Posts

Showing posts from January, 2022

Sambutan Hari Lahir

Image
1 JANUARI 2022 Alhamdulillah, cuti hujung tahun meraikan sambutan Hari Lahir Fiqah pada 25 Disember 2021 di kampung atuk dan Hari Lahir Fina pada 1 Januari 2022 di Kajang. Diserikan lagi dengan kehadiran adik bongsu yang sangat manja Farha si comel berserta Fittriah yang cerdik. Bila dah bertambah besar, Fina dan Fiqah tak nak sambut Hari Lahir gabung sekali dah. Nak asing-asing. Kek ditaja oleh baba sebagai hadiah hari lahir. Terima kasih baba. 25 DISEMBER 2021 Tahun 2022 Fina berusia 14 tahun  (Tingkatan 2) dan Fiqah berusia 11 tahun (Darjah 5). Sesi persekolahan tahun ini dilewatkan mulai Mac 2022 baru naik tingkatan dan darjah. Penggal persekolahan bertukar berikutan pendemik Covid 19 dan banjir di negara tahun ini. Fittriah pula berusia 8 tahun (Darjah 2). Doa mama semoga menjadi anak yang solehah, menjaga solat, rajin, bertanggungjawab, pandai berdikari dan berbakti pada mama dan baba waktu tua kelak. Semoga berjaya dalam pelajaran dan menjadi insan yang bermanafaat dalam hidup.

Resepi makanan Farha (6-9 bulan)

Image
Farha diperkenalkan makanan pejal pada usianya 6 bulan.  Farha mudah menyesuaikan diri dengan menu baru dan tidak memilih makanan. Senang sangat ajar dia makan. Cuma ada pengalaman saya beri Farha bubur nasi campur dengan serbuk ikan bilis, Farha jadi muntah-muntah. Selepas itu saya tidak berani letakkan ikan bilis dalam makanan Farha.  Setiap pagi saya akan menyediakan bekalan Farha di Taska. Selalunya 2 menu iaitu buah dan bubur. Untuk menjimatkan masa, saya sediakan dahulu stok buah dan sayur dijadikan puri simpan dalam peti sejuk beku.  Stok beras juga saya bekukan dalam bentuk kiub dan cara ini menjadikan bubur cepat kembang bila dimasak.  Tempoh penyediaan 15 minit sahaja bubur dah siap. Berikut cara saya buat stok makanan pejal Farha, banyak saya rujuk dalam group RESEPI MAKANAN BAYI di FB. i) Beras sejukbeku Saya guna beras Sumo. Basuh beras hingga bersih dan masukkan 3/4 dalam bekas kiub dan selebihnya masukkan air. Simpan dalam peti sejuk beku. Bila nak masak bubur, guna 1 ki

Farha 8 bulan

Image
Kali pertama tengok laut. Kali pertama perjalanan jauh balik kampung baba Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan kehadiran Farha kepada keluarga kami. Penghibur dan penduga hati kami sekeluarga. Setiap pagi meninggalkan Farha di taska untuk  bekerja memerlukan hati yang kental. Hanya ibu yang melalui pengalaman ini sahaja yang mengetahui perasaan tersebut. Tiada apa yang saya minta, moga Allah melindungi semua anak-anak saya ketika mereka tiada di depan mata saya. Amin. Kongsi perkembangan Farha di usianya memasuki 8 bulan. - Masih menyusu susu ibu sepenuhnya. Sekarang bekalan susu ke taska sebanyak 4 botol sehari. Bekalan bubur dan buah saya akan sediakan setiap hari. - Waktu saya cuti dan habis waktu bekerja, Farha akan menyusu terus. Tak guna botol susu. - Makan 3 kali sehari, pagi, tengahari dan petang. - Sembelit bila makan bubur nasi. Saya selang seli dengan puri labu/keledek/jagung. Puri buah pula saya campur dengan oat. Farha tak suka minum air kosong. Itu yang memb