Pengalaman mengandung

Pengalaman mengandungkan Farha puteri keempat:

Tak minat pakai barang kemas. Rantai, gelang dan cincin tak suka pakai masa mengandung.

Hati mudah sensitif, bila tak dapat sesuatu akan menangis. Dah menangis baru lega, lepas tu ok dah.

Suka bersenam dan zumba yang ringan. Buat senaman penafasan semasa dalam kereta ke pejabat dan sebelum tidur malam.

Setiap malam Fina, Fiqah dan Fittriah akan cakap dengan Farha sebelum saya tidur. Farha pun akan bergerak-gerak dalam perut, pusing, tendang-tendang. Macam faham akak-akak dia berbual dengan dia.

Sapu minyak angin setiap malam untuk elakkan sakit kaki/simpul biawak.

Saya amalkan minum kurma kisar dengan susu beberapa minggu sebelum tempoh kelahiran. Petua untuk mudah bersalin.

Suka makan sagu gula melaka. Makan banyak kali pun tak apa.

Minggu ke 33 kena tahan wad Hospital Kajang. Bacaan graf jantung tak normal. MC dekat 2 minggu dan kena rujuk ke Pakar Kardiologi Hospital Serdang. Alhamdulilllah, lepas periksa jantung kat Hospital Serdang, tak ada yang serius. Mungkin pembawakan bayi ketika mengandung.

Setiap pagi memandu dalam kereta saya akan pesan ke Farha dalam perut agar Farha mudah keluar nanti. Alhamdulillah, pengalaman bersalin kali ini lebih mudah dibandingkan 3 orang puteri sebelum ini.

Selainnya, minggu-minggu mengandung dilalui dengan tenang cuma agak letih kerana usia yang telah memasuki penghujung 30-an. Nasihat saya, jika rancang nak dapat cahaya mata, lebih eloklah mengandung waktu usia muda. Stamina lebih kuat dan sihat. Tapi rezeki Allah kan, Dia akan berikan waktu dan masa yang ditentukan oleh-Nya. Syukur, Alhamdulillah.

Hadiah Istimewa Hari Jadi tahun 2020
Moga bahagia hingga Jannah. Amin


Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu