia. Sapu minyak angin setiap malam untuk elakkan sakit kaki/simpul biawak. Saya amalkan minum kurma kisar dengan susu beberapa minggu sebelum tempoh kelahiran. Petua untuk mudah bersalin. Suka makan sagu gula melaka. Makan banyak kali pun tak apa. Minggu ke 33 kena tahan wad Hospital Kajang. Bacaan graf jantung tak normal. MC dekat 2 minggu dan kena rujuk ke Pakar Kardiologi Hospital Serdang. Alhamdulilllah, lepas periksa jantung kat Hospital Serdang, t...

Hari Lahir

Image
Alhamdulillah..... Sudah masuk ke penghujung September 2016. Bulan ini ulangtahun kelahiran saya yang ke 34 tahun. Doa dan harapan saya moga Allah berikan keberkatan dalam kehidupan saya, diberi kesihatan, rezeki dan hidup bahagia bersama insan-insan tersayang dalam perjalanan seterusnya.. Syukur saya dijodohkan dengan suami  yang membimbing saya menjadi insan yang baik dan belajar menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Mudahan kasih sayang kami kerana Allah ini dirahmati dalam melayari bahtera rumah tangga bersama 3 puteri amanah dari-Nya. Amin. Seperti biasa, tiada suprise daripada suami tercinta..ha2..sebab saya tau jenis orangnya adalah begitu. Cuma tahun ini saya diberi hadiah sebagai tanda ingatan daripada bos-bos dan kawan-kawan di pejabat. Hadiah terawal daripada ex-bos yang dah pindah ke Mahkamah.  Sekeping kad ucapan, ole-ole daripada Swisszerland/London dan kiriman sampul hari raya berisi wang.  Lebih kurang 3 tahun saya bekerja  di bawah beliau...

Sabar

Image
3 puteri saya semakin membesar. Setiap hari ada sahaja kerenah dan telatah mereka yang menghiburkan hati serta yang menguji kesabaran saya sebagai seorang ibu. Tidak dinafikan, menjaga anak-anak kecil memerlukan kesabaran yang tinggi. Adakala rasa terguris hati dan menyesal bila marahkan anak-anak. Saya selalu berkata dalam diri, masa kecil dahulu saya juga begitu. Selalu juga saya katakan dalam diri, berapa jam sahaja masa yang perlu saya peruntukkan setiap hari pada waktu bekerja untuk anak-anak saya. Balik kerja jumpa mereka jam 6 petang. Lebih kurang jam 10 malam semuanya dah tidur. 4 jam sehari waktu yang berkualiti dengan mereka pada Isnin hingga Jumaat. Hakikatnya, 4 jam yang ada tersebut dilalui dengan pelbagai ragam mereka. Ada masa mereka bergaduh, ada yang tumpahkan air, makan bersepah, buang air besar, terkucil, menangis,gelak  ketawa, main kejar-kejar, sepahkan mainan dan macam-macam lagi. Seharian Fina bersekolah manakala Fiqah dan Fittriah di taska, ten...

Ramadhan

Alhamdulillah, dipertemukan Allah dengan Ramadhan kali ini. Rutin harian tidak banyak yang berubah. Pagi saya hantar Fina ke sekolah manakala Fiqah dan Fittriah, babanya tolong hantar. Balik kerja pula, saya yang akan ambil Fiqah dan Fittriah dari taska dan babanya ambil Fina di KAFA. Tugasan yang telah dibahagikan sejak awal. Cuma waktu pulang kerja di bulan Ramadhan saya akan menghadapi kesesakan lalu lintas yang luar biasa. Semua mahu pulang ke rumah awal untuk berbuka puasa bersama keluarga. Hakikatnya, bila dah lalui hari-hari jalan yang jem, sampai satu tahap saya rasa dah lali dan memandu macam tak ada perasaan. Bila masuk kereta, bawa kereta dan tanpa sedar dah sampai ke rumah. Lol..macam robot dah. Yang penting sampai di rumah dengan selamat dan berjumpa anak-anak yang sedang menunggu kehadiran mama nya. Ramadhan kali ini, saya tidak mengepam susu lagi. Fittriah telah campur susu formula sejak bulan lepas. Waktu lepas kerja dan waktu cuti Fittriah masih bf seperti bia...

Sham wedding

Image
Alkisah cerita kenduri masih belum habis lagi. Minggu lepas kami pulang ke kampung saya untuk menghadiri kenduri kawin Sham, kawan baik saya dari sekolah rendah dan keluarga angkat saya. Bertemu jodoh dengan orang sekampung yang juga merupakan abang kepada kawan sekolah saya juga. Seronok dapat berjumpa kawan-kawan lama yang berbelas tahun tak jumpa. Faham-fahamlah bila dah bekeluarga memang tak ada masa nak berhubung dengan rakan sekolah. Masing-masing ada kehidupan sendiri. Masa beginilah dapat berkumpul dan bertanya khabar. Selamat pengantin baru Sham. Selamat menempuh alam rumahtangga ;)

Annivesary ke 8

Image
Alhamdulillah....10 Mac 2015 genap 8 tahun usia pernikahan kami. Syukur Allah berikan saya jodoh dengan insan bergelar suami saya iaitu Azhar bin Haji Wi. Di usia 8 tahun perkahwinan ini dikurniakan 3 orang puteri penyeri rumah tangga kami. Nur Azwa Safrina Nur Irdhina Syafiqah Nur Anisah Fittriah Lumrah alam rumahtangga, sedangkan lidah lagi tergigit. Saya masih memperbaiki kekurangan diri, belajar saling lengkap melengkapi, saling bertolak ansur, memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Moga Allah memberkati kami sekeluarga dan agar kasih sayang kami berkekalan hingga ke akhirat.  Amin.

Berpantang 3rd baby

Berpantang adalah waktu yang agak membosankan oleh wanita kan! Walaupun diberi cuti lama, tak payah kerja, tak wajib solat, tak payah buat banyak kerja rumah tapi masuk minggu ketiga terasa juga boring nya. Cuma yang seronok, tak terikat dengan masa. Sepenuh masa di rumah bersama anak-anak. Boleh berehat-rehat, boleh tidur bila penat, boleh tengok tv, layan internet cuma yang kena jaga ialah kesihatan badan dan fikiran ketika berpantang. Dan lagi satu, jaga makan time pantang. Tak boleh makan sebarangan. Keluar rumah pun no-no-no..Tak digalakkan sebab bila dah keluar tu tentu nak pi shopping kan! Sabar lah sikit, tunggu 44 hari. Lepas tu nak pergi mana, pergilah..Pesanan untuk diri saya sendiri. Alhamdulillah, saya dan Fitri makin sihat. Fitri dah memasuki 21 hari. Awal haritu kena sakit kuning. 4 kali berulang alik ambil darah. Masuk hari kelima pusat dia tanggal. Dan awal minggu kelahiran dia kena ruam pada dahi dan badan. Melepuh ada air dalam ruam tu. Saya tanya doktor, doktor c...

Next F

Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan seorang lagi puteri untuk keluarga kecil kami. Dan next F dinamakan oleh babanya :- NUR ANISAH FITRIAH BT. AZHAR. Hari ini baru genap 2 minggu usia Fitri. Maksud nama Fitri ialah penghibur semulajadi keluarga. Lebih kurang gitulah baba nya cakap. Fitri lahir pada 27 Mac 2014 pada jam 7.06 pagi di KPMC Kajang. Fitri lahir seberat 2.8 kg sahaja. Anak saya dalam perut makin lama makin kecil kan. Tak apalah, biar sihat dan besar di luar perut. Awal seminggu daripada tarikh due. Dan tak sempat mama nya habiskan kerja untuk Khamis dan Jumaat sebelum start bercuti seperti yang dirancangkan pada 31 Mac. Fitri nak lahir awal dan tak sempat juga mama nya nak masuk keje lepas bulan Ramadan. Banyak betul perancangan mama tapi perancangan Allah itu lagi indah untuk temukan mama dengan Fitri pada waktu yang telah Dia tetapkan. Syukur. Cerita bab bersalin pula :) 26 Mac 2014 (Rabu) Saya kerja seperti biasa. Hari ini rasa perut memulas ke...

Hobi

Image
Selain daripada hobi bershopping apa yang patut, cerita pasal breast feeding, ada lagi hobi yang saya suka di usia 30an.   1st hobi - baking dan bisnes part time jual cupcakes online. Seronok dapat deco cupcakes yang comel-comel, lebih-lebih lagi untuk memeriahkan majlis hari jadi ataupun majlis pertunangan/perkahwinan.  Azcupcakes masih beroperasi seperti biasa, cuma saya terima tempahan untuk cupcakes mengikut kelapangan masa yang bersesuaian. Almaklumlah, part time bakers. Buat bila ada masa terluang.   Next, saya sangat suka mengumpul koleksi periuk - corning ware/giacomo/dll yang seangkatan dengan nya. Juga koleksi bekas-bekas lutsinar yang multi function. Boleh guna untuk kukus, hidang, masuk dalam oven. Bagai satu terapi tengok koleksi tu tersusun dalam almari. Almari dah penuh pun, jadinya hobi kena diberhentikan dahulu. Tunggu nak melancong ke Langkawi tahun-tahun akan datang, baru boleh fikir nak tambah apa yang patut. Set terbaru yang ...

Saya suka

Image
Tajuk macam Mei Mei dalam siri kartun Upin dan Ipin.. Saya suka..saya suka..Sukalah mama F&F dapat pergi ke Maternity & Children Expo di Mid Valley Ahad lepas. Walaupun tau mesti ramai yang akan berkunjung, tapi saya tak mau lepaskan peluang yang ada. Lagipun kali terakhir datang ke sini masa Fiqah dalam perut, kali ini mestilah datang untuk turn adik Fiqah pula dalam perut.   Saya duk mencari barang-barang untuk persediaan BF 3rd baby. Walaupun barang besar seperti pam susu, cooler beg dan botol-botol susu dah ada dan masih boleh digunakan, tetapi kalau dah minat memang wajiblah terjah juga ke sana. Beli apa yang patut dan perlu sebagai tambahan, dan sudah tentunya dengan harga yang berpatutan serta menjimatkan. Saya suka lagi .    Baba dan Fiqah ditugaskan untuk menunggu mama dan Fina masuk ke dewan pameran. Bukan apa, takutnya kepenatan pula kalau diorang tu ikut saya. Jadi tugasan yang mudah diserahkan kepada baba, untuk jaga Fi...

Kehadiran 3rd baby

  3rd baby ~ 17 minggu   Panjang bayi anda sekarang hampir 13sm dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 140g. Hampir semua rangka tulangnya berunsurkan rawan liat, yang akan mengeras kemudian. Satu bahan pelindung yang dipanggil myelin mula membalut saraf tunjang dengan perlahan-lahan. ***************************************************************************************** Mengandung 3th baby tak lah sehebat auranya jika dibandingkan dengan anak sulung. Saya rasa semua orang begitu. Jika anak sulung, begitulah menjaga dan memanjakan diri bersungguh-sungguh. Tak larat, asyik nak tidur dan berehat. Yelah, tak ada gangguan lain. Kat rumah pun duduk berdua sahaja dengan suami. Bila dah masuk anak no. dua, gagahkan diri juga untuk menjalani aktiviti harian. Kurang sikit manja dan mengada-ngada, terutamanya untuk dilayan si suami. Kadang-kadang kat ofis, larat jer, bila balik rumah, tengok muka suami, semua kerja jadi tak larat nak buat. Ha2..pengalaman men...

3th

Image
Alhamdulillah, rezeki dan anugerah dari Maha Kuasa. Berusia 14 minggu. Doakan kesihatan saya dan mujahid kecil ini. Harapnya yang keluar nanti sama geng dengan Baba F&F. Amin   14 weeks  - babycenter.com

Ramadhan

Masuk ke hari-hari terakhir Ramadhan. Sudah 23 Ramadhan. Begitu pantas masa berlalu. Macam lagu Raihan dan Mambai .......                 Masa yang pantas berlalu                 Hingga tak terasa ku berada                 Di bulan Ramadhan semula Rupanya sudah di penghujung. Alahai, sebak pula di hati. Minggu lepas kami sekeluarga balik berbuka puasa di belah mertua saya di Setiu Terengganu. Balik 4 hari. Sepatutnya kami balik awal Ramadhan, tapi kesibukan masing-masing terutamanya baba F&F membuatkan kami mengubah perancangan balik ke pertengahan Ramadhan. Alhamdulillah, sempat berbuka puasa dengan keluarga belah suami. Dan tahun ini turn berhari raya di Negeri Sembilan saya suka!. Sudah ada jemputan  perjumpaan kawan-kawan sekolah yang berb...

DIY Aiskrim

Image
Memenuhi tempahan cupcakes pelanggan, sempat lagi bershopping acuan aiskrim untuk Fina dan Fiqah di Yummie Bangi. Keluar di waktu rehat hari Jumaat, memang agak semput untuk bershopping. Lebih-lebih lagi, bila bos ada. So, tak boleh balik lewat. Kalau bos tak ada pun sebenarnya kene balik awal juga, cuma tidaklah terlalu mengejar masa yang tepat . Bekas aiskrim potong ini berharga RM3.50 sahaja. Ada 4 acuan sekali dengan batang aiskrim. Cuti hujung minggu saya buatkan aiskrim strawberry bandung untuk Fina dan Fiqah. Suka diaorg dapat aiskrim mama nya buat. Ayat Fina ~ hebatnya mama..ha2..Kagum anak-anak bila mama boleh buat aiskrim sendiri .   Aiskrim strawberry yang sudah siap **Tips untuk keluarkan aiskrim daripada bekas : lalukan dulu bekas aiskrim di air paip dan kemudian baru tarik keluar .   Satu untuk akak Fina Satu untuk baby Fiqah F&F tengah menikmati aiskrim..yumm-yumm   Fiqah, tersenget-senget kepala makan aiskrim...

Masak-memasak

Image
Minggu-minggu berlalu tanpa n3 terbaru. Perlukan sedikit masa untuk menjalani perubahan dan peralihan dalam kerjaya. Tetapi walau apapun kerjaya kita, kerjaya yang ini masih menjadi keutamaan. Kerjaya TUKANG MASAK di rumah, tugas utama demi mengenyangkan perut-perut di rumah.   Berderet-deret masakan simple , cuma ini yang dapat dikongsikan -   Sup Gear-box Baba Sup ikan merah F&F Pasta Mama FF Terasa kalau makan di luar, kurang nikmatnya jika dibandingkan di rumah. Sesekali tak salah bertukar selera dengan masakan di kedai. Cumanya, mungkin 'nikmat' itu kurang sebab apa yang kita makan, kita boleh beli atau dapat dengan mudah. Kalau waktu kecil, jarang-jarang makan di luar, bila dapat nasi ayam atau ABC, itulah yang paling sedap dinikmati.  Saya lah tu . Tetapi apa yang mahal dan tiada gantinya ialah SELERA. Bila tiada atau hilang selera, makanan yang paling sedap pun jadi tidak sedap.   Menjadi seorang ibu, mesti m...

Sanah Helwah

Image
Esok ulangtahun kelahiran baba yang ke - tut....Jadi saya gigih mencari apa yang lain dari yang lain untuk dijadikan hadiah. Mula-mula nak cari kad pop-up, tapi bila fikir, tak sesuai dengan baba. Timbullah idea untuk mencari karikatur. Sesuatu hadiah yang simple tetapi menarik. Sebenarnya apa yang penting bukanlah pada bentuk hadiahnya, tetapi niat dan usaha untuk meraikan hari istimewa dengan insan tersayang itu tercapai maksudnya.   Telah selamat diposkan ke ofis abang oleh pelukis karikator nya. TQ.   SANAH HELWAH BABA 25 Jamadilawal 1434H Daripada : Mama, Fina & Fiqah   Selamat Ulangtahun Kelahiran abang;) Moga Allah merahmati dan memberkati kehidupan abang, memberikan kesihatan, memudahkan urusan dan agar memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin.     Yang berminat untuk lihat hasil karikatur bolehlah lawat ke blog ini .  

Anniversary ke-6

Image
  Ye, saya dan abang memiliki dua perwatakan yang berbeza. Saling lengkap melengkapi, saling kenal mengenali, saling berusaha untuk membina sebuah rumah tangga yang barakah mawadah dan warrahmah. Perbezaan itulah yang melengkapi bahtera rumahtangga kami satu sama lain. Menerima cinta daripada seorang suami yang ditakdirkan untuk saya. Menjadi bapa kepada anak-anak saya. Sudah tentu saya salah seorang insan bertuah yang memiliki nikmat keluarga yang dikurniakan oleh Allah. Moga jodoh kami berpanjangan hingga ke syurga-Nya. Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-ENAM. 10 Mac 2007 - 10 Mac 2013  

Red Velvet

Image
  Cuti hujung minggu rasa tekak teringin sangat nak makan red velvet. Resepi dah lama simpan kat rumah, cuma percubaan nak membuatnya belum tertunai lagi. Sempena meraikan bulan Mac sebagai bulan ulangtahun perkahwinan saya yang ke-6, jadi saya buat kek red velvet ini. Versi kukus. Walaupun saya tahu abang bukan peminat kek, tetapi itu bukan penghalang untuk saya meneruskan misi. Fina pun tidak menggemari creamcheese yang dilepa atas kek. Kali ini saya dengan Fiqah yang menikmati kek tanpa persaingan.hi2.. Inilah hasilnya. Simpan di peti ais dulu untuk mengelakkan creamcheese cair.  Simple deco   Kepingan red velvet yang telah siap dipotong Memasak ini sama juga dengan hobi yang lain. Tunggu mood datang baru tiba-tiba jadi rajin. Kalau tak sampai mood, sampai sudah terperap jer resepi dalam laci kabinet dapur.   Happy Anniversary abang.. Moga cinta kita sentiasa mekar berseri semerah red velvet yang abang makan sepo...

30 an

Kegemaran saya di usia 30an, di samping sibuk menjalani rutin harian dari aspek kerjaya dan keluarga, saya cuba untuk memberi ruang kepada diri sendiri. Melakukan apa yang diminati, mencari apa yang diredhai dan tentunya melakukan sesuatu untuk kegembiraan sendiri. Mukadimah punya guna ayat berbelit-belit, sebenarnya nak cerita kegemaran terkini;) Mencari tempat-tempat yang sesuai untuk melancong. Kalau tak boleh pergi jauh, bawa anak-anak ke waterpark di hujung minggu boleh diambil kira. Untuk penjimatan cadangan saya boleh google di website groupon atau livingsocial untuk membeli kupon/vaucer dengan harga yang berpatutan. Tapi kena alert, percutian di hujung minggu lain syaratnya. Mungkin terpaksa menambah caj lain kerana selalunya harga promosi hotel adalah untuk hari-hari biasa sahaja .   Mencari tempat peranginan persekutuan (BPH) yang memang harganya amatlah memuaskan hati. Cuma masalah utama, booking di rumah kerajaan ini selalu penuh dan kena booking awal. Ib...

Fina Beraya dan Bergaya

Image
Minggu terakhir Syawal tahun ini. La, baru rasanya beraya, dah sampai ke penghujung Syawal rupa-rupanya. Masih dalam mood raya hingga tiada masa untuk menaip n3 baru. Beberapa jemputan perlu dipenuhi, begitu juga mengunjungi kawan dan sanak saudara yang harapnya masih sempat diselitkan masa untuk bertemu. Bila ada anak perempuan, tentunya rasa seronok untuk memakaikan pakaian yang ala-ala cantik dimata sendiri. Lebih-lebih lagi, kalau anak tu dah pandai melawa. Fina sudah pandai nak pakai baju -antek-(cantik). Nak pakai -udung-(tudung), nak pakai -incu-(gincu). Nak pakai -suar gem-(seluar jeans), baju -bunge-(bunga), -ulang-(gelang) dan macam-macam lagi yang dia rasakan cantik. Fitrah wanita, suka pada kecantikan. Masa balik kampung tempoh hari, tok ayah Fina kata 'jangot cucu tok ayah'. Kira normal lah tu tok ayah, sebab Fina kan anak dara. Mestilah jangot sokmo. Hi2.   2 minggu ini Fina gelar dirinya -kami-. Selalunya dia cakap -ina-. Sekarang dia cakap k...