Posts

Sabar

Image
3 puteri saya semakin membesar. Setiap hari ada sahaja kerenah dan telatah mereka yang menghiburkan hati serta yang menguji kesabaran saya sebagai seorang ibu. Tidak dinafikan, menjaga anak-anak kecil memerlukan kesabaran yang tinggi. Adakala rasa terguris hati dan menyesal bila marahkan anak-anak. Saya selalu berkata dalam diri, masa kecil dahulu saya juga begitu. Selalu juga saya katakan dalam diri, berapa jam sahaja masa yang perlu saya peruntukkan setiap hari pada waktu bekerja untuk anak-anak saya. Balik kerja jumpa mereka jam 6 petang. Lebih kurang jam 10 malam semuanya dah tidur. 4 jam sehari waktu yang berkualiti dengan mereka pada Isnin hingga Jumaat. Hakikatnya, 4 jam yang ada tersebut dilalui dengan pelbagai ragam mereka. Ada masa mereka bergaduh, ada yang tumpahkan air, makan bersepah, buang air besar, terkucil, menangis,gelak  ketawa, main kejar-kejar, sepahkan mainan dan macam-macam lagi. Seharian Fina bersekolah manakala Fiqah dan Fittriah di taska, ten...

Nasi Arab

Image
Lama tak buat resepi baru. Walaupun hari-hari masak menu harian bila balik kerja, tapi masak menu biasa sahaja. Jadi Sabtu lepas saya cuba buat nasi arab menggunakan pek Al-Bayt berharga RM15 yang dalamnya ada beras basmathi, rempah tumis dan rempah perasa yang kita pilih. Kali ini saya cuba Nasi Arab -  Kabsah Ayam. Al-Bayt Nasi Arab Cara-cara untuk menyediakan nasi arab ada tertera di belakang kotak. Cuma ikut dan sediakan bahan tambahan yang perlu seperti tomato puri, lada hijau,bawang putih, bawang besar, daun ketumbar, tomato, timun, lemon dan ayam. Nasi Kabsah ini ayamnya dipanggang. Salad dan sosnya juga ada resepi dibelakang kotak. Hanya ikut dan confirm jadilah ;) Ayam kabsah yang dipanggang/salad/sos. Nasi arab Kabsah ini warnanya agak kemerahan. Saya lebih suka makan nasi arab yang berwarna kuning dan putih. Mungkin lepas ini saya nak cuba pek Nasi Arab - Mandy pula. Nasi arab yang dah siap Pandangan saya - pek nasi arab ini memenuhi citarasa bagi ...

Fiqah ke Hospital Serdang

Image
Khamis lepas Teacher Fiqah beritahu Fiqah diserang demam panas semula. Petangnya saya minta time-off dan bawa Fiqah ke Hospital Serdang memandangkan Fiqah dah demam lebih seminggu. Saya risau jika Fiqah kena jangkitan kuman ataupun suspek denggi sebab kali ini demamnya lambat baik. Bahagian kecemasan di Hospital Serdang sedang dalam renovation. Tempat menunggu pesakit di dalam khemah berhadapan bilik rawatan. Kali terakhir ke sini semasa saya mengandungkan Fiqah sebab doktor di Klinik Kesihatan Beranang minta refer Hospital Serdang - saiz baby kecil daripada usia kandungan. Bertahun berlalu, kali ini saya bawa Fiqah yang dah besar untuk mendapatkan rawatan di sini.  Mula-mula di bahagian saringan, daftar nama dan nurse check suhu badan Fiqah, tekanan darah dan ambil darah untuk ujian darah. Selepas itu daftar di kaunter untuk tunggu panggilan daripada doktor pula. Fiqah tak menangis masa ambil darah. Cuma badannya agak lemah dan letih menunggu lama sementara dipang...

Fiqah Demam

Image
Si jepun saya ini baru kebah dari demam. Alkisahnya 2 minggu lepas bercuti di Port Dickson. Teruja sangat dapat mandi kolam renang dan mandi laut, terus jatuh sakit. Masa dalam kolam renang, adalah 3 kali dia tenggelam dalam air. Demam terkejut semangat agaknya. Dekat seminggu lebih Fiqah demam. Tak nak makan dan minum sampai bibir dia jadi kering. Saya dan abang bergilir-gilir jaga Fiqah. Sejak baik dari demam, dia tak nak babanya layan dia. Asyik nak berkepit dengan mama. Walhal saya selalu gelarkan dia anak kesayangan baba, sebab dia rapat dengan babanya. Mungkin dia tak suka bila babanya kerap suruh makan ubat. Buat protes pula Fiqah. Kalau masa raya tempoh hari Allah beri kesihatan terhadap anak-anak kami, selepas raya Allah uji dengan nikmat kesakitan terhadap anak-anak kami. Lepas Fiqah demam, Fina pula, selepas itu Fittriah. Berjangkit seorang-seorang. Alhamdulillah, anak-anak saya telah sembuh dan makin sihat minggu ini. Cuma Fiqah tak cergas sangat. Badan baru pulih,...

Raya 2015

Image
Raya Pertama Berhari raya di rumah mak Norma- mak angkat di pagi raya. Tunggu abang balik dari Kajang dan sebelah petangnya beraya di kampung Melaka. Rumah Nenek Sarah, rumah Maklang Ina, rumah Paklong Tanduk, rumah Pak Andak, rumah nenek Birat dan last sekali singgah rumah mak tua. Kat kampung Pondok Kempas, Selandar ini semua keluarga belah ayah dan arwah mak kebanyakannya tinggal di sini. Raya Kedua  Duduk rumah sahaja sebab keluarga belah ayah nak datang beraya. Raya Ketiga Bawa ayah dan umi berhari raya. Mula daripada rumah maklang di Jelai 4, terus ke Petaseh, Jelebu rumah bapa saudara Umi, terus ke Seremban rumah arwah nenek Seremban di Temiang, ke rumah makcik (akak umi) di Senawang dan rumah nenek uda (mak saudara umi) di Taman Marida, Senawang. Balik pula singgah di Rembau rumah makteh (akak umi). Raya Keempat Abang ajak balik ke Semenyih belah malam. Sebelum itu sambung raya di kampung Melaka. Raya rumah Makngah Senah, Makcik Noi dan rumah Mektam. Se...

Persiapan Raya

Melewati 10 hari terakhir Ramadhan 1436 Hijrah.  Idea menulis kering kontang ;( Tahun ini persiapan Hari Raya diadakan secara sederhana. Tidak tahu kenapa, bila dah makin meningkat usia, keghairahan untuk menukar baju, kasut dan kelengkapan diri yang lain makin berkurangan. Persiapan lebih banyak tertumpu kepada anak-anak. Baju Fina, Fiqah dan Fittriah dah beli, kasut dah beli, cuma beg dan tudung raya belum lagi. Insyaallah, minggu ini saya akan cari di kedai area pekan Semenyih sahaja. Lama tak buat biskut raya, tahun ini saya dah buat dua jenis biskut pada minggu lepas. Mulanya harap Fina dan Fiqah tolong, lepas tu mamanya seorang yang duk menyiapkan biskut raya seorang. Anak- anak dara belum boleh diharap. Nanti dah besar boleh tolong mama ya. Dua biskut yang saya cuba - biskut conflakes & biskut german. Fina tolong letak manik gula bila buat biskut german. Satu tangan letak manik atas biskut, satu tangan suap manik dalam mulut. Minggu ini nak buat popiah nestum ...

Ramadhan

Alhamdulillah, dipertemukan Allah dengan Ramadhan kali ini. Rutin harian tidak banyak yang berubah. Pagi saya hantar Fina ke sekolah manakala Fiqah dan Fittriah, babanya tolong hantar. Balik kerja pula, saya yang akan ambil Fiqah dan Fittriah dari taska dan babanya ambil Fina di KAFA. Tugasan yang telah dibahagikan sejak awal. Cuma waktu pulang kerja di bulan Ramadhan saya akan menghadapi kesesakan lalu lintas yang luar biasa. Semua mahu pulang ke rumah awal untuk berbuka puasa bersama keluarga. Hakikatnya, bila dah lalui hari-hari jalan yang jem, sampai satu tahap saya rasa dah lali dan memandu macam tak ada perasaan. Bila masuk kereta, bawa kereta dan tanpa sedar dah sampai ke rumah. Lol..macam robot dah. Yang penting sampai di rumah dengan selamat dan berjumpa anak-anak yang sedang menunggu kehadiran mama nya. Ramadhan kali ini, saya tidak mengepam susu lagi. Fittriah telah campur susu formula sejak bulan lepas. Waktu lepas kerja dan waktu cuti Fittriah masih bf seperti bia...