Akak Fina
Dah lama tak cerita pasal AhKAK EENA ni. Fina masih mengekalkan tahap 'manja' nya itu walaupun dah jadi seorang kakak. Jatuh sikit, menangis sekampung. Lepas baik dari HFMD bulan lepas, Fina dah kuat makan. Tapi badannya slim ler jika dibandingkan masa zamannya bambam dulu. Fiqah pula yang menyambung kemontelan akaknya masa kecil.
Cakap makin fasih, cuma versi pelat. Kadang-kadang hanya saya seorang yang faham apa yang Fina cakap. Bila balik kampung, jadi tukang terjemah apa yang dia cakapkan. Baru orang lain faham. Naluri keibuan memang begitu agaknya. Ibu sahaja yang faham apa yang anaknya luahkan dari segi kata-kata mahupun perbuatan.
Fina
suka pergi sekolah. Dapat jumpa ramai kawan. Bila tanya nak sekolah kat baby
tak. Terus jawab tak nak. Nak sekolah kat ofis mama. Ada sahaja lagu yang
dinyanyinya bila balik dari taska.
ANAK
GAJAH BERKAKI EMPAT
KAKI
EMPAT
BADANNYA
SANGAT BESAR
TAPI
GAJAH TAK MAKAN ORANG
YAYAYA...YAYAYA...
*********************************
LIMA
JARI-LIMA JARI -LIMA JARI
TAP..TAP..TAP..
TUNJUK
ATAS
TUNJUK
BAWAH
SATU
JARI
TAP....TAP...TAP....
*********************************
WATERMELON
WATERMELON
PAPAYA
PAPAYA
BANANANA
BANANANA
PINEAPPLE
PINEAPPLE
FRUIT
SALAD
**********************************
Lirik
sebenar, saya tak tahu. Ini yang saya translate dari apa yang selalu dia
nyanyi. Kadang-kadang tak faham apa yang dia nyanyi sebab slang masa nyanyi
amatlah pelat.
Sangat
suka melawa. Belum mandi, dah nak pakai gincu. Bila Fiqah menangis, terus dia
cakap ' na tak buat baby pun'. Cakap untuk lindungi diri. Tapi Fina sayangkan
Fiqah. Sebagai tanda sayangnya ada sekali tu, dicontengnya pipi montel Fiqah masa saya di dapur. Nak
marah pun tak sampai hati. Sebab rasa kelakar pula bila tengok pipi kiri dan
kanan Fiqah berconteng. Anak, bila tiada sunyi. Bila ada, dialah yang jadi
teman gaduh, teman bergurau, teman bersuka dan teman penghibur hati.
Hehehe, mcm tu la, kalau dorg xde sunyi, kalau Ada kalut, :D
ReplyDelete