Coretan perjalanan kehidupan membesarkan 4 puteri tercinta. Kisah dari zaman kecil hingga mereka dewasa. Moga memori yang tercipta menjadi kenangan manis untuk diingati.
Petrosains adalah salah satu cadangan tempat yang sangat bagus untuk berhujung minggu dengan anak-anak sambil menjelajahi dunia sains dan teknologi. Kali pertama ke Petrosains rasa amat seronok dan menjadi pengalaman yang menakjubkan. Tak rasa bosan langsung dan yang amat penting setiap masa dipenuhi dengan aktiviti yang boleh menambahkan pengetahuan. Fina pun bila balik dia minta kami bawa dia lagi ke Petrosains. Seronok sangat dia dapat pergi ke sana. Harga tiket adalah berpatutan. Kami beli tiket untuk pakej keluarga- dua dewasa dan dua kanak-kanak berharga RM31.80. Maklumat lanjut boleh tengok di website Petrosains. Memang tak rugi beriadah di sana. Walaupun agak keletihan sebab perjalanan dalam kawasan Petrosains akan memakan masa lebih kurang 3-4 jam, tapi percayalah semuanya amat berbaloi. Kawasan penerokaan yang luas dan semua tempat diisi dengan sesi pembelajaran dan pameran dunia sains yang memberi manafaat. Kami berkesempatan melawat ke Petrosains Sabtu lepas. ...
tengah tunggu giliran (tgk tu muat2 je duk dlm stroller) ni, kat rumah lagi.. sempat possing dulu sebelum pi klinik.. (thanks baba tlg ambik gmbr) Semalam aku bercuti sebab bawa fina ke klinik kesihatan Semenyih. Regular checkup dan cucuk 5 bulan. slalu kalau fina kene cucuk, memang aku ambik cuti.nak jaga dia. alhamdulillah, cucuk sekarang ni, bayi kurang mendapat risiko demam. mungkin disebabkan vaksin yang digunakan bersesuaian dengan tahap keupayaan dan ketahanan badan bayi. tapi sebagai langkah berjaga-jaga,aku minta juga pakar beri ubat fina ( baba fina ler ) untuk beri fina ubat demam.pencegahan kan lebih baik.. semalam timbang berat fina dan berat sekarang 8.5 kg ...hu..hu..lagi sikit nak naik ke graf O B E S I T I . tapi walaupun berat nak mencapai garisan, fina kategori normal lagi..lagipun fina kan HANYA MINUM SUSU IBU .nurse kat klinik tu pun geram tengok kemontelan fina. tak pe la fina, biar la 'semangat' pun, mama sanggup dukung, asalkan anak mama sihat dan cer...
Alhamdulillah, pada 16 April 2022 Farha telah genap setahun usianya. Cepatnya Farha membesar. Rasa bagaikan baru sahaja melahirkan Farha, dah setahun berlalu. Selamat ulangtahun kelahiran Nur Farha Imani. Mama doakan agar Farha sihat walafiat dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Amin. Perkembangan Farha di usianya setahun : - Berat 9.44 kg cantik ikut graf tumbesaran KKM. - Dah pandai berdiri sebelah tangan. - Merangkak satu rumah. Kalau turun dari tilam, turun kepala dulu, bukannya kaki. - Suka main suis, buka pintu kabinet dapur, main wayar depan tv, main remote control, panjat kaki kerusi, berdiri tepi sofa, main tudung saji, main bakul isi ubat. - Suka dan berselera bila makan. Semua nak dirasanya. - Gigi dah banyak. Belah atas dah tumbuh dalam 4 batang dan bawah 4 batang. Ada yang dah tumbuh penuh, ada yang masih bayang-bayang di gusi. - Pandai tepuk tangan bila ada orang nyanyikan lagu tepuk amai-amai. - Rutin pagi- mandi, minum susu dan siap ke Taska pukul 7 pagi. Balik ...
mintak skit bleh...hehehe
ReplyDelete