Kenduri kahwin
Telah masuk minggu kedua setelah kami sekeluarga pulang ke Terengganu. Percutian sepenuhnya di kampung halaman baba Fina. Fina pun sangat mesra dengan nenek dan tok ayah di kampung. Cuma takut bila tengok ayah su- dik yi iaitu adik bongsu suami saya. Tak tahulah, apa yang ditakutkannya. Balik dari cuti, saya dan abang tidak sihat. Sakit perut sampai baba Fina demam dibuatnya. Gara-gara makan gulai kenduri kahwin anak buah saya ini :)
Berkahwin di awal usianya memasuki 17 tahun.
Selamat Pengantin Baru Izzati & pasangan. Moga bahagia berkekalan hingga ke akhir hayat.


Sangat sederhana kendurinya. Tidak seperti kenduri-kenduri kahwin yang pernah saya hadiri. Tiada kompang, pelamin, persandingan, pendek kata agak islamic majlisnya. Pengalaman baru untuk saya. Apa yang penting ialah menjalankan kewajipan agama - ijab dan kabul serta majlis walimatulurus sebagai tanda menghebahkan berita bahawa pernikahan telah berlangsung. Yang selebihnya, tidaklah wajib. Apapun terpulang pada diri masing-masing, semua orang berhak memilih bagaimana cara yang terbaik untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka.
Comments
Post a Comment