Posts

Baby baru

Image
Alhamdulillah, kakngah saya telah selamat melahirkan puteri yang pertama dan anak yang keempat pada malam 26 November 2011 yang lalu. Baby girl seberat 3.58kg di Hospital Sungai Buloh. Saya datang melawat petang kerana tunggu ayah dan umi yang datang dari kampung. Kaklong & family telah berkumpul lebih awal memandangkan waktu melawat hospital tidak sama dengan waktu melawat hospital yang lain. Selalunya public holiday, boleh melawat hingga ke malam. Cerita lebih lanjut di blog kaklong . Sementara saya pergi melawat kakngah, Fina tunggu di luar bersama kaklong & family. Kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk. Kalau ikutkan perancangan, kami ingin bermalam di rumah kakngah. Tapi memandangkan kakngah masih belum boleh keluar hospital dan masih dipantau, jadi kami balik semula ke Semenyih dekat-dekat Magrib. Ayah dan umi pun balik ke kampung terus malamnya. Ayah dah lama tak masuk ofis, tu yang tak bermalam di rumah kami. Takpe, lain kali maklang datan...

Majlis Kesyukuran dan Cukur Jambul

Image
Sabtu lepas, kami sekeluarga memenuhi jemputan ke Majlis Kesyukuran dan Cukur Jambul adik Adam Alif, putera sulung kepada kawan baik saya Pn Salwa & En Halim di Taman Sungai Besi Indah. Majlis diadakan lepas Zohor. Lepas Asarnya pula diadakan Majlis Pernikahan adik Kak Wa . Adam tengah tidur, lagipun Majlis agak lewat diadakan. Sudah berubah wajah Adam ni bila dah besar sikit. Dah macam muka abang Halim lah. Apapun, acik az doakan Adam sihat, membesar dengan baik dan jadi anak yang soleh ye. Terima kasih atas jemputan Kak Wa sekeluarga, sorry tak dapat datang ke Majlis Perkahwinan adik Kak Wa pada hari Ahadnya pula. Nak pergi Hospital Sungai Buloh. Tengok anak buah baru :)

Metrojaya Sale @ PICC

Image
Jom SHOPPING time rehat ni..Cari apa yang menarik. Mentang-mentang orang gomen dah gaji semalam. Bolehlah cuci mata ;) Maklumat lanjut di http://www.shoppingnsales.com/2010/12/15/22-26-december-2010-metrojaya-carnival-sale-putrajaya/

Minggu ke 35

Image
Bayi Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga. Anda Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang. ***************************************** Telah memasuki minggu-minggu akhir sebelum due. Lebih kurang 5 minggu sahaja yang tinggal. Berat badan semakin bertambah. Daripada 49 kg semasa  mengandung 12 minggu, sekarang telah menjangkau 62 kg.  Naik 13 kg. Berat sangat ke perut ni? Kadang-kadang bila mengandung pelik bila berat bertambah berganda-ganda. Tak tahu apa yang berat. Minta-minta lepas bersalin nanti, boleh slim semula. Dah tentunya dengan cara semulajadi ~ beri susu ibu kepada bayi. Biar baby sedut lem...

2nd Maternity & Children Expo @ Mid Valley Megamall

Image
Tertunai hajat untuk melawati dan bershopping di Maternity & Children Expo yang diadakan pada 18-20 November 2011 yang lalu. Awal pagi dah bergerak ke sana. Sampai di Mid Valley lebih kurang jam 10.30 pagi. Tak tahu pun tapak expo di mana, tapi ingat-ingat lupa rasanya di aras atas sekali. Sebab selalunya expo diadakan di situ. Macam expo hartanah & perumahan yang saya datang 4 tahun lepas. Manalah nak ingat, dah lama tak pegi Mid Valley. Betul jangkaan saya, tapak expo yang sama. Dekat dengan panggung wayang dan food court. Sebab sampai awal pagi, walaupun ramai pengunjung, tapi masih boleh berjalan dengan aman. Bila je waktu tengahari, terus jalan sesak. Ramai sangat orang. Nak shopping pun berpeluh-peluh. Maklumlah, badan dah membesar. Pintu masuk utama expo, dipenuhi belon2.   Mama & Fina sebelum masuk ke tapak expo. Bila dah penat tunggu mama shopping, Fina duduk dengan Baba je kat depan pentas. Ada kerusi untuk pengunjung yang melihat acara yang berlangs...

Agar-agar Rose Bersantan

Image
Cuti hujung minggu lalu, berhajat nak buat puding roti. Tapi tengok bahan, tak cukup pula. Stok butter dah habis. Lagipun memang tak beli stok baru untuk bahan2 kek bulan ini, dah berehat ambil order. Tengok resepi dalam majalah RASA, ada resepi agar-agar ini. Bahan semua cukup. Ini resepinya:) 1 liter air 15 g agar-agar 130 g gula kastor 130 ml santan pekat 1 sudu makan sirap rose 1 biji putih telur Cara-caranya: Masak agar-agar dengan air hingga larut. Masukkan gula, santan dan sirap rose. Kacau seketika. Telur putih dipukul hingga kembang dalam bekas lain. Masukkan 1/3 adunan agar-agar yang sedang dimasak. Campurkan dengan putih telur, kacau hingga rata. Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam periuk berisi agar-agar yang telah dipadamkan apinya. Kacau lagi dan sejukkan di dalam peti. Agar-agar yang baru siap dimasak.1 adunan, dapat 1 bekas ini.  Dan ini hasilnya, setelah disejukkan di dalam peti ais. Sedia untuk dihidangkan. Senang dan tidak mengambil masa yang lama. Selamat...

School Holiday

Walaupun saya seorang SETIAUSAHA PEJABAT gomen, dan bukannya CIKGU SEKOLAH, tapi saya sangat suka bila menjelang musim cuti sekolah. Alasannya ^ ^ ^ Jalan raya pergi dan balik SEMENYIH-PUTRAJAYA-PUTRAJAYA-SEMENYIH sangat lancar waktu pagi dan petang jika dibandingkan waktu sekolah. Hari ini hari terakhir menikmati kesesakan lalulintas, Isnin nanti dah kurang kereta kerana ibu bapa tidak perlu keluar awal pagi untuk menghantar anak ke sekolah. Damai sikit dihati sebulan lebih yang akan datang, kalau tidak, 1 jam baru sampai rumah setiap hari. LETIH :(  Dah 2-3 kali tertidur dalam kereta, masih tak sampai di rumah lagi. Tapi nak buat macamana, tahan jelah. Cuma bila dah sampai rumah sendiri, dekat atau jauh, hilang sikit penat. Sebabnya, dapat tinggal dan berehat di rumah sendiri;) Selamat bercuti untuk para pelajar & cikgu sekolah. Selamat mengisi masa lapang dengan bergembira di samping keluarga tercinta. MELANCONG ~ keinginan saya yang belum dapat direalisasikan. Mungkin su...