Akak Fina
Dah lama tak cerita pasal AhKAK EENA ni. Fina masih mengekalkan tahap 'manja' nya itu walaupun dah jadi seorang kakak. Jatuh sikit, menangis sekampung. Lepas baik dari HFMD bulan lepas, Fina dah kuat makan. Tapi badannya slim ler jika dibandingkan masa zamannya bambam dulu. Fiqah pula yang menyambung kemontelan akaknya masa kecil. Cakap makin fasih, cuma versi pelat. Kadang-kadang hanya saya seorang yang faham apa yang Fina cakap. Bila balik kampung, jadi tukang terjemah apa yang dia cakapkan. Baru orang lain faham. Naluri keibuan memang begitu agaknya. Ibu sahaja yang faham apa yang anaknya luahkan dari segi kata-kata mahupun perbuatan. Fina suka pergi sekolah. Dapat jumpa ramai kawan. Bila tanya nak sekolah kat baby tak. Terus jawab tak nak. Nak sekolah kat ofis mama. Ada sahaja lagu yang dinyanyinya bila balik dari taska. ANAK GAJAH BERKAKI EMPAT KAKI EMPAT BADANNYA SANGAT BESAR TAPI GAJAH TAK MAKAN ORANG YAYAYA...YAYAYA... ************...