Coretan perjalanan kehidupan membesarkan 4 puteri tercinta. Kisah dari zaman kecil hingga mereka dewasa. Moga memori yang tercipta menjadi kenangan manis untuk diingati.
Cuti
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
1 FEB 2010 (ISNIN)
~
Cuti Hari Wilayah bagi sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.
Selamat bercuti!!!!
Sejak dah dapat kunci ni, banyak perkara yang perlu diuruskan.
2018....... Tahun yang banyak dugaan...Tahun yang diuji oleh Allah S.W.T. Alhamdulillah, Awal tahun 2018 persekolahan anak-anak berjalan lancar. Fina masuk darjah 4, Fiqah masuk darjah 2 dan Fittriah masih berada di Taska lama. Fittriah tidak dihantar ke tadika sebab nak bagi dia main-main jer tak belajar di usia 4 tahun. Insyaallah 5 tahun nanti baru nak hantar ke tadika. Awal tahun 2018....Fina diserang demam panas, selepas itu Fiqah dan seterusnya Fittriah kena cirit birit, muntah-muntah, demam panas dan telinga bernanah..Awal tahun yang diuji..Baba pula demam 2 minggu tak kebah-kebah. Saya seorang yang masih diberi nikmat 'sihat' oleh Allah di awal tahun 2018. Alhamdulillah, ujian sakit berlalu dan diberi semula nikmat kesihatan kepada keluarga kami. Februari 2018...... Penghujung Februari, Haziq anak buah saya (anak abang sulung saya) kemalangan di Semenyih. Dimasukkan ke Hospital Kajang dan ditempatkan di wad ICU. Genap seminggu, Haziq dipindahkan ke w...
tengah tunggu giliran (tgk tu muat2 je duk dlm stroller) ni, kat rumah lagi.. sempat possing dulu sebelum pi klinik.. (thanks baba tlg ambik gmbr) Semalam aku bercuti sebab bawa fina ke klinik kesihatan Semenyih. Regular checkup dan cucuk 5 bulan. slalu kalau fina kene cucuk, memang aku ambik cuti.nak jaga dia. alhamdulillah, cucuk sekarang ni, bayi kurang mendapat risiko demam. mungkin disebabkan vaksin yang digunakan bersesuaian dengan tahap keupayaan dan ketahanan badan bayi. tapi sebagai langkah berjaga-jaga,aku minta juga pakar beri ubat fina ( baba fina ler ) untuk beri fina ubat demam.pencegahan kan lebih baik.. semalam timbang berat fina dan berat sekarang 8.5 kg ...hu..hu..lagi sikit nak naik ke graf O B E S I T I . tapi walaupun berat nak mencapai garisan, fina kategori normal lagi..lagipun fina kan HANYA MINUM SUSU IBU .nurse kat klinik tu pun geram tengok kemontelan fina. tak pe la fina, biar la 'semangat' pun, mama sanggup dukung, asalkan anak mama sihat dan cer...
Alhamdulillah, pada 16 April 2022 Farha telah genap setahun usianya. Cepatnya Farha membesar. Rasa bagaikan baru sahaja melahirkan Farha, dah setahun berlalu. Selamat ulangtahun kelahiran Nur Farha Imani. Mama doakan agar Farha sihat walafiat dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Amin. Perkembangan Farha di usianya setahun : - Berat 9.44 kg cantik ikut graf tumbesaran KKM. - Dah pandai berdiri sebelah tangan. - Merangkak satu rumah. Kalau turun dari tilam, turun kepala dulu, bukannya kaki. - Suka main suis, buka pintu kabinet dapur, main wayar depan tv, main remote control, panjat kaki kerusi, berdiri tepi sofa, main tudung saji, main bakul isi ubat. - Suka dan berselera bila makan. Semua nak dirasanya. - Gigi dah banyak. Belah atas dah tumbuh dalam 4 batang dan bawah 4 batang. Ada yang dah tumbuh penuh, ada yang masih bayang-bayang di gusi. - Pandai tepuk tangan bila ada orang nyanyikan lagu tepuk amai-amai. - Rutin pagi- mandi, minum susu dan siap ke Taska pukul 7 pagi. Balik ...
Comments
Post a Comment