Posts

Showing posts from February, 2013

Update F&F

Image
Akak Fina : (4 tahun 2 bulan) Dah boleh baca Al-Fatihah, Iqra' 1, Doa ibu bapa. Menulis tak berapa pandai lagi, tapi menconteng memang hobi dia kat rumah sekarang. Suka tulis kat kertas, apa-apa kertas, termasuklah surat khabar. Pandai nyanyi lagu Negaraku. Dah tak nangis bangun mandi pagi-pagi sebelum pergi sekolah. Suka tiru cakap teacher - terutamanya perkataan ULANG LAGI ( dengan nada tinggi ) Suka sangat character barbie. Siap suruh panggil dia Cikgu Barbie. Ada sekali tu, dalam tv ada keluar pembaca berita. Dia cakap mama, ada barbie lah dalam tv. Nak tengok cerita barbie. Rupanya pembaca berita tu muka ala-ala barbie. Tergelak saya. Bila berita habis, Fina cakap, laa, kami nak tengok cerita barbie. Sabar ajelah. Suka bahasakan diri 'kami' sebagai ganti diri 'saya'. Sekarang ni kalau cakap, belakang ada perkataan 'ma'. Itu tiru mei mei dalam upin ipin. Contoh dia cakap :' kami tak tau ma'....Sabar je lah lagi mama dia.

EBM

Image
Operasi mengepam masih berjalan seperti biasa di pejabat. 2x sehari, pagi sekali, petang sekali. Waktu cuti, tentulah guna pam semulajadi. Direct bf dengan Fiqah. Ini sahaja stok EBM yang tinggal. Tak kira dah sekarang, asalkan ada beberapa botol dalam peti ais, dah lega hati saya. Lagipun demand Fiqah tak tinggi. Dia hanya minum 3 botol di taska. Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan. Mudahan berjaya mencapai ke target seterusnya.