Posts

Showing posts with the label blog azcupcakes

Cupcakes dan Kek Pelangi

Image
Tengok bahan-bahan dari Kelas Azcupcakes Sabtu lepas ada lebih, jadi tiba-tiba mood rajin untuk buat cupcakes pula. Dah agak lama tak membakar cupcakes. Jadi masa untuk warm up enjin. Terhasillah 2 jenis cupcakes ini : Bluebery Cupcakes  Cupcakes Pelangi Tak banyak pun buat, adalah 20 pcs. Beri pada jiran sebelah rumah satu bekas.  Sebenarnya tak bancuh adunan lain-lain. Satu adunan yang sama dengan Kek Pelangi yang saya buat. Cuma bagi cupcakes bluebery, letakkan filing bluebery di dalamnya. Saya suka hasilkan cupcakes kerana masa membakar lebih sekejap jika dibandingkan dengan kek biasa, kena tunggu 1 jam baru masak. 15 minit dah siap bakar dan boleh dimakan dengan saiz yang kecil. Tak perlu potong-potong dan nak check dah masak ke belum- cucuk lagi -dah masak ke belum. Serta ini Kek Pelangi yang sedang dibakar untuk dibawa balik ke Terengganu. Telah selamat sampai ke Terengganu jam 5.40 pagi semalam. Insyaallah, esok kami akan adakan Majlis Akikah untuk Fiqa...

Dapur TPS

Image
Mama F&F telah hampir seminggu pulang ke TPS. Sunyi sahaja blog, tak ada idea untuk menaip n3 baru. Lagipun rutin biasa hari-hari di rumah dengan sibuk melayan puteri F&F dari pagi hingga ke malam. Dah lama tak bersilat di dapur, jadi minggu ini mood rajin kembali. Buat resepi yang ada stok bahan-bahan di dapur TPS ini . Ladybirds with love for FINA Donut Ball Baba Apam Mekar Mama Telah dinikmati dengan kenyang oleh duta khas AZCUPCAKES   . Sentiasa sedia membantu mamanya setiap masa. Hilang penat kalau lihat anak-anak suka makan masakan kita;)   AZCUPCAKES akan mula beroperasi pertengahan Mac 2012 ini. Tempahan dibuka untuk cupcakes sahaja.   

Iklan

Image
Warna warni cupcakes untuk sambutan majlis istimewa. 100% halal dan homemade. Berminat untuk tempahan. Sila lawati azcupcakes untuk maklumat lanjut.

Sugarflours

Image
Jumaat lepas, setelah mendapat info daripada rakan sepejabat, saya ke Alamanda. Ada pameran kek katanya. Ingatkan nak cari peralatan yang sesuai untuk deko kek. Tapi bila tengok harganya yang mencecah ratusan rm, terus tutup mata. Pameran ini dianjurkan oleh SUGARFLOURS Sangat cantik dan kreatif kek-kek yang dihasilkan. Kebanyakannya sesuai untuk Majlis Perkahwinan. Ini antara gambar-gambar yang sempat diambil. Rasa seronok kerana dapat melihat sendiri kek-kek disana. Terlalu cantik hingga timbul rasa sayang kalau nak potong kek tersebut.

CC Hantaran

Image
Dari pagi cuba update blog Azcupcake . Tak boleh nak buat n3 baru dan masukkan gambar. Tak tahu punca masalahnya. Naimi, sila bantu:) Nasib baik blog Mama Fina masih beroperasi dengan lancar. Sebelum bermula cuti hujung minggu dan hidup tanpa bekalan berukband yang telah diterminate, saya update gambar terbaru tempahan cupcakes dari member ofis. Cupcakes untuk hantaran tunang. Tema hijau & cream. First time buat cc untuk hantaran. Seronok pula bila tengok hasilnya. Cc ini nak dibawa balik ke Perak. Tahniah & Selamat Bertunang untuk Ayu & Faiz .

azcupcakes.blogspot.com

Memandangkan blog ini tujuan asalnya sebagai perkongsian mengenai pengalaman saya semasa menjayakan BF dan perkembangan pembesaran Fina dari tahun ke tahun, jadi saya rasa lebih baik saya wujudkan satu blog khas yang ada kaitan dengan minat baru saya dalam bidang kek dan cupcakes. Secara rasminya saya 'melancarkan' blog AZCUPCAKES.BLOGSPOT.COM . Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan harga kek/cupcakes, sila emel ke azlizacakes@yahoo.com . Blog ini masih dalam pembinaan dan dalam proses penambahbaikan. Doakan saya maju jaya dalam bidang ini.