1 kali sahaja

Fina sudah tidak menyusu sepenuhnya ketika waktu siang dan malam. Cuma waktu sebelum subuh, jam 5.30pg ke atas, Fina akan BF sekali sahaja. Dah 4 hari saya berjaya mengurangkan demand BF Fina. Apa yang saya perasan, selepas BF Fina akan minta air. Rasanya susu saya yang semakin berkurangan dan rasanya yang berlainan, menyebabkan Fina berasa haus walaupun telah BF.


Setakat hari ini, Fina saya beri susu soya, dutch lady strawberry/coklat, ribena, nutrigen, dan air kosong. Yang penting ialah mengenyangkan perutnya dengan nasi sebelum waktu tidur. Alhamdulillah, Fina tidur nyenyak bila dah kenyang.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu