Hari Raya Aidilfitri 2016
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk meraikan Aidilfitri ini bersama keluarga dan insan tersayang dalam hidup. Tahun ini turn beraya di Terengganu. Kami balik awal 5 hari sebelum tarikh Hari Raya disambut. Hajatnya nak berbuka puasa di kampung bersama keluarga mertua di sana. Raya ini, kali pertama abang cadangkan untuk balik kedua-dua belah kampung. Itu pun kerana turn Raya Haji nanti kami akan pulang ke Terengganu seminggu untuk meraikan Majlis Pernikahan adik bongsu perempuan abang saya dan terus meraikan Hari Raya Haji di sana. Menu Raya hasil air tangan ibu mertua tahun ini ialah Nasi Dagang Terengganu dan sudah tentu lauknya gulai ikan aya. Selain itu menu wajib ialah ketupat daun palas dan juga tapai. Bergambar di pagi raya adalah satu perkara yang masih mencabar. Ha2, susah betul nak suruh anak-anak berpossing dengan sopan santun. Jadi gambar ini sahaja yang berjaya dirakamkan. 1 Syawal 1437H Fina-Fiqah-Fittriah pagi raya Petangnya selepa...