29 April 2013

Masak-memasak

Minggu-minggu berlalu tanpa n3 terbaru. Perlukan sedikit masa untuk menjalani perubahan dan peralihan dalam kerjaya. Tetapi walau apapun kerjaya kita, kerjaya yang ini masih menjadi keutamaan. Kerjaya TUKANG MASAK di rumah, tugas utama demi mengenyangkan perut-perut di rumah.
 
Berderet-deret masakan simple, cuma ini yang dapat dikongsikan -
 
Sup Gear-box Baba

Sup ikan merah F&F

Pasta Mama FF
Terasa kalau makan di luar, kurang nikmatnya jika dibandingkan di rumah. Sesekali tak salah bertukar selera dengan masakan di kedai. Cumanya, mungkin 'nikmat' itu kurang sebab apa yang kita makan, kita boleh beli atau dapat dengan mudah. Kalau waktu kecil, jarang-jarang makan di luar, bila dapat nasi ayam atau ABC, itulah yang paling sedap dinikmati. Saya lah tu. Tetapi apa yang mahal dan tiada gantinya ialah SELERA. Bila tiada atau hilang selera, makanan yang paling sedap pun jadi tidak sedap.
 
Menjadi seorang ibu, mesti multi-tasking. Boleh buat banyak benda dalam suatu masa. Hebatnya Allah menciptakan kita sebagai seorang ibu. Rasa begitu banyak kudrat yang digunakan bila celik mata di Subuh hari sehingganya terbenam matahari, masih banyak tugasan yang menanti dan perlu direalisasikan dengan apa cara sekalipun.
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails