Posts

Check up Fina

D ah 2 tahun pun ada checkup lagi ke? Sebenarnya memang ada pemeriksaan kesihatan biasa secara berkala di Klinik-klinik Kesihatan yang disediakan oleh Kerajaan. Bila dah 2 tahun, Fina dah habis semua suntikan imunisasi. Khamis lepas, kami ke Klinik Kesihatan Kajang. Tempat tumpah darah Fina masa dalam hari - kene cucuk ambil darah sebab kuning. Kejap jer dah 2 tahun berlalu. So, kali ini datang untuk timbang, ukur tinggi dan jumpa nurse sahaja. Berat Fina turun dari 13kg ke 11 kg sekarang. Mungkin dah semakin tinggi dan aktif. Tapi masih dalam graf pertumbuhan pembesaran yang baik. So, tak risau sangat lah. Lagipun Fina sekarang kuat selera makan. Selainnya nurse nasihatkan untuk beri diet makanan yang seimbang. Dibekalkan juga dengan ubat elakkan cacing. Tak beri lagi, taulah kalau ubat memang payah Fina nak makan. Fina dah pandai cakap:- pe tu ma = ape itu mama? pe nye ni = siapa punya ini? nak tu = nak itu. nak num = nak minum nak akan = nak makan nak andi = nak mandi yeay lah = yea...

Fina 2 tahun

Image
Fina hujung minggu ini dah nak masuk 2 tahun 1 bulan. Dah makin tinggi dan semakin slim jika dibandingkan zaman-zaman kegemilangannya 'membesar' setahun yang lalu seperti gambar dibawah ini:) ^ ^ ^ ^ ^ Masa Fina 10 bulan. Perkembangan Fina sekarang:- Bila cakap nak pergi sekolah, terus tangan tunjuk kat belakang badan sebut beg-beg. Maksudnya, pergi sekolah kena bawa beg. Padahal mama dia yang hari-hari bawakan beg dia. Pergi taska -hantar berdukung, balik berdukung. Tak nak jalan sendiri. Bila tengok iklan yang ada makanan/minuman seperti coklat ke, jajan, aiskrim cakap dengan saya - ma, nak tuu... diterjemahkan - mama nak itu. Dan mama dia akan beri jawapan standard - nanti kita beli ye! Tapi tak beli-beli pun. Kuat makan. Bila makan, selalunya habis. Bagus2..Mama pun suka fina kuat makan. Tidur awal sekarang. Jam 9 lebih paling lewat untuk tidur. Penat main-main kat taska waktu siang. Walaupun dah 2 tahun, masih mahukan susu ibu sahaja. Tak tahulah bila nak berhenti. Saya ...

azcupcakes.blogspot.com

Memandangkan blog ini tujuan asalnya sebagai perkongsian mengenai pengalaman saya semasa menjayakan BF dan perkembangan pembesaran Fina dari tahun ke tahun, jadi saya rasa lebih baik saya wujudkan satu blog khas yang ada kaitan dengan minat baru saya dalam bidang kek dan cupcakes. Secara rasminya saya 'melancarkan' blog AZCUPCAKES.BLOGSPOT.COM . Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan harga kek/cupcakes, sila emel ke azlizacakes@yahoo.com . Blog ini masih dalam pembinaan dan dalam proses penambahbaikan. Doakan saya maju jaya dalam bidang ini.

Pandan Sponge Kek

Image
B esday Kak Ya sebenarnya pada bulan depan, pada tarikh yang sama (maklang tersalah bulan daaa...), jadi semalam saya dah siapkan bahan-bahan untuk buat kek besday Kak Ya. Bila buka blog, baca komen kaklong, baru perasan yang tarikh lahir Kak Ya sebenarnya 22hb 2. Aiyakkk, maklang betul-betul tersalah tarikh. Tapi tak apalah, kira ucapan awal in advance sebulan ya:) Sebab dah plan nak buat kek besday pada awalnya, terus tukar plan buat kek pandan khas untuk baba pula. Abang ni memang tak layan sangat kek coklat. Jenis yang suka kek-kek perasa asli macam pandan, sesuai sangatlah dengan taste nya. Dah cukup semua bahan, saya sediakan kek sponge pandan 8" ini:) Dah tinggal separuh baru ingat nak tangkap gambar. Komen juri : Rasa kek sama macam yang beli kat kedai. Tu pasal kejap jer tinggal separuh kek saya!

22.1.2011

Image
HAPPY BESDAY TO YOU : NUR ASMADYANIE @ KAK YA YANG KE - 3 TAHUN Moga membesar menjadi seorang anak yang soleh, bijak cerdik dan berjasa terhadap mama & papa suatu hari nanti. Maklang sayangkan kak ya! Nak hadiah kek harijadi tak:)

Kelas Kek

Image
Agak lama tidak update blog. Minat dan hobi baru terhadap bidang bakeri telah membuka hati saya untuk hadir kelas basic buttercake dan basic fondant wedding cake di Bake and Deco @ Bangi pula. Kali ini saya diajar oleh Kak Ellie. Sejak jatuh hati ke bidang ini, saya agak teruja dan seronok untuk menghasilkan kek yang cantik dan sudah tentunya perlukan saya mencari ilmu dengan teknik-teknik yang betul. Secara asasnya saya mempelajari teknik membuat 2 jenis kek - kek sponge & kek butter, cara menggunakan peralatan dalam dekorasi kek, cara melepa kek dengan buttercream dan fondant, tips menggunakan nozzle, menghasilkan corak dengan nozzle, membuat ising buttercream dan homemade fondant dan banyak lagi sebenarnya. Memang berbaloi pergi ke kelas Kak Ellie. Terima kasih atas ilmunya:) Ini gambar kek yang dihasilkan dalam kelas Basic Buttercream Cake dan Basic Fondant Wedding Cake :) Kek sponge vanilla dengan basic deko menggunakan buttercream. dan ini pula kek butter yang dihias menggun...

Mana Minyak

Pagi Sabtu yang mendung. Cuti-cuti seharusnya menjalan rutin wajib - mengemas rumah. Lepas settle sidai baju, terus keluar ke pekan Semenyih. Baba Fina pagi ini ada exam lagi. Jadi, keluar berdua bersama Fina. Hajat utama untuk mencari minyak masak. Kat rumah memang dah habis langsung. Bila orang sibuk beli minyak banyak-banyak untuk buat stok, saya tak ambil kisah pun. Tapi bila dah 2-3 hari bila minyak masak dah habis, cari kat pasaraya-pasaraya, memang susah nak jumpa. Barulah saya terasa tempiasnya, masalah ini memang membebani pengguna waktu sekarang. Kalau ke pasaraya besar dan kecil, banyak yang tinggal stok minyak jagung. Saya ke Mydin Mart Semenyih, tak ada stok minyak. Terus ke Econsave di sebelahnya. Ada minyak, tapi botol kecil 1kg dan minyak paket dalam plastik. Dah tiada pilihan, ambil jelah 2 botol minyak 1kg. Msj baba Fina, minta carikan minyak di Bangi. Nasib baik ada juga stok minyak Saji 5kg. Beli di kedai borong berhampiran perhentian bas Kajang, Jalan Reko. Itupun ...