Hari Kedua
Saya call teacher, dia cakap Fina ok. Pagi je menangis time hantar, lepas tu elok sahaja. Makan pun banyak. Hi2..laparlah tuh. Fina memang tidak dibekalkan dengan susu formula. Dia memang tak nak hisap botol. Makan dan minum disediakan oleh pihak taska. 3x sehari. Hari sebelumnya saya bekalkan Fina dengan air kotak & botol air berisi ribena. Dia tak minum pun.
Ambil petang, Fina salam semua teacher sebelum balik. Hampir semua kawan-kawan yang dia jumpa di'bye2 nya. Balik ambil kasut sendiri di rak yang disediakan. Malamnya Fina tidur lagi awal, jam 8.20 malam. Keletihan agaknya.
Comments
Post a Comment