Posts

Showing posts with the label Resepi

Resepi makanan Farha (6-9 bulan)

Image
Farha diperkenalkan makanan pejal pada usianya 6 bulan.  Farha mudah menyesuaikan diri dengan menu baru dan tidak memilih makanan. Senang sangat ajar dia makan. Cuma ada pengalaman saya beri Farha bubur nasi campur dengan serbuk ikan bilis, Farha jadi muntah-muntah. Selepas itu saya tidak berani letakkan ikan bilis dalam makanan Farha.  Setiap pagi saya akan menyediakan bekalan Farha di Taska. Selalunya 2 menu iaitu buah dan bubur. Untuk menjimatkan masa, saya sediakan dahulu stok buah dan sayur dijadikan puri simpan dalam peti sejuk beku.  Stok beras juga saya bekukan dalam bentuk kiub dan cara ini menjadikan bubur cepat kembang bila dimasak.  Tempoh penyediaan 15 minit sahaja bubur dah siap. Berikut cara saya buat stok makanan pejal Farha, banyak saya rujuk dalam group RESEPI MAKANAN BAYI di FB. i) Beras sejukbeku Saya guna beras Sumo. Basuh beras hingga bersih dan masukkan 3/4 dalam bekas kiub dan selebihnya masukkan air. Simpan dalam peti sejuk beku. Bila nak mas...

Pes Yemeni Mendhi

Image
Untuk kesekian kalinya, baba beli set beras dan pes untuk masak nasi arab dari kawannya di ofis.  Senang sangat guna pes ini. Hanya ikut arahan yang disediakan. Cuma kalau ikut cara saya, saya akan rebus dahulu ayam bersama dengan pes tersebut. Bila ayam dah empuk, keluarkan ayam dan masak beras pula. Setelah nasi hampir masak, masukkan ayam tadi dalam nasi. Alhamdulillah, 3F suka sangat makan nasi arab ini. Kalau guna pes ini, selalunya saya masak 2 kali. Pes yang tak habis, saya akan simpan dalam peti ais untuk digunakan bila nak masak nasi arab masa lain pula. Beras basmathi 1kg disertakan sekali dengan pes nasi arab dan juga 1 paket kecil pewarna kuning. Sumber : http://nasiarabexpress.com/ Nasi arab ini saya masak 3 cawan beras. Dapat satu periuk besar. Cukup untuk kami berlima, itupun ada lebih lagi dalam sepinggan penuh. Rasmikan kuali tefal gajet terbaru saya di dapur. Senang guna kuali ini, tak melekat dan boleh tutup guna penutup kaca. Nas...

Nasi Arab

Image
Lama tak buat resepi baru. Walaupun hari-hari masak menu harian bila balik kerja, tapi masak menu biasa sahaja. Jadi Sabtu lepas saya cuba buat nasi arab menggunakan pek Al-Bayt berharga RM15 yang dalamnya ada beras basmathi, rempah tumis dan rempah perasa yang kita pilih. Kali ini saya cuba Nasi Arab -  Kabsah Ayam. Al-Bayt Nasi Arab Cara-cara untuk menyediakan nasi arab ada tertera di belakang kotak. Cuma ikut dan sediakan bahan tambahan yang perlu seperti tomato puri, lada hijau,bawang putih, bawang besar, daun ketumbar, tomato, timun, lemon dan ayam. Nasi Kabsah ini ayamnya dipanggang. Salad dan sosnya juga ada resepi dibelakang kotak. Hanya ikut dan confirm jadilah ;) Ayam kabsah yang dipanggang/salad/sos. Nasi arab Kabsah ini warnanya agak kemerahan. Saya lebih suka makan nasi arab yang berwarna kuning dan putih. Mungkin lepas ini saya nak cuba pek Nasi Arab - Mandy pula. Nasi arab yang dah siap Pandangan saya - pek nasi arab ini memenuhi citarasa bagi ...

Kek Gula Hangus

Image
Kek Gula Hangus Mama F&F baru siap dikukus. Tekak tiba-tiba teringin sangat nak makan kek gula hangus. Google resepi, balik rumah, godek2 apa yang patut jadilah kek gula hangus -1st time buat. Dah berbulan buat, baru sempat sharing n3. Hasilnya tidaklah mengecewakan kalau kita buat ikut resepi yang diberi. Cuma yang kecewa nya suami dan anak-anak tidak minat dengan kek gula hangus ini. Mungkin rasanya yang agak padat, ataupun sebenarnya family saya tu dah tak larat nak telan kek yang dibuat oleh saya. Ha2..tau dah. Better buat cekodok ke, jemput-jemput ke, laju jer diaorang habiskan. Dah boleh potong-potong untuk makan! I ni kek terakhir dihasilkan time sarat-sarat mengandung 3rd baby. Haritu ada buat apam mekar, yang tu kalau buat kat rumah memang laku sebab anak-anak suka makan. Sekarang mood nak masak pun ke laut dah. Masak yang simple-simple jer untuk makan malam. Kalau tak larat sangat, mintak cuti ihsan masak daripada baba F&F.

Kek Kukus

Image
  Lama tak buat projek bakeri, ini latest percubaan membuat kek. Ini Kek Pelangi Kukus, tapi saya jadikan gabungan vanila & coklat sahaja. Sesuai untuk minum petang, kenduri ataupun sebagai buah tangan bertandang ke rumah sanak saudara.   KEK PELANGI KUKUS (Sumber Google) Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3) · 1 cawan mentega · 1/2 cawan gula kastor · 3 biji telur · ¼ cawan susu pekat · ¼ cawan serikaya · 1½ cawan tepung gandum · 1 sudu kecil serbuk penaik · 1 sudu besar koko · 1 sudu kecil vanila · Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga Cara Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu aduna...

Baking Projek

Image
Antara hasil tangan saya sekitar bulan lepas. Tak sempat nak update projek. Ini menu untuk jamuan makan-makan sempena Majlis perpisahan seorang member ofis tempoh hari. Percubaan pertama menyediakan peach cheese cake. Agak remeh tapi hasilnya tidak menghampakan. Apa yang saya suka cheese cake ini kita tak perlu bakar atas kukus. Cuma langkah agak banyak daripada buat kek biasa. Tapi seronok mencuba, lebih-lebih lagi bila kita buat apa yang kita minat nak buat. Tentulah memberikan kegembiraan dan kepuasan bila lihat hasilnya. Saya share resepi yang saya dapat daripada blog Kwan. Chilled Peach Cheese Cakes Sumber: Resepicitarasawan Bahan Base 250gm digestive biskut - akak guna biskut oreo 100gm mentega cair Adunan Krim Keju 250gm krim keju 90gm gula kastor 1 tin buah peach (asingkan sirap dan buahnya) 120gm peach di potong dadu 100ml sirap peach 1 1/2 sudu besar gelatin halal (brand Nur) 50ml air 1 sudu besar jus lemon 200ml anchor whip cream Cara-ca...

DIY Aiskrim

Image
Memenuhi tempahan cupcakes pelanggan, sempat lagi bershopping acuan aiskrim untuk Fina dan Fiqah di Yummie Bangi. Keluar di waktu rehat hari Jumaat, memang agak semput untuk bershopping. Lebih-lebih lagi, bila bos ada. So, tak boleh balik lewat. Kalau bos tak ada pun sebenarnya kene balik awal juga, cuma tidaklah terlalu mengejar masa yang tepat . Bekas aiskrim potong ini berharga RM3.50 sahaja. Ada 4 acuan sekali dengan batang aiskrim. Cuti hujung minggu saya buatkan aiskrim strawberry bandung untuk Fina dan Fiqah. Suka diaorg dapat aiskrim mama nya buat. Ayat Fina ~ hebatnya mama..ha2..Kagum anak-anak bila mama boleh buat aiskrim sendiri .   Aiskrim strawberry yang sudah siap **Tips untuk keluarkan aiskrim daripada bekas : lalukan dulu bekas aiskrim di air paip dan kemudian baru tarik keluar .   Satu untuk akak Fina Satu untuk baby Fiqah F&F tengah menikmati aiskrim..yumm-yumm   Fiqah, tersenget-senget kepala makan aiskrim...

Masak-memasak

Image
Minggu-minggu berlalu tanpa n3 terbaru. Perlukan sedikit masa untuk menjalani perubahan dan peralihan dalam kerjaya. Tetapi walau apapun kerjaya kita, kerjaya yang ini masih menjadi keutamaan. Kerjaya TUKANG MASAK di rumah, tugas utama demi mengenyangkan perut-perut di rumah.   Berderet-deret masakan simple , cuma ini yang dapat dikongsikan -   Sup Gear-box Baba Sup ikan merah F&F Pasta Mama FF Terasa kalau makan di luar, kurang nikmatnya jika dibandingkan di rumah. Sesekali tak salah bertukar selera dengan masakan di kedai. Cumanya, mungkin 'nikmat' itu kurang sebab apa yang kita makan, kita boleh beli atau dapat dengan mudah. Kalau waktu kecil, jarang-jarang makan di luar, bila dapat nasi ayam atau ABC, itulah yang paling sedap dinikmati.  Saya lah tu . Tetapi apa yang mahal dan tiada gantinya ialah SELERA. Bila tiada atau hilang selera, makanan yang paling sedap pun jadi tidak sedap.   Menjadi seorang ibu, mesti m...

Tiramisu

Image
Lama dah tak mencuba resepi baru. Kali ini saya cuba membuat tiramisu yang senang resepinya. Secara peribadi saya rasa selepas ini kalau saya buat kek ini, saya tidak perlu merendam biskut dalam bancuhan nescafe. Cukup hanya letakkan sedikit bancuhan air di atas biskut sebelum dilapisi dengan adunan cream cheese. Bila rendamkan dengan air nescafe, biskut cepat lembik dan rasa berair pula kek tersebut. Saya lebih suka rasa yang agak kering sebab bila dah dilapisi dengan cream cheese biskut akan lembut setelah disejukkan dalam satu bekas.   Apapun, rasanya tidak mengecewakan untuk percubaan kali pertama. Jika orang yang tak minat nescafe, boleh tukarkan kepada air milo untuk mendapatkan rasa coklat. Lebih sedap jika dimakan setelah disejukkan dalam peti ais semalaman. Saya kongsikan resepi yang saya dapat dari MyResepi Bahan-bahan 2 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers/boudoir 250g cream cheese 250g whipping cream 15...

Masak-masak

Image
Masak-memasak time tiba mood rajin. Antara resepi dan masakan yang terkumpul untuk bulan ini. Strawberry Kek Sukaati Mama Deko ikut citarasa dan untuk Fina yang sibuk nak potong kek.  Letak juga nama Fiqah atas kek walaupun Fiqah tak pandai makan kek. Fruit tart  Hasil kelas di Sri Kembangan bersama Kak Nik. Kelas ini saya hadir bersama Ita member ofis waktu rehat hari Jumaat. Insyaallah, bila dah mahir akan dijadikan salah satu pilihan di AZCUPCAKES . Blueberry dan Strawbery Cheese Tart Juga belajar buat di Kelas Kak Nik. Puding Triffle First time buat, untuk dibawa ke Mesyuarat staff di ofis dan selingan acara makan-makan sempena sambut Ramadhan. Bulan puasa bakal menjelma, target, memasak untuk berbuka dan bersahur setiap hari mengikut apa yang mampu. Harap-harap sempat kerana bulan puasa saya tukar waktu bekerja. Balik jam 4.30 petang dan hendaknya tidak terkandas dalam kesesakan lalulintas.

Apam Pelangi

Image
Asyik buat apam saiz comel2 jer..Sekali sekala, saya buat saiz besar. Isi adunan dalam satu loyang, senang kerja. Kukus sekali sahaja. Ini apam pelangi yang saya buat untuk minum petang semalam. Senang je buat apam ini.  Resepi saya ambil dari MyResepi . Bahan-bahan :  250 gula 200 ml susu segar 300 gm tepung gandum 2 biji telur 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu kecil ovallete Pewarna ikut suka Cara-caranya : Pukul telur dengan gula hingga kembang. Masukkan esen vanilla. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar . Akhir sekali masukkan ovallete. Pukul hingga adunan menjadi ringan. Bahagikan adunan, dan warnakan ikut warna yang disukai. Kukus hingga masak. Boleh juga letak dalam cup kertas untuk saiz apam yang kecil-kecil.

Puding Roti

Image
Hilangkan stress dengan memasak;) Dah lama nak cuba buat puding roti. Last makan puding roti, masa jamuan makan-makan kat unit di ofis. Puan Norizan bawa sebekas puding roti untuk santapan unit. Yummy, memang sedap rasanya. Kalau makan orang punya memang sedap berganda-ganda kan . Bahan semua dah cukup, jadi mulakan operasi di dapur. Bakar dalam oven gunakan mangkuk giaccomo  yang paling laris di ofis.  Bahan-bahan Untuk puding : 250 ml susu segar 4 keping roti 2 sudu makan gula halus* 1 sudu makan mentega* 1 biji telur* 1 sudu teh esen vanilla* 1 sudu kecil tepung jagung* 1 sudu besar kismis hitam* bahan * gaul rata dan kacau Untuk sos kastad : 1 tin susu cair 2 sudu makan tepung kastad 2 sudu makan gula Caranya:- Rendamkan roti yang dipotong 4 bersama susu segara selama 1/2 jam di dalam loyang. Tuang bahan yang telah digaul rata *. Bakar dalam ketuhar suhu 180 darjah selama 1/2 jam atau hingga masak. Untuk sos kastad, gaul rata kesemua bahan dan didihkan seb...

Kek Marble

Resepi kek marble/kek mentega untuk oleh makngah . 250 gram mentega/marjerin 1 1/2 cawan gula pasir halus 5 biji telur 2 sudu kecil esen vanila 3 cawan tepung gandum 1 1/2 sudu kecil baking powder 1 cawan susu full cream milk (wrn biru) Cara-caranya:- Pukul mentega+gula hingga kembang Masukkan telur Masukkan esen vanila Masukkan tepung selang seli dengan susu. Kalau mula tepung, akhir pun tepung. Pastu letakkan pewarna yang suka, nak buat rainbow kek boleh, nak belang-belang dengan warna coklat pun boleh, letakkan serbuk koko secukup rasa. Siap untuk masuk dalam LLT makngah! Selamat mencuba.

Santapan

Image
Carbonara Pasta untuk santapan tengahari dan teringin makan kek yang arwah mak buat dulu-dulu. Kek Marble Mentega + koko untuk santapan minum petang. Ngah , dah rasmi lum loyang ayan lubang tengah ko tu.

Masak memasak

Image
Hari memasak di bulan puasa bagaikan memasuki pertandingan memasak rasanya. Masak ikut time. 20-25 minit kena siap juadahnya. Semalam saya masak Bihun Singapore. Bihun dah saya rendam sebelum pergi kerja. Cuma bahan-bahan lain kena sediakan seperti biasa. Fuh, berpeluh acik bertungkus lumus memasak ontime. Hi2.. Bihun Singapore - saya nak tukarkan namanya ke Bihun Pelangi Semenyih :) Bahan-bahan: Bihun-bawang putih-serbuk lada hitam-sedikit sos tiram-garam-udang-fish ball-carrot-sawi-cendawan butang Cara-cara: Tumiskan bawang putih yang telah ditumbuk-masukkan udang- sedikit sos tiram-fish ball-garam-selepas 2 minit masukkan pula sayur (carrot, sawi&cendawan)-masukkan bihun dan gaul hingga bihun masak-siap- Berbuka juga dengan Kuih buah Melaka dari kaklong. (terima kasih daun keladi, lain kali boleh bagi lagi !) Selepas berbuka puasa, saya masak nasi dan lauk untuk makan malam dan sahur. Simple jer, kacang goreng + hati ayam, ikan goreng dan ikan masin. Lepas tu baru boleh berehat...

Sajian baru

Image
Sajikan sajian masakan terbaru untuk keluarga tersayang. Tambahkan skill memasak dengan resepi-resepi terbaru dari SAJI ONLINE . Tapi kita-kita ni, memang rajin cari dan kumpul resepi. Bila masak, alik2 sama je menunya (aciklah tuh). Sebenarnya, saya berangan-angan dan teringin sangat nak buat biskut/kek raya sendiri tahun ini. Tak taulah menjadi kenyataan ke tidak. Nak cuba buat resepi yang simple2 sahaja. Kalau tak menjadi, resepi tunjuk2 je lah kat kedai jawabnya.

Puasa

Image
Congak-congak, lebih kurang 4 bulan lagi munculnya Ramadhan. Cukuplah saya buat puasa ganti 2 hari sebulan untuk bayar 8 hari yang kena ganti. Asyik tertangguh je nak puasa. Bila dah dekat-dekat Ramadhan, baru nak ganti. Rasa menyesal pula tak buat puasa nam masa lepas Raya hari tu. Hari ini start hari pertama ganti puasa. Target, hari Khamis ni pun nak puasa gak. Pastu sambung bulan depan. Setakat pagi ni, masih mampu bertahan. Cuma tekak rasa kering sikit. Maklumlah dah biasa minum air banyak. Pam susu macam biasa. Pagi tadi dapat 5oz sesi pagi. Petang nanti pam lagi sekali. Harap-harap saya boleh bertahan hingga ke Maghrib. Rasa sekarang ni, Maghrib macam lewat je masuk. Jenuh nak tunggu. Bila dah puasa, mulalah tekak teringin nak makan macam-macam. Balik ni saya dah fikirkan 1 menu yang cepat dan mudah dimasak. Google resepi, saya jumpa resepi SIAKAP STIM SEMPOI. Memandangkan kukus tak de, masak dalam kuali je lah.Sempatlah saya masak pukul 7 mlm. Lepas tu, time Maghrib jer ngam-ng...