Cuti No-Pumping

Sejak Fina masuk umur setahun, saya tidak lagi mengepam susu pada hari Sabtu dan Ahad. Kalau dulu, hari Jumaat mesti bawa balik beg pam. Tapi sekarang, stok susu yang saya pam pada hari Jumaat, akan saya jadikan bekalan Fina untuk hari Isnin. Kenapa saya tidak mengepam pada hari cuti? Sebab saya akan direct BF Fina sebanyak mana yang Fina suka pada waktu cuti. Mmm, dan salah satu sebab utama ialah saya 'malas' mengepam kerana output susu saya sekitar 1-2 oz sahaja setiap 1 sesi mengepam. Ibu-ibu yang fully BF, jangan amalkan cara saya ini. Seeloknya, pump semasa cuti dan buat stok untuk bekalan pada hari Isnin. Selain daripada itu, boleh juga buat stok untuk frozen EBM.

Sebenarnya, konsep 'demand & supply' amat penting. Sekiranya tiada permintaan dalam tempoh tertentu, otak akan terima signal bahawa susu tidak perlu dikeluarkan. Akibatnya, susu akan berkurangan (info yg saya pelajari dari ibu2 blogger, TQ!!). Sebab itulah, saya tidak risau apabila saya tidak mengepam pada waktu cuti. Fina akan menjadi 'mesin pam' saya pada hari cuti dan membolehkan saya juga mengisytiharkan cuti pumping pada hari tersebut (acik suko!!!).


Fina ~ 'mesin pump' saya ketika bercuti.

Kaedahnya senang sahaja, saya hanya perlu baring2 sambil tengok tv di ruang tamu, dan Fina akan membuat pelbagai aksi sambil mengisi perutnya. Kadang-kadang sampai tertidur kami berdua. Kalau nak keluar berjalan ke mana2, saya tidak perlu bawa BAKUL SUSU seperti ibu2 yang memberi susu formula, mana nak bawa termos lagi, botol air, botol susu, susu tepung, dll. Bukankah begitu senangnya menjadi ibu yang fully BF. Tidak perlu mengeluarkan banyak tenaga & modal pun untuk menyusukan anak, cuma yang perlu ialah ilmu, keyakinan, usaha dan kesungguhan dalam menjayakannya.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu