Posts

Update F&F

Image
Akak Fina : (4 tahun 2 bulan) Dah boleh baca Al-Fatihah, Iqra' 1, Doa ibu bapa. Menulis tak berapa pandai lagi, tapi menconteng memang hobi dia kat rumah sekarang. Suka tulis kat kertas, apa-apa kertas, termasuklah surat khabar. Pandai nyanyi lagu Negaraku. Dah tak nangis bangun mandi pagi-pagi sebelum pergi sekolah. Suka tiru cakap teacher - terutamanya perkataan ULANG LAGI ( dengan nada tinggi ) Suka sangat character barbie. Siap suruh panggil dia Cikgu Barbie. Ada sekali tu, dalam tv ada keluar pembaca berita. Dia cakap mama, ada barbie lah dalam tv. Nak tengok cerita barbie. Rupanya pembaca berita tu muka ala-ala barbie. Tergelak saya. Bila berita habis, Fina cakap, laa, kami nak tengok cerita barbie. Sabar ajelah. Suka bahasakan diri 'kami' sebagai ganti diri 'saya'. Sekarang ni kalau cakap, belakang ada perkataan 'ma'. Itu tiru mei mei dalam upin ipin. Contoh dia cakap :' kami tak tau ma'....Sabar je lah lagi mama dia. ...

EBM

Image
Operasi mengepam masih berjalan seperti biasa di pejabat. 2x sehari, pagi sekali, petang sekali. Waktu cuti, tentulah guna pam semulajadi. Direct bf dengan Fiqah. Ini sahaja stok EBM yang tinggal. Tak kira dah sekarang, asalkan ada beberapa botol dalam peti ais, dah lega hati saya. Lagipun demand Fiqah tak tinggi. Dia hanya minum 3 botol di taska. Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan. Mudahan berjaya mencapai ke target seterusnya.    

Sarawak

Image
Percutian cuti-cuti Malaysia ke Sarawak November 2012:- Tempat yang dilawati : Sarawak Riverside Sarawak Culture Village Mira kek lapis Sariken Pasar Satok Kedai Kristal Kilang Pasu Kampung Boyan Muzium Sarawak Persembahan kebudayaan di Culture Village Gambar-gambar di Sarawak   Cuba teka siapa saya........   

Majlis Hari Jadi Fina Fiqah

Image
Alhamdulillah, tertunai hajat kami suami isteri untuk mengadakan majlis sambutan ulangtahun kelahiran puteri-puteri kami. Fina genap 4 tahun dan Fiqah 1 tahun. Saya buat kecil-kecilan sahaja. Dan yang penting semua masakan hari tersebut dihasilkan sendiri oleh saya. Dibantu oleh abang dan maksu F&F yang diimport khas dari Melaka. Gigih menyiapkan kek pengantin - princess yang diminta oleh Fina. Nasib baik menjadi hasil air tangan mamanya. Pengertian tersembunyi~hajat anak yang dapat ditunaikan dengan hati yang ikhlas dan melihat mereka tersenyum riang, itu merupakan suatu terapi yang dapat menghilangkan letih saya membuat kek. Sebenarnya, mendeko kek agak memerlukan masa yang lama, lebih-lebih lagi kalau sesekali kita buat. Tak biasa, jarang practise. Tapi saat yang paling manis ialah bila melihat hasil kek yang telah siap dihasilkan. Suatu kepuasan yang lahir dalam hati. Dan tentunya ia menjadi lebih bererti bila membuat sendiri untuk majlis hari jadi anak-anak. Tak perca...

Fiqah 1 tahun ++

Image
Akak Fina dah sekolah, Fiqah pula makin bertambah usianya. Sudah memasuki usia 1 tahun 1 bulan. Makin rajin 'explore' dan belajar berdasarkan perkembangan kendiri serta belajar dari sifu terdekatnya - akak Fina . Apa yang akak Fina buat di rumah, mula-mula dia tengok jer. Lepas tu dia cuba buat sendiri pula. Contohnya : Akak Fina sibuk tulis kat kertas, Fiqah pula tulis di tapak tangan. Silap-silap kat lengan dengan kaki pun ada dicontengnya. Gambar terbaru saya;) Jalan-jalan gi shopping. Akak Fina rajin tolong tolak saya kalau pergi shopping. Saya layan jer, asalkan boleh ikut. Fiqah dah pandai apa sekarang ya: Pandai buat nangis olok-olok bila mahu dilayan, didukung, nak nenem, nak makan, nak itu, nak ini. Kuat makan. Semua benda yang dinamakan makanan Fiqah nak rasa dan nampak sedap di matanya. Bila nak nenem, dah pandai minta sendiri dan selak apa yang perlu dengan sendiri. Tak boleh tengok akak Fina mandi, mesti nak join sekali dalam bilik air...

Fina sekolah

Image
Diam tak diam, dah memasuki minggu terakhir di bulan Januari tahun 2013. Jadual pagi saya banyak berubah sejak masuk tahun baru. Keluar seawal jam 6.30 pagi untuk tempuhi jalan sesak yang luar biasa keadaannya bila anak-anak dah mula bersekolah. Proposal untuk duduk di kuarters telah ditolak secara terang-terangan oleh baba. hi2, saja-saja gurau mintak duduk kuarters. Bila datang kemalasan nak menghadap jem hari-hari, memang rasa senang jer kalau apply kuarters kat Putrajaya. Tak perlu ulang alik lagi. Tapi banyak benda yang perlu diadjust semula. Jadi, teruskan sahaja rutin harian. Kadang-kadang sampai awal, kadang-kadang sampai lewat, kadang-kadang ontime, yang penting tetap datang dengan selamat di tempat kerja. Lambat lagi nak pencen ni;)   Fina sudah mula bersekolah di Taska Nasyrah di ofis saya. Taska yang sama masa hantar dia masa usia 2 tahun. Cuma dulu kelas toddler, tak payah belajar. Sekarang masuk kelas untuk kanak-kanak usia 4 tahun. Ada uniform, ada jadual belaja...

Fiqah 1 tahun

Image
Alhamdulillah, syukur atas anugerah dan kesempatan melihat anak yang semakin membesar. Fiqah dah genap 1 tahun pada 25 Disember 2012. Selamat Hari Lahir anak kesayangan mama dan baba. Moga Fiqah menjadi anak yang solehah, insan yang sempurna, tinggi akhlak dan budi pekerti . Insyaallah, Mama sentiasa mendoakan segala yang baik untuk perjalanan masa depanmu. Dan saya telah berjaya menyusukan Fiqah selama setahun dengan susu ibu sepenuhnya. Moga dipermudahkan untuk tempoh setahun yang akan datang. Amin. Fiqah tunggu potong kek besday dengan akak Fina minggu ini ya.