Coretan perjalanan kehidupan membesarkan 4 puteri tercinta. Kisah dari zaman kecil hingga mereka dewasa. Moga memori yang tercipta menjadi kenangan manis untuk diingati.
Hari Ketiga
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Hari ketiga di taska.
Pagi sampai, buka kasut sendiri.
Susun di rak kasut.
Bila dah sampai ke dalam taska, teacher zura ambil, terus menangis lagi. Nak ikut mama!!! Alahai anak. Nanti petang lepas habis kerja mama ambil Fina ye.
Petrosains adalah salah satu cadangan tempat yang sangat bagus untuk berhujung minggu dengan anak-anak sambil menjelajahi dunia sains dan teknologi. Kali pertama ke Petrosains rasa amat seronok dan menjadi pengalaman yang menakjubkan. Tak rasa bosan langsung dan yang amat penting setiap masa dipenuhi dengan aktiviti yang boleh menambahkan pengetahuan. Fina pun bila balik dia minta kami bawa dia lagi ke Petrosains. Seronok sangat dia dapat pergi ke sana. Harga tiket adalah berpatutan. Kami beli tiket untuk pakej keluarga- dua dewasa dan dua kanak-kanak berharga RM31.80. Maklumat lanjut boleh tengok di website Petrosains. Memang tak rugi beriadah di sana. Walaupun agak keletihan sebab perjalanan dalam kawasan Petrosains akan memakan masa lebih kurang 3-4 jam, tapi percayalah semuanya amat berbaloi. Kawasan penerokaan yang luas dan semua tempat diisi dengan sesi pembelajaran dan pameran dunia sains yang memberi manafaat. Kami berkesempatan melawat ke Petrosains Sabtu lepas. ...
Tertunai hajat untuk melawati dan bershopping di Maternity & Children Expo yang diadakan pada 18-20 November 2011 yang lalu. Awal pagi dah bergerak ke sana. Sampai di Mid Valley lebih kurang jam 10.30 pagi. Tak tahu pun tapak expo di mana, tapi ingat-ingat lupa rasanya di aras atas sekali. Sebab selalunya expo diadakan di situ. Macam expo hartanah & perumahan yang saya datang 4 tahun lepas. Manalah nak ingat, dah lama tak pegi Mid Valley. Betul jangkaan saya, tapak expo yang sama. Dekat dengan panggung wayang dan food court. Sebab sampai awal pagi, walaupun ramai pengunjung, tapi masih boleh berjalan dengan aman. Bila je waktu tengahari, terus jalan sesak. Ramai sangat orang. Nak shopping pun berpeluh-peluh. Maklumlah, badan dah membesar. Pintu masuk utama expo, dipenuhi belon2. Mama & Fina sebelum masuk ke tapak expo. Bila dah penat tunggu mama shopping, Fina duduk dengan Baba je kat depan pentas. Ada kerusi untuk pengunjung yang melihat acara yang berlangs...
Bayi Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit. Matanya akan terbuka dan kepalanya akan berpaling jika cahaya diarahkan padanya. Saat ini berinteraksi dengan bayi dalam rahim sama ada membaca atau menyanyi sangat bagus. Anda Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit. ********************************************************************* Baby dalam perut banyak bergerak dan kadang-kadang suka 'mengeras' terutamanya ketika saya berbaring. Masuk trimester ketiga ini, saya tidak kuat makan. Hanya makan ketika lapar dan cepat berasa letih bila terlalu aktif. Suka makan chakueh, apam balik, buah epal, pear, oren, air laici dan aiskrim. Saya tidak berhajat untuk scan...
memulo yo camtu.. lelamo sok.. ok la tu...
ReplyDeletetime dtg nangis, time balik suka!
ReplyDelete