Sambutan Maulidurrasul dan Hari Jadi
Jumaat lepas diadakan Majlis Sambutan Maulidurrasul dan Sambutan Hari Jadi untuk anak-anak di Taska. Ibu bapa turut dijemput hadir untuk memeriahkan majlis.
Sebelum majlis, semua beratur untuk keluar kelas :) Letak tangan pada bahu kawan masing-masing.

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. Angkat tangan berdoa anak-anak:)
Dan selawat beramai-ramai.

Sambutan hari jadi kali ini untuk yang lahir pada bulan Nov&Dis, Jan&Feb. Besday girl dan besday boy - pakai topi party. Seterusnya nyanyi lagu Happy Birthday untuk semua.

Bergambar bersama Teacher-Teacher pula.
Senyum:)

Kita makan dulu!!!!
[Abaikan cara duduk Fina yang sangat sopan tu ye]

dan terima kasih kepada baba Fina yang membantu saya mendeko kesemua cupcakes yang comel untuk anak-anak di Taska. Kejap jer dah habis:)

Comments
Post a Comment