Posts

Showing posts from October, 2012

F&F

Image
Akak Fina dan adik Fiqah akan pulang ke kampung beraya haji di Terengganu tahun ini. Insyaallah, malam esok kami akan pulang ke kampung. Sudah tentu menu daging menjadi menu wajib setiap hari di rumah nenek dan tok ayah memandangkan tahun ini 2 ekor lembu akan dikorbankan.Alhamdulillah;)   Bila Fiqah dah pass merangkak, memang susah nak tangkap gambar bersama akaknya. Kalau gambar Fiqah ok, Fina pula tak ok, bila Fina possing, Fiqah pula bergerak. Agak sukar untuk mendapatkan gambar yang dua-dua berpossing baik depan camera. Lebih-lebih lagi, guna camera hfon saya yang tak berapa nak canggih ni. Lagilah gambar kejap kelabu, kejap terang. Ini antara gambar terbaru F&F. Dah seiras pula muka dua beradik ini. Cuma yang bezanya Fina rambut kerinting, Fiqah rambut lurus dan belum lebat rambutnya. Mata sepet sama, hidung kecil sama, mulut lain sikit. Fina ikut mulut babanya. Sejak Fiqah dah melasak ini, pandai bermain dengan akak nya. 2 -3 hari ini sibuk main kuda-kuda denga

Tiramisu

Image
Lama dah tak mencuba resepi baru. Kali ini saya cuba membuat tiramisu yang senang resepinya. Secara peribadi saya rasa selepas ini kalau saya buat kek ini, saya tidak perlu merendam biskut dalam bancuhan nescafe. Cukup hanya letakkan sedikit bancuhan air di atas biskut sebelum dilapisi dengan adunan cream cheese. Bila rendamkan dengan air nescafe, biskut cepat lembik dan rasa berair pula kek tersebut. Saya lebih suka rasa yang agak kering sebab bila dah dilapisi dengan cream cheese biskut akan lembut setelah disejukkan dalam satu bekas.   Apapun, rasanya tidak mengecewakan untuk percubaan kali pertama. Jika orang yang tak minat nescafe, boleh tukarkan kepada air milo untuk mendapatkan rasa coklat. Lebih sedap jika dimakan setelah disejukkan dalam peti ais semalaman. Saya kongsikan resepi yang saya dapat dari MyResepi Bahan-bahan 2 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers/boudoir 250g cream cheese 250g whipping cream 150g gula halus 

Port

Image
Saya dah kuat dan laju merangkak. Bila mama ke dapur, saya ikut. Bila mama masuk bilik, saya ikut.  Bila mama nak keluar kat pintu luar, saya nak ikut juga. Saya jumpa 'sesuatu' di lantai, saya kuis dengan tangan. Cepat-cepat mama ambil saya, takut saya masukkan dalam mulut. Bila mama tak layan saya, selamba jer saya menangis suh ambil saya. hi2.. Saya dah pass lesen P! Antara port kegemaran saya di rumah ialah bermain di kabinet tv. Sesekali, kepala saya kena cermin kabinet tv. Tapi saya tak rasa apa pun, sebab mama tak nampak saya. Kalau mama nampak, baru saya rasa sakit.  Sayalah model kabinet tv hitam menawan ini. Port seterusnya saya suka main di bawah meja makan. Selalunya alas meja makan tu yang buat saya teruja. Silap-silap saya boleh masuk bawah meja sekali tau. Rasa macam best jer bila duduk kat celah-celah kaki kerusi. Bilalah saya boleh duduk atas kerusi ni??? Ini pula port terbaru saya. Berdiri di tepi tangga. Tunggulah saya terror memanjat

Hari Raya 2012

Image
Fina tengah makan biskut raya depan rumah nenek.   Sebelum Raya Haji menjelang, lebihlah baik update n3 mengenai Raya Aidilfitri tahun ini.  Seminggu kami di kampung, sempat berbuka puasa 2 hari di Terengganu. Kali ini tak berjalan sangat, pergi beraya di rumah jiran, ke rumah akak ipar, mak saudara dan ke kenduri kahwin di bandar. Tak beraya ke Kelantan pun seperti raya-raya sebelumnya. Saya pun tak tahu kenapa tak raya ke Kelantan tahun ini. Mungkin baba F&F ada jawapannya.     Fiqah dan baba di pagi raya. Tahun ini adik beradik abang yang berkumpul di pagi raya ialah keluarga abang ngah dari Johor, Azli dari Johor juga, Nurul dan Fida dari KL, Dik Yie duk Kuantan, Azira duk Terengganu dan juga Anas yang memang duk kampung. Keluarga Kak Ti Setapak yang tak balik tahun ini. Jarang-jarang sekali dapat berkumpul 13 orang adik beradik abang sekali gus di pagi raya. Ada yang balik selepas beraya di rumah mertua.   Dengan keluarga abang ngah dan juga Ciksu Fida. Ana

Fiqah 9 bulan

Image
Cik Fiqah saya dah genap 9 bulan. Minggu lepas ke Klinik Desa Rinching untuk checkup. Kali ini hanya untuk timbang sahaja. Tiada suntikan yang perlu diambil untuk baby berusia 9 bulan. Alhamdulillah, Fiqah membesar dengan sihat. Walaupun tidak se'bambam' Fina masa kecil, tapi Fiqah jarang sakit dan jarang meragam. Cumanya sejak dah kenal orang, memang tak boleh tinggalkan dia seorang. Mesti nak berpegang atau nak berteman bila duduk kat rumah. Kalau tinggal, menangis lah jawabnya.   Fiqah baru sembuh daripada demam panas minggu lepas. Jumaat malam panas sangat badannya, nasib baik esoknya demam dah kebah. Rasanya ini kali kedua Fiqah demam. Dan penyebab dia demam sebab nak tumbuh gigi. Fiqah dah ada 2 batang gigi belah bawah. Dah pandai merangkak dan bermain-main dengan akak Fina nya. Fiqah: Tepi sikit akak fina, mama nak tangkap gambar Fiqah ni.. Fina : Mama, baby buat akak ina... Timbang tempoh hari berat Fiqah dah 8.2 kg. Masih fully bf dan kuat makan. Tak b