Posts

Showing posts from January, 2010

Cuti

Image
1 FEB 2010 (ISNIN) ~ Cuti Hari Wilayah bagi sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya. Selamat bercuti!!!! Sejak dah dapat kunci ni, banyak perkara yang perlu diuruskan.

Isteri Solehah

Saya telah terima email dari seorang sahabat mengenai CIRI-CIRI ISTERI SOLEHAH . Saya rasa amat bermanafaat untuk dikongsi bersama para isteri & ibu di luar sana di samping untuk memperingati diri sendiri. Moga ilmu yang dikongsi menambahkan rasa ketaatan terhadap SUAMI yang menjadi peneraju utama dalam keluarga kita dan seterusnya memberikan laluan ke arah kebaikan menuju ke Akhirat kelak.. SOALAN: KITA biasa dengan ungkapan yang berbunyi, "syurga di bawah tapak kaki ibu". Tetapi benarkah syurga isteri pula di bawah tapak kaki suami? Adakah ungkapan ini disokong oleh mana-mana hadis? JAWAPAN: Mentaati ibu bapa balasannya syurga. Dalam hadis-hadis, Rasulullah SAW menjanjikan syurga bagi mereka yang taat kepada kedua ibunya. Adapun janji syurga di bawah telapak kaki suami belum saya temui, namun cukuplah menjadi seorang isteri itu ahli syurga dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak ayat al-Quran dan hadis baginda. Sifat-sifat isteri yang dijanjikan syurga. All

Awan Fina

Image
Seterusnya, Fina tengah belajar nak 'fly' ala2- Awan Dania d Series.. Sambil menyanyi2 riang.. I believe I can fly.. I believe I can touch d sky.. la..la..la... (dah macam acara senam robik pun ade gak nih, 1-2-3-4-5, 5 lagi..hi2)

Tayang body

Image
Gambar tayang body, Fina di usia setahun 3 minggu. Fina dah semakin berjaya menguasai kemahiran berjalan sekarang. Kali ini saya nak 'abadikan' gambar Fina ketika masih 'montel' dalam blog ini (eh, bkn gambar fina berjalan ke). Mungkin apabila Fina dah dapat berjalan nanti, badan fina akan semakin susut dan menjadi 'slim' ataupun tetap 'mantain'. Saya tak tahu. Apa yang saya tahu, pastinya saya akan merindui saat-saat 'ketembaman' Fina di usia kecilnya apabila fina dah besar kelak.

Tatih & Baca

Sejak masuk usia setahun ni, Fina dah mula bertatih lebih dari 2 tapak sekarang. Kadang-kadang laju jer macam nak berlari. Tergoyang-goyang, kejap2 jatuh, kejap2 terduduk, kejap2 tersembam. Tapi Fina tak putus asa, terus bangun semula apabila jatuh (kalau dia rajin ler, kalau tak, terus merangkak jer). Bila saya fikir-fikirkan, begitulah fitrah manusia, bukan boleh terus senang nak dapatkan atau lakukan sesuatu. Semuanya kena dengan penuh rasa sabar, tidak mudah putus asa dan rajin berusaha. Walaupun hanya citer Fina belajar berjalan, namun semua sifat2 tersebut perlu dirangkum menjadi satu. Saya rasa seronok tengok fina belajar berjalan. Siap nak bagi sokongan lagi, macamlah Fina masuk acara lumba lari.hi2. Tatih lagi nye fina, tak lama lagi dah dapat 'kaki' anak mama..Boleh la mama belikan kasut baru..Teruskan usaha!!!! Minggu ni fina rajin suh saya baca buku ABC dia. Kadang-kadang berulang berkali-kali sampai la dia dah tak nak dengar lagi. Agaknya lama2, saya yang terlebih

Pelangi Semenyih

Image
2 tahun lalu ianya hanyalah merupakan sebuah impian & harapan saya dan suami, Syukur Alhamdulillah, di awal tahun 2010 impian yang kami bina telah menjadi satu kenyataan. Mungkin benar perkataan 'rezeki anak' memberi maksud yang tersendiri dalam sesebuah keluarga. Secara jujurnya kehidupan kami sekeluarga bertambah baik dengan kehadiran Fina. Moga kesenangan yang dipinjam oleh-Nya membuatkan kami insan yang pandai menghargai sesuatu dalam menjalani kehidupan di masa akan datang. Pesanan penaja - Terima kasih kepada abang yang merealisasikan impian saya.

Adiella Collection Give Away

Image
Next contest:- ADIELLA COLLECTION GIVEAWAY Hadiahnya ialah: Cabutan Pertama: Lace Jewelery Box Heart Shape Cabutan Kedua: Fleece Blanket(Jean Perry)Size: 120cm *170cm Sempena pembukaan blog azie seraca rasmi nye, adiellacollection menganjurkan giveaway kepada blogger2. Dua pemenang b'tuah akan ditentukan melalui random.org. Syarat2 penyertaan adalah seperti berikut: Step 1: Jadi follower adiellacollection (done) Step 2: Buat satu entry ttg giveaway ini b'serta gambar hadiah giveaway diatas b'tajuk "adiella collection giveaway". (done) Step 3: Sila link kan blog ini di blog list anda. (done) Step 4: Sila tinggalkan comment b'serta link anda atau email. (done) Tarikh tutup "giveaway" ini adalah pada 20 February 2010 (11.59 pm). Pemenang b'tuah akan diumumkan pada 21 February 2010.

Give Away Barang Deco English Style

Kali ni saya nak join Giveaway Barang Deco English Sytle anjuran MRS NOR Syaratnya pun mudah & senang. Hanya tinggalkan komen mengenai Giveaway ini di blog MRS NOR Tarikh tutup : 29 Jan 2010

Perjalanan BF untill Jan 2010

Image
Target pertama - BF fina tanpa solid food atau air kosong selama 6 bulan. (done) Target kedua - BF fina sehingga berusia setahun dan diberi makanan tambahan. (done) Target ketiga - BF fina sehingga berusia setahun setengah. Target keempat - BF diteruskan sehingga fina berusia genap dua tahun. Syukur, perjalanan BF dapat saya teruskan sehingga saya telah berada di fasa TARGET KETIGA sekarang . Saya akui bukan mudah untuk saya lalui semua halangan sehingga saya berjaya sampai ke tahap ini. Hanya ibu-ibu yang melalui pengalaman sendiri tahu dan memahami betapa kuatnya semangat diri untuk hadapi rintangan dah halangan tersebut. Saya selalu menimba pengalaman dan ilmu berkaitan BF daripada blog-blog yang dikongsi oleh para ibu yang berada di laluan yang sama. Sekurang-kurangnya pengalaman ibu-ibu yang lain dapat membakar semangat dan kesungguhan saya untuk meneruskan target keempat. Terima kasih kalian. Walau kita tidak mengenali secara rapat satu sama lain, tapi saya tau, bagai ada satu &

Internet-block

Bermula dari minggu ini, saya tidak boleh lagi melayari laman Social Networking spt, Facebook, Friendster, ber'chatting' atau ke blog2 tertentu time office hour kerana bila saya klik akan keluar : ^ ^ ^ ^ You are about to access the Internet from the XXX Network INTERNET USAGE IS MONITORED AND LOGGED. Your IP address: ######## YOU HAVE BEEN DENIED ACCESS TO THIS SITE. For any comments, please contact the network administrator at ext #### or email to system.admin@********** ^ ^ ^ ^ Nampaknya, sampai saya pencen ler kene 'sabotaj' sebegini..Ape boleh buat, ke pejabat gomen lain juga senasib dengan saya? Sabar aje la. So masa untuk melayari internet yg tanpa ada 'internet-block' ni, hanyalah semasa berada di rumah sahaja. (terlintas di fikiran saya, adakah waktu ' free' bila berada di rumah?????).

Dah pandai ape?

Image
Fina di usia setahun seminggu, dah pandai : Berjalan setapak dua. Sibuk 'mengemas' kat dapur bila saya nak masak. Malam, main sampai penat, baru nak tidur. Berguling2 satu tilam sebelum tidur. Pagi bangun lewat sekarang. Sebelum setahun, slalu pukul 6 lebih dah bangun. Bila nak suap makan, cakap 'mam..mam..mam' Memanjat mana2 yg lepas dan turun sendiri. Cakap ' athan' iaitu 'ikan' (baba ajar masa makan kat Village View). Pergi ke bilik air sendiri bila dah siap buka baju nak mandi. Nak pegang stereng kereta bila masuk je kereta. Dah pandai 'amin' @ salam (mama No.1 nye ajar) Suka bila bawa berjalan keluar rumah. Dah faham bila saya marah, fina akan dtg kepada saya dan senyum2. macam 'memujuk' ler tuh. Mengerjakan lipstik saya. (habis la dicucuk2 dengan jari yg kecik tuh) Aktiviti terbaru Fina - main stereng keta& cucuk lipstik *** Semakin murah rezeki kami sekeluarga dengan kehadiran fina dalam hidup kami suami isteri. Syukur, alhamdu

Contest MY LITTLE HELPER

Image
Next contest... Maklumat lanjut mengenai contest ini, sila terjah ke :~ SUNSHINE OF LOVE Ni ler gambar fina yang tengah sibuk 'mengemas' rak baju saya. Rajin kan anak dara saya membantu saya di rumah...hi2..

Check up @ Klinik Kajang

Image
Pada isnin lepas 4/1/10, saya dan suami ke Klinik Kesihatan Kajang untuk regular checkup fina. Untuk setahun, fina diberi suntikan (x ingat vaksin ape da). Lama juga menunggu, sampai ke klinik pkl 2 lbh dan habis kira2 pukul 4.30 ptg. Biasa lah, klinik tu memang selalu ramai orang. paling awal 2 jam baru selesai. Ni la antara perkembangan check-up fina di usia 1 TAHUN : Fina dalam keadaan sihat, aktif dan cergas. Still BF on demand. Nurse nasihatkan beri baby pemakanan seimbang, nasi, buah-buahan, sayur, ikan, ayam (ikut piramid makanan) Berat fina sekarang 9.8kg . (maintain dengan berat last check-up haritu, tak kurang, tak lebih, so, draf mendatar je la) Masa timbang tu, duk menangis sekuat hati. 1 klinik dengar suara dia. alahai, macam kene ape fina nih..marah sgt bukak baju dia kat situ. Masa ambik suntikan pula, tak menangis pun, selamba je muka dia. Tak rasa sakit kot, almaklumler peha banyak isi. Next check-up 4 MAC 2010. fina tgh 'mengamuk' tunggu lama sangat.

Majlis Besday Fina 1/1/10

Image
Kek besday fina Mama tlg potong kek fina. Pink dress hadiah dari makngah fina Sambutan majlis besday fina telah diadakan dengan sederhana dan meriah. Terima kasih kepada ahli keluarga dan kawan2 yang sudi hadir: ~My family ~ ayah, umi, yana, along&family, kakngah&family, kak ti&family, ija&shahrul, kak na&abg nan, fida, adik shahrul, adik kak na. ~My friends ~ kak wa&halim, kak nori&family, miza&family, kak lin&family, naimi&family, fauzi&wati, ani, ayu, wahida&boyfriend, cik ima&family, saidi&elly, zaity&kawannya ~Jiran~ kak ida&family, husin&family, kwn2 haziq ^*^*^*^*^*^*^ MENU Nasi goreng Cina Paprik campur Spageti Nuget Tembikai Air Anggur ^*^*^*^*^*^*^* Terima kasih juga atas hadiah2 yg diberikan.

Fina @ 1 tahun 1 hari 2010

Image
Fina baru blajar berjalan setapak dua. Berdiri sendiri, kejap je la. Dah makan nasi biasa. Tak suka makan biskut. Susah nak pakai baju lepas mandi. Tengah batuk dan selsema. Tak suka makan ubat. Kadang-kadang suka mengada2. Sangat rapat dengan mama no.1 nye a.k.a. pengasuh fina. Pandai nak ikut kalau saya dah siap2 pakai tudung. Belum tumbuh gigi lagi. Suka tengok iklan. Cakap 'maamaa, abbbaaa, thaatha, attheeh, atthaaah' dan macam2 lagi bahasa Peranchis. Suka tunjuk2 ' guna jari telunjuk'. Pandai nak cakap guna telefon, habis smuanya(mainan, bedak, sikat) dijadikan telefon. Sangat pandai 'mengemas' rumah. Tengah lasak dan aktif, tak duduk diam. Tak boleh tinggal sorang, kadang2 nak pi bilik air pun fina duk menangis duk depan bilik air. Suka ler gigit2 selipar. Perangai time bf : Bila nak bf, tarik2 baju mama cakap 'neenn, neeenn,,,' Bila ramai orang, tak nak bf. Nak duduk dalam bilik berdua2 dengan mama. Macam2 style bf, menonggeng, tertonggeng, meniar

Kek Fina

Image
Kek Besday Fina by LOVELIANA CAKES **(Tidak seperti yg mama 'jangkakan' tapi kek ni dideco dengan kreatif sekali)

Happy 1st Besday FINA

Image
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN NUR AZWA SAFRINA YANG PERTAMA 1 JANUARI 2010 MUDAH-MUDAHAN MENJADI SEORANG ANAK YANG BAIK DAN BERGUNA PADA MASA HADAPAN. AMIN **Saya keletihan melayan tetamu pada Majlis Besday fina semalam. Thanks kepada semua yg sudi hadir.