Tercapai
Jika di profil blog ini saya mengatakan masih ingin mencapai target BF Fina selama genap 2 tahun, dan alhamdulillah hari ini saya telah mencapai target itu. Macam tak percaya, tapi hakikatnya penyusuan susu ibu sekiranya dimulakan bersama ilmu dan niat yang ikhlas tidak mustahil semua ibu mampu untuk melakukannya.
Bila dah genap 2 tahun, masa untuk check sisa-sisa bekalan stok EBM yang tidak digunakan lagi. Lagipun Fina dah tidak minum EBM ini. Sebagai perhiasan sahaja di dalam peti ais rumah saya. Nak dibuang sayang, tunggu je lah hingga betul-betul expired. Dan hari ini saya menjalankan sesi check stok EBM buat kali terakhir:(

Ini stok EBM yang perlu dibuang. Saya biarkan cair dulu, lepas tu baru buang sahaja di sinki. Lebih mudah dibandingkan jika dibuang terus ke tong sampah.
dan ini stok yang tinggal dan masih belum expired. Menunggu masa untuk dibuang, pasti akan dibuang, tapi bukan hari ini. Tunggu jadi sentimental value baru dibuang.
Itulah sisa-sisa peninggalan terakhir stok EBM untuk Fina selama tempoh 2 tahun ini. Fina pula:)
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Comments
Post a Comment