Posts

Testimoni

Testimoni setelah menggunakan SHAKLEE selama seminggu :- Yang baiknya, Penghasilan susu yang agak pekat dari biasa. Purata sehari jumlah susu yang dipam ketika di ofis adalah 13-16 oz sehari. Selalunya hari Isnin saya akan dapat lebih 2-3oz dari biasa. Hari Selasa-Jumaat, jumlah lebih kurang sama sebelum mengambil Shaklee. Fina kuat menyusu semasa di rumah, kejap2 'ma nen ma..nen-nen ma'. Macamtulah intonasi yang keluar dari mulut Fina. Mungkin rasa sedap kot susu saya tu. ha2.. Mengurangkan rasa keletihan dan kelesuan badan. Yang 'kurang' pada saya, Rasa 'terpaksa' menelan pil-pil yang saiznya besar. Rasa seksa juga bila kena makan 4 biji pil sebelum tidur. Maklumlah, saya ni bukan jenis yang suka makan ubat. Menghadapi masalah pembuangan air besar. Ooh, perkara yang menakutkan saya - "najis keras". Fobia betul bab nih. Warna air kencing pekat dari biasa. Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan supplement SHAKLEE. Tapi saya masih belum menyes...

EBM Isnin-Jumaat

Bagaimana saya menguruskan bekalan EBM Fina Isnin hingga Jumaat. Kalau dulu rumah saya dengan rumah kaklong aka pengasuh Fina, selang beberapa pintu sahaja. Pagi-pagi saya akan bekalkan Fina 3 botol susu fresh dan 1 frozen. Bawa dari rumah sahaja. Sejak dah berpindah ke PS ni, kalau hari Isnin saya akan bawa 4 stok susu (2 yg dipam pada hari Jumaat dan 2 stok frozen). Seperti n3 sebelum ini, sejak Fina berusia setahun saya tidak mengepam lagi ketika cuti. Saya gunakan stok yang dipam pada hari Jumaat ketika di ofis sahaja. Itu untuk permulaan minggu, hari Isnin. Bila habis keja Isnin, petang ketika mengambil Fina saya akan tinggalkan 3 botol susu fresh yg saya pam ketika di ofis dan letakkan dalam peti ais rumah kaklong. Lagi 1 bekalan frozen, akan saya bawa pada hari berikutnya. Begitulah rutin harian pengurusan EBM saya sejak berpindah ke PS. Bila pula masanya saya membuat stok frozen EBM? Stok frozen EBM Fina setakat ini masih mencukupi sebagai bekalan harian Fina ketika saya beker...

Dah dapat ~ YHAB

Image
Liner YHAB yang saya beli dari kedai nurmia telah selamat sampai semalam. Mula-mula buka bungkusan, tengok ada botol susu. Dalam hati dah terlintas, ini salah hantar order ke apa. Bila pula saya order botol susu ni. Tengok resit yang disertakan, rupanya saya dapat 2 botol Bumble Bee sebagai free gift. Seronoknya dapat menambah koleksi botol susu Fina. Terima kasih juga kepada Pn Wan Hasma. Moga sukses dalam bisnes on9 ye!

Ganjaran

Mendengar khabar kawan-kawan di FB, ramai yang telah menambah 'anak'. Tahniah juga pada yang dah selamat bersalin. Kebanyakannya anak kedua. Rasanya juara setakat ini adalah sahabat karib saya. Hanim, dah nak masuk 3 anak ko nim!! Memang berbaloi ko berhenti kerja. Pada yang tengah mengandung (Hanim, Fid, Shela, Ija, Mai) Selamat menjalani 40 minggu yang indah. Melahirkan seorang mujahid kecil ke dunia bukanlah suatu perkara yang mudah. Jangan sesekali mengeluh kerana 'kesakitan dan kesusahan' yang dihadapi semasa proses ini dijanjikan dengan ganjaran setimpal oleh-Nya. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun so...

YHAB Sale!

Rehat tadi google kat mudahcari.com, terjumpa liner YHAB dengan harga yang menarik RM25.00 sahaja. Sejak liner YHAB saya dah habis, saya tercari-cari kot-kot ada sale dari mana-mana blog yang menjual barang tersebut. Kebanyakannya harga tetap, RM29.90. Mujurlah saya temui blog nurmia . Sambil2 bershopping di blog nurmia, saya pun beli spare part tutup di botol MLO saya. Ada 3 tutup yang hilang. Tak tahulah cicir kat mana. Selalunya, part ni lah yang selalu hilang. Harganya RM6.00 untuk 5 pcs. Mudah kan bila shopping secara on9. Cuma rasa saling percaya perlu wujud antara satu sama lain. Pembeli harus membuat pilihan bijak manakala penjual pula harus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Bila ada permintaan, maka majulah bisnes on9 mereka. Cara bayaran, jangan risau, semuanya di hujung jari sahaja. Akhir-akhir ini, banyak perniagaan on9 yang tumbuh bagai cendawan. Moga persaingan sihat ini dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna/pembeli. ** dah tak payah g...

Anak gajah

Image
Fina dah baik dari demam. Malam tadi dapat naik anak gajah kat Tesco. RM2 jer sekali naik. Tapi Fina tak pandai lagi naik sendiri, kena baba & mama pegang bila anak gajah tu bergerak. Letih pula mengejar anak gajah tu. Kalau saya dapat duduk belakang, best juga naik kan. Eh2, ada hati nak naik tu.. Turun dari anak gajah, ada tempat jual mainan dekat-dekat situ. Fina sengih2 sambil tayang perut tengok mainan tu. Sebab dah dapat naik anak gajah, Fina tak minta mainan pun. Kalau tak, riuh mulut nak minta mainan. Syukur Fina dah pulih seperti biasa. Cuma 2 hari ni, bila tersedar tengah malam Fina menangis kuat. Tak taulah kenapa, mengigau agaknya. Kena masuk dalam buai baru Fina tidur balik.

Update

Jumlah susu bagi 3 kali sesi pumping di ofis harini : Pagi (n3 sebelum ini) - 11 oz Waktu rehat tengahari - 6 oz Petang sebelum balik - 2 oz Total hari ini : 11 oz + 6 oz + 2 oz = 19 oz Alhamdulillah, lebih daripada biasa rezeki Fina harini. Nanti saya akan cuba updatekan perkembangan setelah mencuba trial pack SHAKLEE selama seminggu. Di hari pertama mencuba Shaklee, hasilnya amat mengembirakan saya.