38 minggu


Bayi
Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.

Anda
Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

*****************************************************

Usia kandungan saya telah memasuki 2 minggu akhir kehamilan. Minggu ini telah genap 38 minggu. Nampaknya 2nd baby masih ingin 'berehat-rehat' dalam perut mama nya. Belum ada tanda-tanda ketara yang menunjukkan saya perlu ke hospital untuk bersalin. Tanda-tanda awal seperti ini telah saya alami minggu ini.
 
Bayi turun ke bawah.Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
Sumber : Blog Ibu Hamil


Masih dalam keadaan bersedia bila-bila masa sekiranya ada tanda-tanda hampir bersalin yang biasa. Semalam ke KPMC untuk temujanji dengan Doktor Anita. Alhamdulillah, 2nd baby telah bertambah berat badannya ke 2.6kg minggu ini. Doktor kata, saiznya normal dan tiada masalah lain. Air ketuban masih mencukupi dan kepala 2nd baby telah ke bawah dan memasuki kawasan pelvis. Doktor tanya, saya nak check 'jalan' tak. Mana tau, kalau-kalau dah terbuka. Tapi saya rasa belum tiba masanya lagi, tak naklah kene seluk bila belum bersedia ni. Taulah perasaan kalau kena check jalan. Tak best langsung kan. Itulah wanita, nak tak nak, kena hadapi saat-saat nak bersalin nanti. Redha je lah.
 
Tiada lagi yang tersirat di hati ini, kecuali berdoa agar proses bersalin kali ini dipermudahkan oleh-Nya. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu