Farha 8 bulan

Kali pertama tengok laut.

Kali pertama perjalanan jauh balik kampung baba

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan kehadiran Farha kepada keluarga kami. Penghibur dan penduga hati kami sekeluarga. Setiap pagi meninggalkan Farha di taska untuk  bekerja memerlukan hati yang kental. Hanya ibu yang melalui pengalaman ini sahaja yang mengetahui perasaan tersebut. Tiada apa yang saya minta, moga Allah melindungi semua anak-anak saya ketika mereka tiada di depan mata saya. Amin.

Kongsi perkembangan Farha di usianya memasuki 8 bulan.

- Masih menyusu susu ibu sepenuhnya. Sekarang bekalan susu ke taska sebanyak 4 botol sehari. Bekalan bubur dan buah saya akan sediakan setiap hari.

- Waktu saya cuti dan habis waktu bekerja, Farha akan menyusu terus. Tak guna botol susu.

- Makan 3 kali sehari, pagi, tengahari dan petang.

- Sembelit bila makan bubur nasi. Saya selang seli dengan puri labu/keledek/jagung. Puri buah pula saya campur dengan oat. Farha tak suka minum air kosong. Itu yang membuatkan Farha jadi sembelit.

- Tak boleh berenggang dengan mama. Sampai saya bangun tidur kena bangun perlahan-lahan sebab Farha akan tersedar bila tak ada bau saya.

- Seorang anak yang manja dan mahukan perhatian setiap masa.

- Tidak memilih makanan dan kuat makan. Pantang kalau tengok orang makan, terkulat-kulat Farha buat muka kesian.

- Baru angkat punggung dan bergerak ke belakang. Belum boleh merangkak lagi.

- Pandai cakap ma..ma...ma...

- Boleh tahan kuat menangis bila orang tak layan dia.

- Pantang kalau orang nak lap selesema dan usik hidung dia. Mengamuk.

- Suka kalau mama terbaring dengan dia sekali, tak yah buat kerja lain.

- Dah mula kenal orang di sekeliling. Akan menangis bila orang yang tak kenal dukung dia.

- Suka tarik rambut kakak. Ada potensi buli kakak bila dah besar.

- Suka dan seronok waktu mandi. Suka main air.

Lagu kesukaan Farha : 

Farha cipompom yayayang, mama sayang dia, dia budak baik........

Farha si comel la..la..la...kakak sayang-sayang Farha...# Farha comel.


Moga membesar dengan sihat Farha.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu