Posts

3rd baby ~ 38 Minggu

Image
Alhamdulillah, 3rd baby dah memasuki ke 38 minggu. Lebih kurang 3 minggu lagi menghampiri tarikh due. Sekarang ni pun kalau diikutkan, saya boleh bersalin bila-bila masa. Pasang mood standby sebarang kemungkinan. Mudahan 3rd baby keluar time mama nya sedang berehat2 di rumah. Manalah tau, kalau tiba-tiba nak keluar time kerja, mau haru juga nak adjust macamana. Beg mama & barang baby dah ada dalam kereta. Cuma beg untuk isi makanan untuk dibawa ke hospital - kurma, biskut, 3in1, air kosong, itu belum sediakan lagi. Checkup di Klinik Rinching bulan ini start seminggu sekali. KPMC pula, last checkup insyaallah pada 22 Mac 2014 ini. Setakat ini 3rd baby baik-baik sahaja dalam perut mama. Cuma mama rasa letih bila buat kerja banyak, biasalah tu, dah minggu-minggu akhir. Jalan banyak pun hongeh. Start 31 Mac 2014 ini saya nak cuti terus, tak larat dah nak kerja, lebih-lebih lagi kena harung jem pagi-pagi. Balik clear pula sekarang, jalan ke Semenyih memang agak pelik tahap jem nya....

7 Tahun

10 Mac 2007 ~ 10 Mac 2014   Suamiku tersayang, Selamat ulangtahun pernikahan kita yang ke-7. Saya sentiasa bersyukur dikurniakan suami yang baik, menjadi pemimpin kepada keluarga kita, menjadi baba yang bertanggungjawab kepada anak-anak kita, menjadi rakan sembang saya, menjadi peneman hidup saya, menjadi penjaga dan pendengar setia saya, teman di kala suka dan duka, susah dan senang, dari zaman muda, dulu dan kini, Insyaallah hingga ke akhir hayat. Moga ikatan suci ini berkekalan dan sentiasa diredhai oleh Allah.  Amin

Persediaan 3rd Baby

Cuti hujung minggu lepas saya dah cuci baju-baju 3rd baby. Keluar untuk shopping barang-barang keperluan  baby. Cuma yang belum ada ialah pampers baby. Itu nak tunggu seminggu dua lagi baru beli. Selainnya list yang perlu disediakan ialah : Barangan baby Rasanya barangan untuk baby dah hampir lengkap semua.  Lampin pakai buang newborn. Ini kena beli untuk buat stok. Beli satu jer, kemudian stok yang lain kena beli saiz s. Sebab mengikut pengalaman saya, anak-anak saya ini membesar di luar dengan cepat. Kalau lahir 2kg lebih jer, bila dah sebulan dua akan naik berkilo-kilo. Jadi beli saiz besar sikit agar tidak membazir. Barangan mama Mandian herba TYT Pati halia untuk sapu kat perut time guna bengkung. Stok biskut, minuman dan makanan yang boleh dimakan masa berpantang. Manjakani - untuk direbus bersama daun sirih dan buat basuhan untuk bagi luka epi cepat sembuh. Selainnya dah lengkap dah, cuma nak sediakan beg untuk ke hospital dan letak dalam kereta untuk...

Cameron Highlands

Image
Percutian terakhir keluarga sebelum mama F&F melahirkan 3rd baby. Nasib baik perancangan ngam-ngam sahaja sebelum due date. Kalau tak, tak laratlah nak cuti-cuti Malaysia. Saya mohon rumah RPP di Cameron Highlands setahun yang lalu. Kemudahan dan bilik amat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. RM25 sahaja semalaman. Bilik besar dan selesa. Selebihnya tak duduk sangat dalam bilik sebab pergi bercuti tentunya keluar berjalan-jalan. Tapi sendiri ingatlah, memang kena booking awal berebut-rebut sebab berjuta yang mohon. Ini kali pertama saya dan abang pergi ke Cameron.Jauh juga rasanya. Pergi kami ikut jalan Tapah, balik pula lalu ke Simpang Pulai. Perjalanan pergi, jalan memang bengkang bengkok. Pening lah juga rasa. Orang kata, dah tak banyak kereta lalu jalan ini sebab jalan baru di Simpang Pulai tu lagi elok. Tapi tak apalah, bila lagi nak lalu jalan ini. Jadi abang plan, pergi lalu jalan Tapah, balik baru lalu Simpang Pulai. Dalam perjalanan pergi, ternampak air terjun di t...

Kek Gula Hangus

Image
Kek Gula Hangus Mama F&F baru siap dikukus. Tekak tiba-tiba teringin sangat nak makan kek gula hangus. Google resepi, balik rumah, godek2 apa yang patut jadilah kek gula hangus -1st time buat. Dah berbulan buat, baru sempat sharing n3. Hasilnya tidaklah mengecewakan kalau kita buat ikut resepi yang diberi. Cuma yang kecewa nya suami dan anak-anak tidak minat dengan kek gula hangus ini. Mungkin rasanya yang agak padat, ataupun sebenarnya family saya tu dah tak larat nak telan kek yang dibuat oleh saya. Ha2..tau dah. Better buat cekodok ke, jemput-jemput ke, laju jer diaorang habiskan. Dah boleh potong-potong untuk makan! I ni kek terakhir dihasilkan time sarat-sarat mengandung 3rd baby. Haritu ada buat apam mekar, yang tu kalau buat kat rumah memang laku sebab anak-anak suka makan. Sekarang mood nak masak pun ke laut dah. Masak yang simple-simple jer untuk makan malam. Kalau tak larat sangat, mintak cuti ihsan masak daripada baba F&F.

34 minggu

Image
Rasa macam baru 4 minggu mengandung, rupa-rupanya dah masuk tahap ketiga timester terakhir kehamilan 3rd baby. Sorry dear 3rd baby, mama tak banyak cerita pasal 3rd baby dalam blog. Kurang masa dan banyak pula masalah teknikal bila nak update blog. Alhamdulillah, kandungan 3rd baby baik-baik sahaja dalam perut mama. Cumanya, sekarang dah kerap sakit-sakit badan. Terutama masa nak tidur. Waktu siang kalau tengah kerja, tak terasa sakit sangat. Tapi bila dah baring, nak pusing mengiring badan memang rasa sakit di bahagian punggung dan kaki. Adakah disebabkan peredaran usia saya? ha2..dah semakin tua agaknya. So, kurang stamina dan mungkin disebabkan baby yang semakin membesar dalam perut.   34 minggu Tak tahu kenapa, naluri saya kali ini mengatakan bahawa 3rd baby akan lahir awal dari tempoh due date nya. Due date 3rd baby pada 2 April 2014. Rasanya macam bulan 3 sahaja. Wallahualam..Dia yang lebih mengetahui yang terbaik buat saya. Mudahan saya selamat melahirkan 3rd ba...

Bercuti

Image
 Fiqah 2 tahun lah! Sempena Birthday saya yang ke 2 tahun, mama dan baba bawa saya bercuti di Goald Coast Morib.  Saya dan akak Fina suka betul dapat main air puas-puas. 2 hari kami berendam bermain dalam air. Seronok. Kakak Fina main tak berhenti, naik gelongsor air, berenang sampai penat. Lain kali mama bawa kami bercuti ke sini ye, itu pesanan akak Fina. Saya dah kesejukan ni... Dah  habis bercuti di Morib, kami pulang ke kampung mama di Negeri Sembilan. Kat kampung saya main-main dengan akak-akak lain pula ~ kak anya&kak ya. Nenek beri kami main dengan rabbit. Nenek bela banyak rabbit kat kampung. Saya makan banyak buah rambutan kat kampung. Baba balik ke Jelebu untuk kerja, saya tinggal dengan akak Fina dan mama di kampung. Hujung minggu baba balik untuk jemput kami. Hari Jumaat saya balik ke kampung nenek mama di Selandar. Ada sepupu mama kawin. Saya tengok pengantin di Masjid. Mama kata ada Majlis Akad Nikah. Esoknya baba bawa kami balik ke ka...