Hari Raya 2012

Fina tengah makan biskut raya depan rumah nenek.
 
Sebelum Raya Haji menjelang, lebihlah baik update n3 mengenai Raya Aidilfitri tahun ini.  Seminggu kami di kampung, sempat berbuka puasa 2 hari di Terengganu. Kali ini tak berjalan sangat, pergi beraya di rumah jiran, ke rumah akak ipar, mak saudara dan ke kenduri kahwin di bandar. Tak beraya ke Kelantan pun seperti raya-raya sebelumnya. Saya pun tak tahu kenapa tak raya ke Kelantan tahun ini. Mungkin baba F&F ada jawapannya. 
 
Fiqah dan baba di pagi raya.
Tahun ini adik beradik abang yang berkumpul di pagi raya ialah keluarga abang ngah dari Johor, Azli dari Johor juga, Nurul dan Fida dari KL, Dik Yie duk Kuantan, Azira duk Terengganu dan juga Anas yang memang duk kampung. Keluarga Kak Ti Setapak yang tak balik tahun ini. Jarang-jarang sekali dapat berkumpul 13 orang adik beradik abang sekali gus di pagi raya. Ada yang balik selepas beraya di rumah mertua.
 
Dengan keluarga abang ngah dan juga Ciksu Fida. Anak-anaknya semua girl2.


Bergambar pula dengan Ciksu Fida.
 
Tengahari raya, Aiza dan Pokne pula yang beraya di rumah mak. Adik ipar yang duduk di Pasir Mas -Ita, balik raya ketiga. Bolehlah Fina main dengan akak Umairah dan abang Hakam.
Abang long dan keluarga yang duduk di Pasir Tumbuh Kelantan balik setelah beberapa hari raya. Jadi sempatlah berjumpa dengan adik beradik belah abang semua, kecuali Kak Ti yang beraya di Gombak.

Bersama Acik Ita, Makteh Ira, Hakam dan Umairah
 
 
Fiqah bersama Makteh Ira, nenek dan abang Hakam.
Jumaat sebelum balik ke Semenyih, paginya keluar bersama ipar-ipar Kak Na, Nurul dan Fida. Ira yang drive kereta. Kami ke pasar tani pantai Penarik dan bawa Fina yang sibuk nak tengok laut. Sebelum balik, singgah makan udang goreng tepung di kedai tepi pantai. Dan pergi ke rumah adik Kak Na yang duduk berhampiran area jalan pantai tersebut. Lebih kurang pukul 2 lebih kami semua balik ke rumah. Petangnya selepas Asar kami sekeluarga bertolak balik ke Semenyih dan singgah beraya di rumah kawan abang yang sama belajar masa di KUSZA dulu. Kira jejak kasih setelah bertahun tak jumpa. Kalau tak silap di area Bukit Payung. Tak lupa, acara wajib ialah membeli keropok lekor dan keropok keping untuk dibawa balik. Singgah kedai tepi jalan sahaja. Dah lama tak bershopping di Pasar Payang bila balik kampung, lebih-lebih lagi kalau lalu Lebuhraya Pantai Timur. Bila free bernasib baik barulah encik suami ingin melayan isterinya bershopping.

Makde dan Fina berpossing tengah panas di tepi pantai.

Begitulah sedikit cerita raya di Terengganu yang ingin dikongsikan. Insyaallah, Raya Haji ini kami akan pulang berhari raya di Terengganu. Dan doakan mak mertua saya cepat sembuh daripada penyakit. Minggu lepas kami pecahkan rekod balik ke Terengganu
Balik ke sana Sabtu pagi dan pulang semula ke sini Ahad petang. Nasib baik F&F tidak meragam dalam kereta. Pulang untuk melihat mak yang tidak sihat dan alhamdulillah, mak beransur pulih minggu ini.
 

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu