Posts

Showing posts from December, 2011

40 minggu

Bayi Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain. Anda Anda mula terasa tanda-tanda sebelum bersalin: sakit belakang, sakit seolah-olah senggugut, pergerakan perlahan usus, kontraksi dan pecah ketuban. Dalam pada itu akan ada perasaan takut untuk bersalin dan ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk meneran. ******************************************************************** Memasuki minggu akhir dan hari terakhir bekerja hari ini. Insyaallah, minggu depan genap 40 minggu 2nd baby dalam kandungan saya. Tiada tanda-tanda besar lagi menunjukkan saya perlu ke hospital untuk bersalin. Cuma tanda-tanda kecil sudah ada. Lebih kurang 4 hari lagi menjelang tarikh jangkaan bersalin. Beg mama dan beg baby dah standby dalam kereta. Manalah tau, tiba-tiba terasa  sakit nak bersalin, boleh terus ke KPMC. Tak perlu balik ke Semenyih dahulu untuk mengambil apa yang patut. Hari terakhir,

39 minggu

Image
Bayi Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu. Anda Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital. ********************************************** Iya, saya masih boleh berjalan ke ofis dan meneruskan rutin harian seperti biasa. Cuma pergerakan semakin perlahan kerana rasa cepat letih dan tak larat bila buat kerja banyak-banyak atau berjalan laju. Dah macam kura-kura, slow jer. Kalau minggu ini tak bersalin lagi, dah plan lepas 26 Disember ni nak mintak MC kat doktor. Nak berehat kat rumahlah.   Teringat bila tonton rancangan Halaqah minggu lepas. Keajaiban alam janin rasanya tajuk tersebut. Prof tu cakap, proses kelahiran sama juga konsepnya dengan saat-saat kematian. Kita tak boleh jangka bila ianya akan berlaku. Bila-bila masa dan di mana jua yang Allah telah tetapkan. Kalau ditakdirkan ma

Sterilize

Image
Operasi mencuci dan sterilize botol-botol susu yang akan digunakan untuk mengisi stok EBM nanti. Mula-mula, masukkan botol susu dalam sinki. Isi air hingga penuh. Kemudian saya letakkan sedikit pencuci khas jenama Pureen ini. Rendam mengikut lama mana yang kita suka.  Ini bahagian part pam Medela FS. Cuci bahagian corong dan part yang akan digunakan nanti. Setelah rendam, bolehlah cuci dengan air biasa untuk menghilangkan baunya. Kalau rajin, boleh bilas menggunakan air panas. Dibiarkan kering dan simpan di tempat yang sesuai. Siap untuk digunakan selepas bersalin nanti. Ada pil sterilize pureen yang dijual juga boleh digunakan. Tapi sebab kebanyakan botol susu saya ini baru dibeli, jadi saya tak guna pil sterilize itu. Nanti lepas dah banyak kali guna botol susu ini, boleh guna semula stok pil sterilize yang ada masa Fina BF dahulu.

Shopping

Image
Selagi belum bersalin, saya masih boleh bershopping on9. Menjimatkan tenaga untuk bergerak dan memudahkan pelanggan. Sekarang ini, servis penghantarannya pun memuaskan hati. Hari ini order, esok dah dapat. Kali ini saya bershopping on9 di salah satu blog yang menjual banyak barangan yg sesuai untuk ibu-ibu BF. Enjoy Breastfeed Ada member ofis beli set pam, so kirim beli liner ini sekali. Kalau ada member-member yang baru nak beli pam, memang saya cadangkan beli di blog ini. Harganya lebih murah dan berpatutan jika dibandingkan dengan harga pasaran yang berada di luar. Sekarang ini lagi banyak pilihan dan barangan BF yang dijual. Cuma perlu pandai memilih dan tahu apa yang perlu dibeli mengikut bajet dan tentunya kemudahan yang digunakan untuk jangkamasa panjang. Liner Autumz ini jenis zip-lock dan tak payah nak ikat dengan getah seperti jenama You Have A Baby yang pernah saya guna sebelum ini. Rasa-rasanya dah complete gajet dan barangan lain yang saya sediakan dan beli untuk memb

Nilai Seutas Gelang Emas

Nilai Seutas Gelang Emas Hati tersentuh, apabila membaca artikel ini . Moga niat yang baik, akan diberikan juga ganjaran kebaikan. Bukan untuk 'bermegah' atau sengaja 'menghabiskan' wang untuk bersalin di hospital swasta. Cuma apa yang tersirat di hati, setiap perkara yang kita yakin betul dengan pilihan tersebut, insyaallah akan diberkati dan diredhai terutamanya jika perbuatan tersebut direstui oleh suami tersayang. Doa saya, moga redha Allah dan suami mengiringi proses saya untuk melahirkan seorang mujahid kecil ke dunia ini. Amin.

Berpantang Cara Alami

Image
Bagi ibu-ibu  yang sedang hamil, ini adalah salah satu buku yang saya syorkan anda memilikinya. Harganya berpatutan dan isi kandungan yang ringkas dan padat. Sesuai untuk bakal ibu baru dan juga ibu yang telah beberapa kali bersalin . Antara isi kandungannya ialah cara-cara berpantang Melayu turun temurun ~ berurut, bertangas, bertungku, mandi herba dan lain-lain ilmu yang merangkumi penjagaan selepas bersalin. Serta panduan lengkap bagi menjayakan penyusuan susu ibu. Bagaimana mengendalikan susu perahan setelah bekerja bagi ibu yang bekerjaya dan tips-tips yang sesuai dijadikan panduan asas BF.   Dan tidak lupa, 32 resepi berpantang yang enak dan berkhasiat. Sangat sesuai untuk dijadikan panduan am untuk suami saya tersayang. Pelbagai resepi yang mudah disediakan. Confirm tak rugi bila beli buku ini. Pic from google

38 minggu

Image
Bayi Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya. Anda Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin. ***************************************************** Usia kandungan saya telah memasuki 2 minggu akhir kehamilan. Minggu ini telah genap 38 minggu. Nampaknya 2nd baby masih ingin 'berehat-rehat' dalam perut mama nya. Belum ada tanda-tanda ketara yang menunjukkan saya perlu ke hospital untuk bersalin. Tanda-tanda awal seperti ini telah saya alami minggu ini.   Bayi turun ke bawah.Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa: sakit di bahagian kelangkang ke

Kiriman dari Tanah Suci

Image
Jumaat lepas abang ipar dan kakak ipar yang tinggal di Kajang datang ke rumah. Menyampaikan kiriman barang-barang dari mak mertua saya yang telah balik dari Tanah Suci Makkah awal bulan haritu. Terima kasih mak:) Ada air zamzam, kurma, kismis, kacang, Kain Nama Allah, gelang, cincin, jubah, baju fina, tudung fina, kopiah, set teko dan cawan kecil.  99 Nama Allah   Tempat gantung dalam kereta, gelang dan cincin. Serta untuk memudahkan bersalin nanti, akar fatimah. Mak pesan suruh rendam bila dah ada tanda-tanda nak bersalin. Minum airnya. Bila dah kembang akar ini, insyaallah, mudah bersalin. Fina dah rasmikan tudung dan baju yang nenek beli di Makkah. Alhamdulillah, tercapai hajat mak dan ayah mertua saya tahun ini. Moga memperolehi Haji  yang Mabrur. 

Prosperity

Image
2nd baby masih belum menunjukkan tanda-tanda ingin keluar daripada perut saya. Biarlah keluar setelah sampai tempoh due date nya, selepas Krismas. Rabu lepas, dah rasa sakit perut sikit-sikit. Tapi rasanya sebab makan durian kot. Bukannya sebab nak bersalin.  Jadi waktu rehat tadi, sempat lagi menikmati makanan sebelum 'berpantang'. Prosperity Burger McD Tapi, kenapa saya rasa daging burger McD ni semakin bersaiz kecil. Kalau mula-mula keluar dulu, besar dan penuh dengan sos black paper. Sekarang ni, sos nya pun tak meriah.  Semalam order barang di Autumz dan hari ini telah dapat barang yang dibeli. Cepat servisnya. Dan, kena check semula senarai barang yang perlu dibeli sebelum berpantang...Rasanya dah hampir selesai semua list. Akan cuba diselesaikan minggu ini, sebelum mula bercuti panjang.

Autumnz

Image
Bershopping on9  di Autumnz .   Pembelian atas rm50 percuma penghantaran. Ada yang berkenan di hati dan akan dihantar sebelum bersalin hendaknya. Zaman sekarang ini, pilihan di hujung jari dan memudahkan pelanggan. Cuma sediakan duitnya dan tahu apa yang perlu dibeli atau tidak.

50 sen

Image
Mama :  Siapa Nur Azwa Safrina? Fina :  Saya mama (sambil angkat tangan) Mama : Awak berapa tahun? Fina : Tige' (tiga, sambil  tunjuk jari 2) Mama  :  Awak sekolah kat mana? Fina  : Ofis mama. Ikan ape : Ikan Fish Kuda ape : Kuda hoo Kaki kenapa : Kene ekzos baba... Kecik-kecik dah berparut kaki kene ekzos motor. Tapi Fina ok jer, tak pula mengadu sakit kaki. Makan masa 2-3 minggu juga nak kering luka melecur. Semalam baba nya dah beli krim untuk sapu. Biar cepat sembuh luka kaki Fina yang sebesar syiling 50sen itu. 

37 minggu

Image
Bayi Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan. Anda Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin. ******************************************************** Telah memasuki waktu/minggu 'standby' dan boleh bersalin bila-bila masa. Lebih kurang 2 minggu lebih sahaja sebelum tiba ke tarikh dijangka bersalin. Samaada selepas Krismas ataupun kalau 2nd baby ni nak lahir 2012, lahir time public holiday tahun baru 1/1/2012.  Dah sama dengan tarikh lahir Fina yang lahir di tahun baru 2009. Tapi tak kisahlah, nak lahir bila, asalkan saya dan baby selamat. Bila dah sampai masanya, tak boleh tunggu-tunggu lagi dah. Perasaan, tentulah sedikit

2 Tahun 11 bulan

Image
Sedar tak sedar, lebih kurang beberapa minggu lagi Fina akan berusia 3 tahun. Makin besar anak mama. Update cerita Fina: Akhirnya, dah penuh gusi Fina dengan gigi-giginya yang malu-malu kucing nak keluar. Gigi belah bawah dah tumbuh 3 batang. Tapi masih belum tumbuh habis, baru keluar separuh. Dah nak 3 tahun baru penuh gigi. Orang lain, dah nak tukar gigi baru dah. Suka menyanyi lagu air pasang dalam, burung kakak tua, 1Msia dan tengok VCD lagu kanak-kanak, citer Magika yang akan dipasang hari-hari. Makin fasih bercakap, tapi masih tak pandai nak cakap nak buang air kecil & air besar. Pakai pampers lagi. Sangat manja dan kuat merajuk sejak-sejak nak dapat adik baru ini. Sekarang ini, gelar diri 'adik'. Kalau cakap, 'adik, nak tu'.   Kadang-kadang rajin tolong mama buat kerja rumah, susun pinggan, lipat baju, sidai baju, moop lantai. Suka naik basikal laju-laju dalam rumah. Baru baik daripada selsema dan tak ada suara.

Haji

Image
Alhamdulillah, mak dan ayah mertua saya telah selamat pulang ke tanahair jam 1 pagi tadi. Turun terus di Lapangan Terbang Terengganu. Ramai adik beradik yang pulang ke kampung menyambut kepulangan mereka. Keadaan saya tidak mengizinkan saya pulang ke sana. Insyaallah, panjang umur kami akan berjumpa. Moga mendapat keberkatan dan terus dirahmati kehidupan seterusnya setelah selamat menunaikan rukun Islam kelima ini.  

36 MINGGU

Image
Bayi Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. Anda Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang. ************************************************************ Setelah menunggu dari jam 6 petang hingga ke jam 8.00 malam di Hospital Serdang, saya dibenarkan balik. Alhamdulillah. Tak perlu tidur wad malam tersebut. Lagipun, seriau jer nak duduk hospital. Walaupun setakat scan perut, tapi perasaan takut dan bimbang tetap ada. Risau dengan keadaan baby dalam perut. Sebagai seorang ibu yang telah mengandung selama 8 bulan, tentulah saya inginkan bayi saya selamat dan dilahirkan sempurna. Kecuali atas kehendak Allah, ditakdirkan saya me

MC

Image
Semalam temujanji pemeriksaan kesihatan di Klinik Desa Rinching. Awal pagi dah pergi. Fina tinggal dengan baba nya di rumah. Ramai pula yang menunggu. Hari ini kena jumpa doktor sebab masuk minggu-minggu akhir kehamilan. Minggu ini kandungan saya telah memasuki 36 minggu. Penuh sangat pelanggan sampai tak ada tempat duduk yang kosong. Ramai juga yang datang untuk check ibu dan baby yang telah cukup sebulan dalam pantang. Check result : Berat : 61.5 kg Tekanan darah : 110/60 Gula : Blue HB : Tak buat, stok tak ada Jantung baby : 151 Semuanya nampak ok, tak ada masalah. Bila jumpa Dr. Siti Zaleha, disuruhnya saya ke Klinik Kesihatan Beranang untuk detail scan pada waktu petang. Kat Klinik Desa Rinching, tak ada mesin scan. Macam ada tak kena dengan berat baby katanya. Doktor bagi saya MC untuk hadir temujanji petang nanti. Jadi petangnya saya dan Fina ke Klinik Kesihatan Beranang untuk detail scan. Baba Fina masuk kerja. Sebab jumpa doktor atas temujanji sahaja, jadi tak rama

Bagan Lalang

Image
Tak pernah lagi sampai ke Bagan Lalang. Hasrat dihati nak makan seafood fresh. Nak ke Umbai/Alai, Melaka, tak sempat dah nak berjalan jauh-jauh time sarat-sarat ini. Jadi plan ke Bagan Lalang jer. Dah lewat petang sampai di tepi pantai. Perjalanan dari Semenyih ke Bagan Lalang, lebih kurang 1 jam. Air laut keruh, mungkin masa kami pergi selepas hujan. Fina sukalah dapat tengok laut. Fina bergambar dengan mama yang semakin 'membesar' dan dengan baba pula. Menceceh je mulut anak dara tu. Selepas berjalan-jalan di pantai, seterusnya ke restoran yang dicadangkan oleh member saya Ita, cari seafood untuk makan malam. Kali ini tak nak makan ikan, nak cari seafood lain. Memang penuh restoran tu. Makanan laut, boleh pilih dulu, kemudian timbang dan beritahu nak dimasak apa.  Jadi saya pilih ketam masak merah, udang goreng butter, sotong goreng tepung, lala masak serai dan juga sup sayur . Rasa makanan boleh tahan dan memang fresh. Lain kali, bila 2nd baby ni dah besar sikit, bole