Posts

Showing posts with the label Cupcakes

Baking

Image
Sejak pindah ke Kajang, jarang saya nak baking kek. Bila sampai mood rajin balik Semenyih weekend baru jalankan projek baking. Itupun tengok kebergantungan pada stok bahan baking ada ke tak kat rumah. Sebab bahan kek ini kalau beli di Kedai yang repack semula, selalunya cepat expired. Kalau nak tahan lama sikit, beli sahaja di pasaraya jenama Nona, Star brand, Blue Keys dan sebagainya memang lambat expired.  Bulan depan dah masuk bulan Ramadhan. Ada hati nak buat biskut raya sendiri 2 jenis ke. Nak kena angkut oven balik rumah Kajang.  Antara projek baking yang telah diadakan beberapa bulan lalu : Kek kukus pandan Kek marble Coklat Chip Cupcakes Tunang Tetiba ada projek deco cupcakes tunang. Sebenarnya kawan saya Kak Wa yang buatkan kek ini, saya cuma deco sahaja dan ajarkan Kak Wa cara deco guna fondant. Lama dah tak deco kek, itupun demi memenuhi permintaan adik saya yang bertunang awal Mei yang lalu. Projek baking hanya akan dijalankan untuk...

CC Hantaran

Image
Dari pagi cuba update blog Azcupcake . Tak boleh nak buat n3 baru dan masukkan gambar. Tak tahu punca masalahnya. Naimi, sila bantu:) Nasib baik blog Mama Fina masih beroperasi dengan lancar. Sebelum bermula cuti hujung minggu dan hidup tanpa bekalan berukband yang telah diterminate, saya update gambar terbaru tempahan cupcakes dari member ofis. Cupcakes untuk hantaran tunang. Tema hijau & cream. First time buat cc untuk hantaran. Seronok pula bila tengok hasilnya. Cc ini nak dibawa balik ke Perak. Tahniah & Selamat Bertunang untuk Ayu & Faiz .

azcupcakes.blogspot.com

Memandangkan blog ini tujuan asalnya sebagai perkongsian mengenai pengalaman saya semasa menjayakan BF dan perkembangan pembesaran Fina dari tahun ke tahun, jadi saya rasa lebih baik saya wujudkan satu blog khas yang ada kaitan dengan minat baru saya dalam bidang kek dan cupcakes. Secara rasminya saya 'melancarkan' blog AZCUPCAKES.BLOGSPOT.COM . Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan harga kek/cupcakes, sila emel ke azlizacakes@yahoo.com . Blog ini masih dalam pembinaan dan dalam proses penambahbaikan. Doakan saya maju jaya dalam bidang ini.

Tempahan pertama

Image
Tempahan dari first customer ~ pegawai unit di ofis. Cupcakes princess & Ben10 untuk anak-anaknya. Hopefully, mereka suka. TQ.

Majlis Hari Jadi Fina

Image
Alhamdulillah, majlis sambutan hari jadi Fina telah diadakan semalam. Juadah pun biasa-biasa sahaja. Saya masak bihun goreng, spageti, nuget&hotdog dan buah epal. Umi sponsor sandwich tuna. TQ! Lagipun, memang berhajat nak buat ringkas sahaja. Ini gambar kek Upin & Ipin yang telah siap sepenuhnya. Mama harap Fina suka:) Acara wajib, potong kek hari jadi bersama mama. dan ini besday girl Happy Birthday FINA. Juga ucapan terima kasih pada yang sudi hadir ke majlis Fina semalam. Kaklong & anak-anak buah saya~kak reen, haziq, kak ya, dania. Kak Ida dan keluarga. Ayahanda tercinta yang hadir bersama Umi dan Maksu Fina. Juga jiran-jiran terdekat yang sudi luangkan masa.

Kek Upin & Ipin for Fina:)

Image
Mama berjaya buat sendiri kek hari jadi UPIN&IPIN untuk Fina. Hampir 80% siap, tinggal nak touch-up sikit-sikit lagi. Nak letak lilin & tulis nama Fina. Inilah hasilnya :) Esok petang kami sekeluarga bercadang untuk meraikan Hari Jadi Fina. Buat makan sikit-sikit sahaja. Jemputan pun tak ramai. Ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja. Maaf tak dapat nak jemput semua. Memang pada awalnya, tak jadi buat. Tapi rasa tak seronok pula bila tiada majlis. Dah niat, buat je lah walaupun ringkas. Hobi baru saya ini memang tidak merugikan. Tak sangka boleh buat kek hari jadi untuk Fina. dan saya telah menerima tempahan cupcakes. Pelanggan pertama yang menempah setelah mencuba sendiri cupcakes yang pernah saya buat.

Mickey Mouse cupcakes

Image
Cupcakes Mickey Mouse sebagai buah tangan untuk jiran sebelah rumah yang membuat Majlis Hari Jadi anaknya yang ke-2 tahun. Happy Birthday:)

1st homemade cupcakes

Image
Moist chocolate cupcakes for Birthday Bos Moist chocolate cupcakes with edible imej Mickey Mouse for Kak Ya & Dania.

Saya suka

Image
Hobi baru minggu ini :) Mencari blog hiasan cupcakes. Mencari resepi cupcakes. Mencari buku dekorasi cupcakes. Mencari peralatan yang sesuai untuk membuat cupcakes. Mencuci mata di kedai-kedai bahan bakeri. Pendek cerita, memang hari-hari nak search pasal cupcakes. Buatnya tidak lagi. Minggu ini saya nak cari bahan-bahannya dulu. Ini gambar pelanggan tetap saya: ^ ^ ^ ^ Nyum..nyum..sedap.

Dekorasi Cupcakes

Image
8 Dekorasi cupcakes yang dihasilkan oleh saya sendiri. ^ ^ ^ ^ Cantik kan:)

Kelas Cupcakes

Image
Gambar di Kelas Cupcakes hari ini. Terima kasih kepada Kak Liana yang sudi berkongsi ilmu. Hasil cupcakes yang diajar, dalam n3 berikutnya. Ada 8 patern cupcakes yang dihasilkan. Pesanan Kak Liana, jika mahu mahir, kena rajin-rajin practise.

Persediaan Kelas Cupcakes

Image
Barang-barang yang perlu dibawa untuk kelas cupcakes : Apron Piping beg Kotak kek Kain lap Semuanya telah tersedia, cari di kedai jual bahan kek di Semenyih tengahari tadi. First time pergi kedai jual bahan kek, banyak barang-barang keperluan dari yang kecil hingga yang besar terdapat di sana. Nak cari piping beg pun, tanya pada SA di kedai. Manalah saya pernah beli. Bahan dan barang yang lain akan disediakan semasa di kelas. Kelas ini sesuai untuk mereka yang tiada basic dalam penghasilan cupcakes. Selepas ini harap-harap saya berjaya menghasilkan cupcakes yang cantik seperti ini: ^ ^ ^ ^ Gambar dari Loveliana Cakes

Idea baru

Idea dan keinginan yang hadir secara tiba-tiba. Setelah mencari-cari kek Upin & Ipin , akhirnya saya telah mendapat idea ini. Mengapa saya tidak mencuba untuk membuat sendiri kek tersebut. Lebih bermakna dan lebih tinggi nilainya jika dibandingkan dengan saya menempah dengan orang lain. Malahan, lebih menjimatkan dan menyerlahkan daya kreativiti saya. Manalah tau, jika lebih usaha sikit, saya boleh menambahkan pendapatan sampingan. Bukankah tu satu bonus untuk diri saya sendiri. Berdasarkan niat tersebut, saya mengambil keputusan untuk menghadiri kelas cupcake bersama kak liana pada Ahad ini. Tidak rugi kalau kita menimba ilmu walau dalam apa bidang sekalipun. Yang penting ada minat dan kesungguhan. Jadi, tunggu hasilnya Ahad ini. Harap-harap tangan saya boleh menghasilkan cupcakes yang cantik dan tidak lupa cupcakes upin dan ipin khas untuk Fina.