Posts

Showing posts from November, 2013

Saya suka

Image
Tajuk macam Mei Mei dalam siri kartun Upin dan Ipin.. Saya suka..saya suka..Sukalah mama F&F dapat pergi ke Maternity & Children Expo di Mid Valley Ahad lepas. Walaupun tau mesti ramai yang akan berkunjung, tapi saya tak mau lepaskan peluang yang ada. Lagipun kali terakhir datang ke sini masa Fiqah dalam perut, kali ini mestilah datang untuk turn adik Fiqah pula dalam perut.   Saya duk mencari barang-barang untuk persediaan BF 3rd baby. Walaupun barang besar seperti pam susu, cooler beg dan botol-botol susu dah ada dan masih boleh digunakan, tetapi kalau dah minat memang wajiblah terjah juga ke sana. Beli apa yang patut dan perlu sebagai tambahan, dan sudah tentunya dengan harga yang berpatutan serta menjimatkan. Saya suka lagi .    Baba dan Fiqah ditugaskan untuk menunggu mama dan Fina masuk ke dewan pameran. Bukan apa, takutnya kepenatan pula kalau diorang tu ikut saya. Jadi tugasan yang mudah diserahkan kepada baba, untuk jaga Fiqah. Fina pula diberi tugasan untu

1 Tahun 11 Bulan

Image
  Hari ini genap Fiqah 1 tahun 11 bulan, menghampiri usia 2 tahun. Insyaallah bulan depan nak sambut besday Fiqah dengan percutian keluarga sahaja. Tak larat mama nak buat open house.   Dah macam-macam Fiqah boleh buat : Suka main dengan akak Fina, nyanyi dan ikut jer apa yang akak Fina nya suruh. Kadang-kadang baik sangat, kadang-kadang suka buat akak Fina. Suka mengadu -- " na buat...." (maksudnya : kak fina buat dia). Semakin boleh bertutur perkataan-perkataan yang mudah, "makan,minum, main, mandi, baba, mama, ina, hello, milo, nak, saya, sayang" dan lain-lain perkataan.   dan Fiqah telah berhenti bf sepenuhnya.   Tamat sudah perjalanan bf saya untuk puteri kedua. Lebih kurang 2 minggu sebelum ini Fiqah dah berhenti menyusu. Mungkin perubahan hormon dan rasa susu ketika bersalin yang membuatkan Fiqah berhenti. Saya tak usahakan macam-macam, cuma saya cakap dengan Fiqah, Fiqah dah kena stop menyusu, perut mama ada baby. Lagipun ke

Anak Itik

Image
Cuba teka siapa saya... hi2...   Anak Itik Tok Wi Mandi Dalam Kolam Buat Apa Tok Wi Ubat Limau Lelam Sakit Apa Tok Wi? Sakit Sendi Tulang Ubat Apa Tok Wi Ubat Sengal Tulang v v v v v v Fina jadi si itik dalam kolam masa Hari Graduasi Taska Nasyrah Sabtu lepas.    

Muzium Kesenian Islam

Image
1st time juga ke Muzium Kesenian Islam. Bayaran masuk sebanyak RM12 untuk dewasa. Kanak-kanak bawah 6 tahun masuk percuma. Sama juga seperti di Muzium TUDM, ramai rombongan budak sekolah yang datang. Ada 3 tingkat kalau tak silap. Tingkat bawah sekali ada pameran sempena 50 tahun Jubli Emas Tabung Haji Malaysia. Jadi pameran berkisar tentang pengalaman Haji di Makkah dan juga perjalanan rombongan haji sepanjang musim haji. Tingkat satu Galeri Al-Quran dan manuskrip, galeri dunia Melayu dan galeri senibina. Tingkat dua pula galeri barang kemas, galeri senjata, galeri tekstil, galeri kerja kayu, galerai seramik dan galeri matawang dan cap mohor. Punya banyak galeri kan, macamlah boleh ingat semua, jangan risau, sebelum masuk ke tempat pameran, pelawat dibekalkan dengan pamplet/buku panduan Muzium. Jadi boleh refer kat situ untuk melawat kawasan muzium. Nak katanya, nampak mcm kecik jer muzium ini tapi bila dah berjalan, besar juga kawasannya. Dan yang paling penting, memang banyak i

Muzium TUDM

Image
Bangun pagi-pagi di hujung minggu, tiba-tiba abang bagi idea. Jom kita pi Muzium TUDM nak? Sebab tak ada plan dan tak pernah sampai pun ke Muzium TUDM, kami anak beranak pun pergi. Lebih kurang pukul 10 pagi sampai ke sana. ( dah macam karangan sekolah lah pulak ) Punya banyak bas sekolah yang ada, so, ramai lah budak-budak sekolah yang turut melawat muzium. Masuk percuma sahaja.   Muzium ni dah lama dibuka, dari tahun 1980an lagi. Cuma sekarang tempatnya macam kurang dijaga. Kalau masuk dikenakan sedikit bayaran, mungkin kawasan muzium dapat diselenggara dengan baik. Pendapat saya lah. Tapi budak-budak happy jer dapat tengok macam-macam jenis kapal terbang dan helikopter yang ada.   Next station :   MUZIUM KESENIAN ISLAM.   Lawatan sambil belajar untuk family F&F di hujung minggu. hi2.