Posts

Makan oren

Image
Setiap petang lepas ambil Fina dari rumah kaklong, Fina akan tepuk2 baju saya suh saya BF kan dia. Time ni, saya akan tumpukan perhatian lebih kurang 10-15 minit untuk Fina. Lepas tu baru buat kerja lain, mandi, masak, basuh pinggan mangkuk dll. Bila Fina dah kenyang BF, saya akan bagi Fina makan buah pula. Selalunya saya bagi buah oren atau epal. Fina makan sikit je, yang selebihnya buat main-main jelah. Walaupun tak tumbuh gigi lagi, kalau Fina gigit epal tu, putus gak. (Bilalah nak tumbuh gigi ni Fina.) Jom layan gambar Fina makan oren :) Lepas makan buah, waktu makan seterusnya ialah pada pukul 8 malam. Time ni saya bagi Fina makan nasi + lauk atau kuah yang tidak pedas. Saya dan abang, memang ajar Fina agar suka makan buah & minum air kosong dari cawan sejak Fina dah cerdik nih. Kalau boleh, saya tak nak ajar atau sogok Fina dengan makanan ringan, gula-gula, air gas atau makanan yang kurang berkhasiat. Jika sesekali nak merasa setakat sikit2 tu, boleh lah.

Lala

Image
Saya dapat panggilan dari abang petang tadi. Abang : Mmmm, pandai masak lala tak? Saya : Masak ape, slalu kalau mama masak, buat sambal atau masak lemak cili api la. Abang : Pandai tak masak lala goreng tiram ? lala goreng tiram Saya : Ape? lala campur dengan tiram ke? Abang : Bukan campur tiram, Abang tengok blog dari dapur MAKLANG . Ada resepi lala goreng tiram. Nampak macam sedap je lala tuh. Saya : Ye lah, nanti mama tengok. Susah2 mama buat lala rebus je lah..ha2.. (mentang2 saya ni dipanggil maklang, siap cari resepi dari blog maklang) Lepas dapat panggilan, saya singgah ke blog DARI DAPUR MAKLANG . Banyak juga resepi yang simple dan mudah untuk disediakan. Terima kasih kepada abang yang 'menyedarkan' saya untuk mencuba resepi2 baru. Mungkin sudah jemu dengan masakan saya. Nak senang, goreng sayur, goreng ikan/ayam hari2. Maklumlah, dah balik kerja penat nak masak, nak melayan Fina lagi, nak mengemas rumah lagi (macam byk sangat lah). Nasib baik saya dapat suami yang tak...

Imbasan lalu

Pengalaman mengandung dan melahirkan anak pertama memang sukar untuk dilupakan. Kehadiran yang ditunggu-tunggu akhirnya tertunai jua setelah genap setahun kami diijab kabul. Masih terpahat diingatan saya ketika membuat prenancy test. Harapan tinggi menggunung agar 2 garisan merah yang akan kelihatan. Alhamdulillah, rezeki kami suami isteri untuk menimang cahaya mata yang pertama termakbul. Saya mengandung pada hujung Mac 2008. Saya tidak mengalami sebarang alahan teruk semasa awal mengandung. Cuma selera bertambah dan saya menjadi seorang yang kuat mengantuk dan suka tidur. Kalau dulu saya suka minum air soya, sejak mengandung saya jadi tidak suka air soya. Kedai mamak yang dulu menjadi pilihan saya untuk makan roti canai & roti nan, terus tidak saya kunjungi sejak mengandung hingga kini. Sepanjang mengandung, pernah 3 kali kaki saya kejang kaki di malam hari akibat cuaca yang terlalu sejuk. Abanglah yang menjadi penjaga setia saya, mengurut minyak panas, meletakkan halia. Kalau d...

Mudah saja

Kali ini saya nak kongsikan tips dan panduan mengepam di tempat kerja mengikut pengalaman sendiri saya. 1. Bawa peralatan khas untuk mengepam di waktu kerja. Antara 3 perkara penting ialah pam susu, botol susu dan cooler beg. Pam susu ~ saya memilih untuk menggunakan pam elektrik SPECTRA 3, double pumping. Botol susu ~ saya gunakan botol susu MOM LITTLE ONES (MLO). Setiap hari saya akan bawa 6 botol MLO untuk digunakan bagi 3x sesi mengepam. Setakat ini saya ada lebih kurang 20 botol MLO. Ibu2 yang mengepam, memang suka kalau tengok dan kumpul stok botol susu banyak2. Macam jadi salah satu sumber semangat. Cooler beg ~ juga dari MLO, hadiah dari pegawai2 kat ofis masa saya habis pantang. Terdapat 3 ice pack bagi 'menyejukkan' susu sehingga selamat saya bawa pulang ke rumah. Lepas sampai rumah, letakkan susu ke dalam peti ais dan bekukan semula ice pack tersebut untuk dibawa pada keesokkan harinya. 2. Pastikan kawasan persekitaran untuk mengepam adalah selesa, sesuai dan bersi...

Nasi Lemak

Image
Tiap kali cuti hujung minggu, baba akan belikan nasi lemak kosong untuk Fina. Fina pun macam tau-tau je bila baba pulang, siap duk tunggu nak makan nasi lemak sambil cakap 'mam, mam, mam'. Makan nak suap sendiri, dengan fesyen rambut 'kembang' baru bangun tidur dah tak sabar-sabar nak makan sarapan. Kalau dulu nasi lemak beli untuk 2 orang, tapi sekarang dah bertambah 3 bungkus termasuk untuk Fina. Lepas makan nasi lemak, baru Fina mandi dan selalunya pagi2 juga Fina akan menjalankan operasi proses penghadaman dengan output yang begitu lumayan sekali. Bau masam tak hingat!!!

Aktiviti Ahad

Image
Pagi2 Ahad, setelah bersarapan roti canai kami ke PS untuk cuci rumah. Ingatkan nak minta tolong Kaklong aka Pengasuh Fina untuk jaga Fina pagi tu. Time nak hantar, Fina punyalah meraung gajah bila nak tinggalkan dia. Tau je time mamanya cuti, tak nak dia kene tinggal. So, bawa je la Fina ke PS. Tapi Fina ok dan baik je masa kat PS. Cuma kesian kat abang kene cuci sorang2 sebab saya kena dukung & jaga Fina. Takut pula kalau2 Fina terjatuh sebab lantai basah & licin. Pagi tu, abang & kawannya settlekan pasang rail langsir di bilik tidur utama dan belah tingkat bawah. Yang selebihnya dah dipasang pada hari Sabtu. Start cuci rumah lebih kurang 12 tgh. Itupun bilik air dan dapur, cuci kemudian. Dah tak larat nak mencuci lagi . Basuh, jangan tak basuh abang!! Sibuk gak nak tolong baba cuci lantai. Kalau bab main air, memang no. 1. Keletihan sampai tertidur, tu lah nak ikut sangat. Lebih kurang pukul 2 petang kami pulang ke rumah. Siap mandi2, pergi ke rumah Kaklong untuk Majlis...

Hargai Setiap Detik

Image
Saya mengemas laci di ofis dan terjumpa artikel yang saya print dan simpan ketika mula-mula belajar ilmu mengenai BF. Saya suka bait-bait ayatnya. Bagai menyentuh hati dan sanubari saya. " Penyusuan susu ibu merupakan pengalaman yang dipenuhi kasih sayang dan keintiman di antara anda dan bayi dan hanya berlaku untuk satu tempoh yang sangat singkat. Sebelum sempat anda menyedarinya, bayi anda sudah pun membesar dan perhubungan anda dengannya telah melalui satu dimensi baru. Saya sentiasa merindui detik masa ini setahun yang lalu. Jadi, pergunakanlah masa ini bersama bayi dengan sebaik-baiknya. Berseronoklah dan hargainya dan apabila bayi melangkah ke peringkat berikut dalam kehidupannya, anda akan terkenang kembali dan bersyukur kerana anda sudah memberinya yang terbaik apabila dia sangat memerlukannya. "