Posts

Showing posts with the label Besday

Sambutan Hari Lahir

Image
1 JANUARI 2022 Alhamdulillah, cuti hujung tahun meraikan sambutan Hari Lahir Fiqah pada 25 Disember 2021 di kampung atuk dan Hari Lahir Fina pada 1 Januari 2022 di Kajang. Diserikan lagi dengan kehadiran adik bongsu yang sangat manja Farha si comel berserta Fittriah yang cerdik. Bila dah bertambah besar, Fina dan Fiqah tak nak sambut Hari Lahir gabung sekali dah. Nak asing-asing. Kek ditaja oleh baba sebagai hadiah hari lahir. Terima kasih baba. 25 DISEMBER 2021 Tahun 2022 Fina berusia 14 tahun  (Tingkatan 2) dan Fiqah berusia 11 tahun (Darjah 5). Sesi persekolahan tahun ini dilewatkan mulai Mac 2022 baru naik tingkatan dan darjah. Penggal persekolahan bertukar berikutan pendemik Covid 19 dan banjir di negara tahun ini. Fittriah pula berusia 8 tahun (Darjah 2). Doa mama semoga menjadi anak yang solehah, menjaga solat, rajin, bertanggungjawab, pandai berdikari dan berbakti pada mama dan baba waktu tua kelak. Semoga berjaya dalam pelajaran dan menjadi insan yang bermanafaat dalam hid...

Kenangan Hari Lahir 3F

Image
Simpan di sini untuk tatapan memori masa depan. Gambar kenangan sambut Hari Lahir Fina, Fiqah dan Fittriah. Happy Birthday Fiqah yang ke-9 tahun - 25 DIS 2020 Fiqah sambut Birthday di Terengganu. Aiskrim potong untuk Birthday Fina di Taman Pelangi Semenyih. Happy Birthday Fina yang ke 12 tahun. 1 JAN 2020. Birthday Fittriah yang ke 7 tahun - 27 Mac 2020 Kek Birthday Baby Shark untuk Fittriah @ Kajang . Alhamdulillah, tahun depan boleh sambut Birthday baby Farha pula.

Happy Birthday Fittriah

Image
Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Nur Anisah Fittriah telah genap berusia 3 tahun pada 27 Mac 2017 yang lalu. Mama beli kek dan goreng pasta untuk sambutan secara kecilan bersama keluarga. 3F memang sejak kecil, kalau potong kek, nak kene potong bertiga sekali. Kaedahnya semua dapat sambut birthday bersama-sama;) Kek ini beli daripada kedai kek di Semenyih. Kakak Fina yang pilih sebab dia cakap Fittriah suka ada patung Pikachu dan Hello Kitty. Doa mama agar Fittriah membesar dengan sihat walafiat, sentiasa ceria dan menjadi penghibur dalam keluarga kecil kita. Moga berjaya dalam menjalani kehidupan sehingga Fittriah besar kelak. AMIN.

Kek Aiskrim Mudah

Image
Lama tak buat projek baking sejak pindah ke rumah Kajang. Bila malas nak baking kek, kita cari resepi kek yang mudah dan tentunya disukai oleh anak-anak. Kek aiskrim jadi pilihan saya untuk kali ini. Sempena Birthday 3F yang lalu, saya sediakan kek ini untuk kek besday mereka.   Bahan-bahan : Loyang boleh buka tepi. Kek gulung atau sponge cake. Coklat Kit kat secukupnya. Coklat M&M Aiskrim ikut citarasa sendiri. Nuttella ataupun jem lain.  Riben, tag happy birhday, lilin dan lain-lain deco yang dipilih. Cara-cara penyediaan : Susun coklat kit kat secara memanjang mengikut acuan loyang yang digunakan. Selepas itu susunkan kek gulung di bahagian bawah sekali. Kemudian, masukkan aiskrim dan padatkan atas kek. Masukkan dalam peti ais dahulu. Saya gunakan 2 jenis aiskrim, yang lapisan pertama aiskrim vanila oreo dan lapisan kedua aiskrim rainbow. Setelah lapisan pertama aiskrim keras, keluarkan kek dan letakkan pula lapisan kedua aiskrim. Simp...

Happy Birthday

Image
Alhamdulillah,  tahun 2016 berlalu pergi dan telah meninggalkan banyak kenangan. Usia yang semakin meningkat dari tahun ke tahun dan begitulah juga harapan terhadap amalan yang akan menjadi bekal di sana kelak. Mudahan boleh diperbaiki secara istiqamah. Itu azam 2017. Amin. Sebelum masa berlalu dengan pantas, mama nak ucapkan Happy Birthday pada Fina yang telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke - 8 tahun pada 1 Januari 2017. Baru cukup umur 8 tahun tapi dah masuk darjah 3. Mama doakan Fina menjadi seorang anak yang baik, kakak yang penyayang, rajin belajar dan menjadi insan yang berguna pada masa depan. Amin.  Sambutan Hari Jadi Fina dan Fiqah telah diadakan pada penghujung Disember yang lepas. Saya buat kecil-kecilan sahaja. Jemput anak-anak jiran yang berdekatan.  Dah buat untuk Fina dan Fiqah, tentu adiknya sekali nak join. Jadi saya buatkan majlis untuk 3F serentak.  Menu kali ini 100% dihasilkan dari air tangan mama iaitu bihun goreng singa...

Hari Lahir

Image
Alhamdulillah..... Sudah masuk ke penghujung September 2016. Bulan ini ulangtahun kelahiran saya yang ke 34 tahun. Doa dan harapan saya moga Allah berikan keberkatan dalam kehidupan saya, diberi kesihatan, rezeki dan hidup bahagia bersama insan-insan tersayang dalam perjalanan seterusnya.. Syukur saya dijodohkan dengan suami  yang membimbing saya menjadi insan yang baik dan belajar menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Mudahan kasih sayang kami kerana Allah ini dirahmati dalam melayari bahtera rumah tangga bersama 3 puteri amanah dari-Nya. Amin. Seperti biasa, tiada suprise daripada suami tercinta..ha2..sebab saya tau jenis orangnya adalah begitu. Cuma tahun ini saya diberi hadiah sebagai tanda ingatan daripada bos-bos dan kawan-kawan di pejabat. Hadiah terawal daripada ex-bos yang dah pindah ke Mahkamah.  Sekeping kad ucapan, ole-ole daripada Swisszerland/London dan kiriman sampul hari raya berisi wang.  Lebih kurang 3 tahun saya bekerja  di bawah beliau...

Mac 2016

Image
Mac antara bulan istimewa dalam keluarga kami iaitu bulan meraikan ulangtahun pernikahan saya dan abang serta sambutan ulangtahun kelahiran Fittriah. 10 Mac 2016 ~ usia pernikahan kami telah memasuki 9 tahun. Mudahan Allah memberkati dan memberikan kebahagiaan terhadap hubungan ini. Mudahan juga kami menjadi pasangan dan ibu bapa yang terbaik untuk 3 puteri kami. Amin:) Fittriah pula telah genap usianya 2 tahun pada 27 Mac 2016. Alhamdulillah. Fittriah membesar dengan sihat seiring dengan usianya. Memandangkan mama dah sambut besday Fittriah combine dengan akak Fina dan Fiqah Disember lalu, jadi kali ini mama buat makan-makan simple sahaja. Menu kali ini ialah mix flavour cheese tart dan satey. Parti besday di gerai mama dua sahaja Jumaat lepas. Untuk kawan-kawan di taska, mama dah sediakan goodies beg untuk beri kawan-kawan Fittriah. Doa mama : Moga Fittriah dipanjangkan umur, menjadi anak yang baik, anak yang solehah, anak yang berjaya pa...

Majlis Kesyukuran dan Hari Lahir

Image
Tanggal 2 Jan 2016 yang lepas, saya dan abang telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan sambutan Hari Lahir untuk Fina, Fiqah dan Fittriah. Combine sekali semua sebab masa birthday Fittriah yang setahun lepas tak jadi buat. Fina 1 Jan dan Fiqah 25 Dis. Abang jemput orang surau di taman kami untuk membaca doa selamat selepas solat Zohor. Menu untuk hari tersebut :  nasi goreng cina, ayam goreng tepung, paprik campur, wedges, agar-agar, buah tembikai, bubur kacang hijau kuih seri muka (kaklong bagi), laksa (umi bagi), kek frozen dan cupcake. Semuanya dimasak sendiri dan saya minta kaklong tolong masakkan nasi goreng cina & goreng ayam. Kali ini abang sewa khemah depan rumah agar selesa tetamu yang hadir menjamu selera. Ramai juga yang hadir. Terima kasih pada nenek, ayah umi, adik beradik, ipar duai, sahabat andai dan jiran-jiran yang sudi meluangkan masa untuk hadir. Mohon maaf jika ada kekurangan atau terlupa nak jemput. Tak menang tangan sebenarnya bila nak uruskan majl...

Birthday Fittriah

Image
Happy Birthday Fittriah 1 year Fittriah nak potong kek Nampaknya mama belum pulihkan semangat 'rajin' untuk membaking . Kali ini mama ambil pendekatan beli kek di kedai sahaja untuk meraikan Harijadi Fittriah. Sebelum waktu pantas berlalu, kita sambut besday Fittriah dengan keluarga kecil kita. Insyaallah, ada rezeki hujung tahun kita combine terus besday Fittriah dengan akak Fina dan akak Fiqah.  Agak sukar untuk tangkap gambar Fittriah possing elok-elok. Sekejap nak berdiri, sekejap nak tepuk kek, sekejap nak main dengan kakak. Aduhai anak..Ini antara gambar di sambutan Harijadi Fittriah yang pertama pada minggu lepas. Kakak Fina yang potong kek Fittriah. Ini kek Fittriah lah..kenapa kakak potong! Fittriah nyanyi lagu happy besday to you...happy besday to you.. 3 puteri di hati mama dan baba Alhamdulillah, Fittriah membesar dengan sihat. Dah boleh berjalan setapak dua. Sekarang tengah berselera nak makan. Nak tinggalkan di taska pun rasa ...

Fiqah 3 Tahun

Image
Kek Birthday Fiqah Alhamdulillah, puteri kedua kami telah genap berusia 3 tahun pada 25 Disember 2014. Fiqah seorang yang mudah untuk dijaga dari sejak awal kelahirannya. Tidak banyak ragam, tidak pandai meminta mengikut kehendaknya seperti permainan atau apa sahaja. Seorang yang lembut bila bercakap. Pandai berdikari. Cepat belajar bercakap tapi masih pakai pampers lagi. Potty training mama tak sempat nak ajar sebab baru sehari mama ajar, dia dah keluarkan poo poo tepi kepala mama masa mama baring. Masa akak Fina dulu, potty training masa saya dalam pantang. Jadi ada banyak masa untuk Fina belajar sendiri. Potong kek LOVE Sepatutnya kalau ikut tahun, tahun depan Fiqah boleh bersekolah di Taska di usianya memasuki 4 tahun. Namun saya rasa Fiqah masih kecil untuk bersekolah. Jadi saya rancang untuk Fiqah sekolah pada 2016 ketika usianya memasuki 5 tahun . Doa mama dan baba, semoga Fiqah membesar dengan sihat. Dikurniakan kecerdikan akal fikiran. Dilindungi oleh Al...

Birthday F&F

Image
Cuti hujung tahun saya habiskan bersama keluarga di kampung, di samping membawa anak-anak berjalan makan angin. Kebetulan Along&family pun turut bercuti jadi saya sambut Birthday Fina dan Fiqah di kampung pada tarikh hari jadi Fiqah 25 Disember yang lalu. Combine sekali dengan akak Fina nya yang akan sambut Birthday pada New Year. Mama tak larat nak buat kek besday FF tahun ini, jadi kita order sahaja dari kedai kek di Bahau ye.Ini kek pilihan mama untuk puteri-puteri tersayang :- Kek Aiskrim perisa vanila &coklat..sedap!!!!!!! Fiqah dah genap 2 tahun..Happy Birthday sayang ;) Acara memotong kek..yeay!!!!   Bersama kak ya & anya. Happy Birthday untuk anak-anak mama & baba. Moga anak-anak mama sentiasa dirahmati oleh Allah, membesar sebagai orang yang berguna, menjadi anak yang solehah dan anak yang bijak. Mama dan baba sayangkan kamu berdua kerana Allah. Mama doakan yang baik-baik sahaja untuk kehidupan anak-anak mama dunia akhirat. ...

Majlis Hari Jadi Fina Fiqah

Image
Alhamdulillah, tertunai hajat kami suami isteri untuk mengadakan majlis sambutan ulangtahun kelahiran puteri-puteri kami. Fina genap 4 tahun dan Fiqah 1 tahun. Saya buat kecil-kecilan sahaja. Dan yang penting semua masakan hari tersebut dihasilkan sendiri oleh saya. Dibantu oleh abang dan maksu F&F yang diimport khas dari Melaka. Gigih menyiapkan kek pengantin - princess yang diminta oleh Fina. Nasib baik menjadi hasil air tangan mamanya. Pengertian tersembunyi~hajat anak yang dapat ditunaikan dengan hati yang ikhlas dan melihat mereka tersenyum riang, itu merupakan suatu terapi yang dapat menghilangkan letih saya membuat kek. Sebenarnya, mendeko kek agak memerlukan masa yang lama, lebih-lebih lagi kalau sesekali kita buat. Tak biasa, jarang practise. Tapi saat yang paling manis ialah bila melihat hasil kek yang telah siap dihasilkan. Suatu kepuasan yang lahir dalam hati. Dan tentunya ia menjadi lebih bererti bila membuat sendiri untuk majlis hari jadi anak-anak. Tak perca...

Fiqah 1 tahun

Image
Alhamdulillah, syukur atas anugerah dan kesempatan melihat anak yang semakin membesar. Fiqah dah genap 1 tahun pada 25 Disember 2012. Selamat Hari Lahir anak kesayangan mama dan baba. Moga Fiqah menjadi anak yang solehah, insan yang sempurna, tinggi akhlak dan budi pekerti . Insyaallah, Mama sentiasa mendoakan segala yang baik untuk perjalanan masa depanmu. Dan saya telah berjaya menyusukan Fiqah selama setahun dengan susu ibu sepenuhnya. Moga dipermudahkan untuk tempoh setahun yang akan datang. Amin. Fiqah tunggu potong kek besday dengan akak Fina minggu ini ya.

4 September

Image
Alhamdulillah, diberi kesempatan, peluang dan nafas untuk meneruskan perjalanan kehidupan di muka bumi ciptaan Allah. Hari ini genap usia saya 30 tahun. Tiada harapan yang tidak mampu dilaksanakan untuk diminta, cumanya memohon agar dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan menjadi seorang insan yang bertambah baik dari hari ke hari. Sebagai seorang isteri, mama, adik, akak, anak, menantu, ipar dan sahabat yang mampu berbakti dan berbuat kebaikan. Disenangi bila berdekatan dan diingati bila kejauhan. Mudahan kehidupan saya sekeluarga diberkati dan dirahmati oleh Allah.  

Cake 2 u

Image
For My Dear husband, From, Mama Fina. 6 April 2011