Hari kelima
Hari ke-5 di Taska:
Pagi tadi Fina bangun awal, jam 6.15 pagi dah bangun. Sementara saya bersiap-siap memakai tudung, Fina naik bantal peluk Hello Kitty yang maksu Fina hadiahkan masa Hari Jadi Fina yang lepas.
Brooom......broom..... eh, belum sampai lagi...
Sampai di ofis, saya punch kad dulu. Fina bersama babanya tunggu di kereta. Baba cuti exam lagi. Lepas salam dan bye2 baba, Fina saya dukung ke taska. Fina pagi-pagi memang selalu berdukung. Tak nak jalan sendiri.
Ini kawasan dalam Taska. Ruang untuk belajar.
dan ini lorong menuju kelas Fina. Kanak-kanak berusia 2 tahun - 4 tahun diletakkan di dalam 1 bilik. Manakala baby, diasingkan dalam bilik berhadapannya.
Sampai jer dalam taska, Teacher tanya, Fina dah mandi? Belum lagi. Mama dia jawabkan. Tidak sempat nak mandikan, lagipun saya keluar rumah 6.50 pagi. Tak sampai hati pula nak mandikan time sejuk-sejuk itu. Kalau hantar ke rumah kaklong dulu, memang kaklong yang tolong mandikan Fina.
Hari kelima, Fina tidak menangis lagi. Bila teacher suruh mandi, dia terus pergi ke teacher dan tunggu teacher bukakan baju. Saya tengok Fina, dan pesan 'nanti petang mama ambil adik ye'. Fina buat muka selamba.
Fina nak mandi ni..
Saya bekerja hari ini tanpa mendengar tangisan suara Fina di pagi hari. Harap Fina makin pandai sesuaikan diri di Taska. Setakat ini, teacher cakap Fina tiada masalah. Jika masa saya hantar menangis, lepas tu Fina akan ok. Hari-hari makan banyak:) Cuma masa tidur semalam, Fina kejap-kejap terjaga. Tapi dia tidak menangis. Tak biasa lagi adjust time tidur agaknya. Kalau dulu, di rumah mama, Fina tidur guna buai elektrik. Sekarang di taska, tidur baring atas tilam. Waktu tidur pun tak sama. Jadi ambil masa seminggu dua untuk adjustkan diri dengan jadual barunya.
Comments
Post a Comment