Posts

Farha 1 tahun

Image
Alhamdulillah, pada 16 April 2022 Farha telah genap setahun usianya. Cepatnya Farha membesar. Rasa bagaikan baru sahaja melahirkan Farha, dah setahun berlalu. Selamat ulangtahun kelahiran Nur Farha Imani. Mama doakan agar Farha sihat walafiat dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Amin. Perkembangan Farha di usianya setahun : - Berat 9.44 kg cantik ikut graf tumbesaran KKM. - Dah pandai berdiri sebelah tangan. - Merangkak satu rumah. Kalau turun dari tilam, turun kepala dulu, bukannya kaki. - Suka main suis, buka pintu kabinet dapur, main wayar depan tv, main remote control, panjat kaki kerusi, berdiri tepi sofa, main tudung saji, main bakul isi ubat. - Suka dan berselera bila makan. Semua nak dirasanya.  - Gigi dah banyak. Belah atas dah tumbuh dalam 4 batang dan bawah 4 batang. Ada yang dah tumbuh penuh, ada yang masih bayang-bayang di gusi. - Pandai tepuk tangan bila ada orang nyanyikan lagu tepuk amai-amai. - Rutin pagi- mandi, minum susu dan siap ke Taska pukul 7 pagi. Balik dari

Farha 10 & 11 bulan

Image
Alhamdulillah, syukur atas nikmat kurniaan Allah Farha telah genap berusia 11 bulan. Farha membesar dengan sihat, cergas, cerdik, aktif dan manja. Sepenuh perhatian dan kasih sayang dicurahkan oleh baba, mama dan akak-akak untuk Farha. Anak bongsu penyeri keluarga kecil kami.  Perkembangan Farha di usianya 10 dan 11 bulan  : - Dah laju merangkak satu rumah. - Berdiri sendiri sambil pegang tepi sofa atau kerusi. - Pandai lambai bila cakap bye..bye.. - Pandai tepuk tangan bila gembira. - Pandai memanjat tangga di rumah Semenyih. - Suka main air bila mandi. - Geli bila bagi dia main patung/bear mainan (soft toy). - Berselera bila makan. Akan bising bila tak bagi dia apa yang kita makan. - Dah tumbuh banyak gigi. Gigi gusi atas 2 batang dah keluar separuh. Lagi 2 batang dah nampak bayang-bayang. Gigi belah bawah 2 batang. - Pandai main sendiri dan memberikan respon bila berkomunikasi dengan Farha. - Akan menangis bila diambil oleh orang yang tidak dikenali. - Masih menyusu badan dan dah ca

Farha 9 bulan

Image
Kali pertama keluar shopping. Alhamdulillah. Farha telah berusia genap 9 bulan. Bulan ini ada berapa kali Farha kurang sihat, demam, selesema, batuk dan sakit gusi nak tumbuh gigi.  Tumbuh juga bintik-bintik kecil di kaki, lutut dan siku Farha. Bawa ke Klinik dan doktor cakap demam biasa sahaja. Walaupun tak sihat, selera makan dan minum susu tidak terjejas.  Perkembangan Farha 9 bulan : - Tumbuh gigi bawah 2 batang dan gigi atas sebatang. - Dah boleh merangkak satu rumah. - Suka berdiri tepi sofa. - Boleh duduk dan main dalam walker. - Suka main wayar bawak rak tv. - Tak boleh tengok orang lain makan, mesti merengek nak juga. - Pukul 8 malam nak Kakak Fina layan dia. - Tidur awal waktu malam. Pukul 9 malam dah tidurkan Farha. - Faham rutin jadual harian masa saya bekerja. Pukul 7.15 pagi hantar ke Taska.  Petang sebelum pukul 6 petang Farha dah balik dari Taska.  Ada akak angkat yang suka jaga Farha di Taska - Kak Nelly. - Suka waktu mandi, tak pernah menangis bila mandi. Semoga Farha

Sambutan Hari Lahir

Image
1 JANUARI 2022 Alhamdulillah, cuti hujung tahun meraikan sambutan Hari Lahir Fiqah pada 25 Disember 2021 di kampung atuk dan Hari Lahir Fina pada 1 Januari 2022 di Kajang. Diserikan lagi dengan kehadiran adik bongsu yang sangat manja Farha si comel berserta Fittriah yang cerdik. Bila dah bertambah besar, Fina dan Fiqah tak nak sambut Hari Lahir gabung sekali dah. Nak asing-asing. Kek ditaja oleh baba sebagai hadiah hari lahir. Terima kasih baba. 25 DISEMBER 2021 Tahun 2022 Fina berusia 14 tahun  (Tingkatan 2) dan Fiqah berusia 11 tahun (Darjah 5). Sesi persekolahan tahun ini dilewatkan mulai Mac 2022 baru naik tingkatan dan darjah. Penggal persekolahan bertukar berikutan pendemik Covid 19 dan banjir di negara tahun ini. Fittriah pula berusia 8 tahun (Darjah 2). Doa mama semoga menjadi anak yang solehah, menjaga solat, rajin, bertanggungjawab, pandai berdikari dan berbakti pada mama dan baba waktu tua kelak. Semoga berjaya dalam pelajaran dan menjadi insan yang bermanafaat dalam hidup.

Resepi makanan Farha (6-9 bulan)

Image
Farha diperkenalkan makanan pejal pada usianya 6 bulan.  Farha mudah menyesuaikan diri dengan menu baru dan tidak memilih makanan. Senang sangat ajar dia makan. Cuma ada pengalaman saya beri Farha bubur nasi campur dengan serbuk ikan bilis, Farha jadi muntah-muntah. Selepas itu saya tidak berani letakkan ikan bilis dalam makanan Farha.  Setiap pagi saya akan menyediakan bekalan Farha di Taska. Selalunya 2 menu iaitu buah dan bubur. Untuk menjimatkan masa, saya sediakan dahulu stok buah dan sayur dijadikan puri simpan dalam peti sejuk beku.  Stok beras juga saya bekukan dalam bentuk kiub dan cara ini menjadikan bubur cepat kembang bila dimasak.  Tempoh penyediaan 15 minit sahaja bubur dah siap. Berikut cara saya buat stok makanan pejal Farha, banyak saya rujuk dalam group RESEPI MAKANAN BAYI di FB. i) Beras sejukbeku Saya guna beras Sumo. Basuh beras hingga bersih dan masukkan 3/4 dalam bekas kiub dan selebihnya masukkan air. Simpan dalam peti sejuk beku. Bila nak masak bubur, guna 1 ki

Farha 8 bulan

Image
Kali pertama tengok laut. Kali pertama perjalanan jauh balik kampung baba Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan kehadiran Farha kepada keluarga kami. Penghibur dan penduga hati kami sekeluarga. Setiap pagi meninggalkan Farha di taska untuk  bekerja memerlukan hati yang kental. Hanya ibu yang melalui pengalaman ini sahaja yang mengetahui perasaan tersebut. Tiada apa yang saya minta, moga Allah melindungi semua anak-anak saya ketika mereka tiada di depan mata saya. Amin. Kongsi perkembangan Farha di usianya memasuki 8 bulan. - Masih menyusu susu ibu sepenuhnya. Sekarang bekalan susu ke taska sebanyak 4 botol sehari. Bekalan bubur dan buah saya akan sediakan setiap hari. - Waktu saya cuti dan habis waktu bekerja, Farha akan menyusu terus. Tak guna botol susu. - Makan 3 kali sehari, pagi, tengahari dan petang. - Sembelit bila makan bubur nasi. Saya selang seli dengan puri labu/keledek/jagung. Puri buah pula saya campur dengan oat. Farha tak suka minum air kosong. Itu yang memb

Pengalaman mengandung

Image
Pengalaman mengandungkan Farha puteri keempat: Tak minat pakai barang kemas. Rantai, gelang dan cincin tak suka pakai masa mengandung. Hati mudah sensitif, bila tak dapat sesuatu akan menangis. Dah menangis baru lega, lepas tu ok dah. Suka bersenam dan zumba yang ringan. Buat senaman penafasan semasa dalam kereta ke pejabat dan sebelum tidur malam. Setiap malam Fina, Fiqah dan Fittriah akan cakap dengan Farha sebelum saya tidur. Farha pun akan bergerak-gerak dalam perut, pusing, tendang-tendang. Macam faham akak-akak dia berbual dengan dia. Sapu minyak angin setiap malam untuk elakkan sakit kaki/simpul biawak. Saya amalkan minum kurma kisar dengan susu beberapa minggu sebelum tempoh kelahiran. Petua untuk mudah bersalin. Suka makan sagu gula melaka. Makan banyak kali pun tak apa. Minggu ke 33 kena tahan wad Hospital Kajang. Bacaan graf jantung tak normal. MC dekat 2 minggu dan kena rujuk ke Pakar Kardiologi Hospital Serdang. Alhamdulilllah, lepas periksa jantung kat Hospital Serdang, t