Kelas Kek


Agak lama tidak update blog. Minat dan hobi baru terhadap bidang bakeri telah membuka hati saya untuk hadir kelas basic buttercake dan basic fondant wedding cake di Bake and Deco @ Bangi pula. Kali ini saya diajar oleh Kak Ellie. Sejak jatuh hati ke bidang ini, saya agak teruja dan seronok untuk menghasilkan kek yang cantik dan sudah tentunya perlukan saya mencari ilmu dengan teknik-teknik yang betul.

Secara asasnya saya mempelajari teknik membuat 2 jenis kek - kek sponge & kek butter, cara menggunakan peralatan dalam dekorasi kek, cara melepa kek dengan buttercream dan fondant, tips menggunakan nozzle, menghasilkan corak dengan nozzle, membuat ising buttercream dan homemade fondant dan banyak lagi sebenarnya. Memang berbaloi pergi ke kelas Kak Ellie. Terima kasih atas ilmunya:)

Ini gambar kek yang dihasilkan dalam kelas Basic Buttercream Cake dan Basic Fondant Wedding Cake :)


Kek sponge vanilla dengan basic deko menggunakan buttercream.





dan ini pula kek butter yang dihias menggunakan homemade fondant dan bunga gumpaste.
Suka sangat tengok kek ini. Kalau sebelum kawin saya belajar, tentu saya buat untuk wedding saya dahulu!! Sungguh penat untuk menghasilkan kek deko fondant (kalau tak biasalah,yg dah expert lain cerita), tapi sangat berbaloi bila tengok hasilnya. Patutlah kek fondant mahal harganya.

Gambar-gambar saya semasa di dalam kelas. Ada 3 orang student semuanya.


Memang agak penat, dari pagi hingga ke lewat petang. Tapi kerana ilmu dan minat, saya sangat seronok kerana berpeluang untuk hadir dalam kelas ini.
Di sebelah saya itu, student paling jauh - akak ni sanggup datang dari Dungun untuk belajar. (Touchingnya kalau saya yang jadi cikgunya!)


Sibuk-sibuk buat kek dari pagi hingga petang, hilang terus penat saya bila saya tengok wajah ceria Fina tak sabar nak rasa kek yang mamanya buat.

Semuanya yang dipelajari tetap perlu diamalkan selalu agar mendapat teknik yang betul. Seperti biasa, practise make perfect! Tak kira bidang apapun, jika kita berusaha untuk memahirkan diri, barulah kita akan mendapat satu kepuasan dalam penghasilan kek yang cantik.

Pesanan penaja : TQSM to abang yang tolong jagakan Fina semalam. Nanti mama buatkan kek gambar abg pula ya!

Comments

  1. nyam,,,nyamm,,nyaammmmm!!!!!!!
    dap nye
    nanti makcu pon nak belajar wat kek lah!!!!!!
    ehhh nak tompang mkn sekali hahahaa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

2nd Maternity & Children Expo @ Mid Valley Megamall

28 Minggu