Farha 9 bulan

Kali pertama keluar shopping.



Alhamdulillah. Farha telah berusia genap 9 bulan. Bulan ini ada berapa kali Farha kurang sihat, demam, selesema, batuk dan sakit gusi nak tumbuh gigi.  Tumbuh juga bintik-bintik kecil di kaki, lutut dan siku Farha. Bawa ke Klinik dan doktor cakap demam biasa sahaja. Walaupun tak sihat, selera makan dan minum susu tidak terjejas. 

Perkembangan Farha 9 bulan :

- Tumbuh gigi bawah 2 batang dan gigi atas sebatang.

- Dah boleh merangkak satu rumah.

- Suka berdiri tepi sofa.

- Boleh duduk dan main dalam walker.

- Suka main wayar bawak rak tv.

- Tak boleh tengok orang lain makan, mesti merengek nak juga.

- Pukul 8 malam nak Kakak Fina layan dia.

- Tidur awal waktu malam. Pukul 9 malam dah tidurkan Farha.

- Faham rutin jadual harian masa saya bekerja. Pukul 7.15 pagi hantar ke Taska.  Petang sebelum pukul 6 petang Farha dah balik dari Taska. Ada akak angkat yang suka jaga Farha di Taska - Kak Nelly.

- Suka waktu mandi, tak pernah menangis bila mandi.

Semoga Farha membesar dengan sihat walafiat dan dilindungi oleh Allah. 

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu