Posts

Showing posts from May, 2012

5 bulan

Image
Menjaga anak kedua, bagaikan cepat sahaja masa berlalu pergi. Diam tak diam, dah genap 5 bulan si Fiqah saya. Lagi 26 hari sahaja untuk mencapai target pertama PENYUSUAN SECARA EKSLUSIF selama 6 bulan. Alhamdulillah, Fiqah masih fully bf. Stok susu pun mencukupi untuk bekalan hariannya. Saya hanya pam 2x di pejabat. Pukul 10.30 pagi dan 1.30 ptg. Masa tertakluk pada perubahan. Tapi saya cuba untuk pam pada waktu yang sama setiap hari agar signal yang diberikan pada otak adalah tepat bagi membolehkan susu keluar pada waktu tersebut. Begitulah teorinya, tetapi secara praktikal, hanya kita yang memilih untuk merealisasikannya. Stok frozen EBM Fiqah telah saya gunakan bagi bulan April. Jadi stok sekarang nampaknya tidak perlu disusun semula memandangkan saya guna tidak lebih 3 bulan. Bekalan harian Fiqah sebanyak 5 botol. 4 fresh EBM yang dipam ketika di ofis dan 1 stok frozen EBM. Selalunya Fiqah minum 4 botol di taska, jadi yang tak habis sebotol saya akan jadikan stok frozen. C

Teman

Image
Boleh dah bawa F&F bershopping ke Tesco tanpa babanya. Kebetulan barang dapur dah habis, jadi saya pergi ke Tesco Semenyih. Pergi hari Ahad sebab kalau pergi hari Sabtu, tak dapat plastik beg. Bf Fiqah sampai kenyang dahulu, baru pergi shopping. Elok jer dia tak meragam. Akak Fina memang dah biasa ikut mamanya so tak ada masalah. Letak dua-dua dalam troli dan cari apa yang patut. Cukup 2 jam, balik rumah. Nasib baik ler tesco depan rumah jer. Bolehlah juga bawa F&F berjalan-jalan dan jadi peneman mama bershopping.

Meniarap

Image
Yeay!!!!Rasa sangat gembira sebab si bambam saya sudah mula meringankan diri untuk belajar meniarap. Minggu depan Fiqah akan genap 5 bulan. Jumaat lepas, bila dah kenyang bf Fiqah menunjukkan skills meniarapnya depan mama. Mula-mula pusing badan ke kiri, bahagian kaki, peha dan punggung parking dahulu, barulah bahagian kepala pula. Lepas bahagian kepala, tangan pula lagi sebelah sangkut. Tak lama tu, baru lepas kedua-dua belah tangan. Tapi Jumaat sekali jer dia buat, Sabtu Ahad langsung tak buat. Mamanya cuti, dia pun cuti meniarap. Terdampar jer. Nak ngiring pun agak malas. Samalah macam akak Fina nya masa zaman kecik2 dahulu. Alhamdulillah, Fiqah membesar dengan sihat. Masih terpelihara daripada demam. Selsema seperti biasa, kejap ok kejap kena. Maklumlah duduk taska, memang terdedah dengan virus selsema. Tapi dia tak mengamuk pun masa tidur. Waktu malam pun mamanya boleh tidur lena hingga ke pagi sebab Fiqah tak pernah lagi overtime masa tersebut.

Teacher's Day, Mother Day, Birthday Party

Image
Khamis lepas ada sambutan Teacher's Day, Mother's Day dan juga Birthday di Taska Nasyrah. Mama Fina tak sempat nak sediakan apa-apa potluck untuk jamuan kali ini. Hanya beli kuih muih di gerai depan Uniten untuk dibawa pada hari tersebut. Juga sedikit cenderahati untuk diberikan pada teacher-teacher Fina di Taska. Fina sekarang suka pergi Taska.  Bila suruh tukar duduk taska dengan adiknya, terus jawab tak nak. Hari-hari ada sahaja lagu yang dinyanyikan. Eloklah, ada juga peneman saya pergi dan balik kerja setiap hari. Cakap masih pelat, kadang-kadang saya sahaja yang faham Fina cakap apa. Tapi boleh dah bina ayat sendiri. Fina dah tak pakai pampers sepenuhnya sekarang. Malam pun tidur dah tak terkucil. Dan ini kad sempena Mother's Day dari Fina. Cantik Fina buat corak background tu kan.

Cik Fiqah

Image
Cik Fiqah saya minggu ini sudah pandai demand. Bila ambil dari Taska, sampai rumah terus bf seperti biasa. Lepas itu bila saya tinggalkan dia, menangis pula. Kenalah baba ambil shif petang untuk pegang Fiqah sementara saya buat kerja rumah. Selalunya jadual pegang start pukul 8 malam. Sekarang jadi awal pula. Bila nak makan malam, siap berpangku baru dia senyap. Mula-mula cembeng...   Tak lama kemudian...huwaaaaa...... Nak orang duduk melayan dia berborak, pegang dia, baru dia ontok. Kadang-kadang, Kakak Finalah yang tolong jadi nanny bila mama dan baba nak mandi atau solat. Kalau tidak, bergilir-gilir jaga dengan babanya. Dah nak masuk usia 5 bulan Fiqah minggu depan. Tiada tanda-tanda untuk meniarap. Nak mengiring pun agak malas. Ada satu minggu awal bulan ini saya makan ketam. Naik merah-merah pada telinga, leher dan pelipat-pelipat yang ada pada badannya. Rasanya kulit Fiqah alahan terhadap seafood. Jadi, buat sementara waktu saya tidak makan ketam dahulu. B

Air tangan

Saya menonton siaran Semanis Kurma di TV9 minggu lepas. Topik yang Ustazah Bahiyah bawa kali ini ialah tentang AIR TANGAN IBU. Kenapa walau dimana kita berada, jauh atau dekat, walaupun kita telah berumah tangga, kita masih rindukan masakan ibu. Setiap masakan yang ibu masak walaupun ringkas, tetap terpahat dihati dan sudah tentu paling sedap dan lazat di dunia. Tak tertanding dengan masakan yang lain. Saya akui semua itu. Dan walaupun insan bergelar ibu itu sudah tiada lagi di dunia, saya tetap rindukan masakannya. Air tangan arwah mak yang dilimpahi dengan kasih sayang ketika masak. Masakan terakhir arwah mak ialah sambal sardin. Saya masih ingat lagi walaupun ketika itu saya baru berusia 12tahun. Mak adalah seorang chef yang paling hebat masakannya. Rajin buat kuih, biskut, kek serta memasak lauk pauk. Kalau berhari raya di kampung nenek, mak lah yang menjadi ketua chef antara adik beradiknya yang berkumpul. Semuanya mak sediakan. Rindunya saat itu L Kupasan topik air t

Selamat Hari Ibu

Image
Semalam Fiqah tidur hingga ke pagi. Tak sempat main-main pun dengan Fiqah. Lepas ambil dari Taska, bf Fiqah, terus dia tidur sampai ke jam 6.30 pagi tadi. Tapi bangun 4-5x jugalah untuk bf. Kuat betul anak dara saya ni tidur. Saya suka hari Jumaat;) Sebab esok dah cuti. Jadi banyak masa dengan F&F 24 jam sehari. Bukan apa, waktu siang bila kerja anak lebih banyak masa dengan pengasuh. Rasa sekejap sahaja masa berkualiti dengan keluarga. Siapalah saya tanpa mereka disisi. Selamat Hari Ibu yang bakal diraikan Mei ini untuk semua mak, ibu, bonda, mummy, mama. Kita insan bertuah dan luar biasa hebat kerana bergelar seorang ibu yang tinggi darjatnya disisi Islam. Mari kita renungkan maksud tersirat dalam satu hadis yang selalu kita dengar dan baca. Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baikny

Eubos

Image
Cik Fiqah saya telah pandai buat aksi menumbuk ke kiri dengan kiraan 5 kali berturut-turut. Practise untuk ringankan badan meniarap agaknya. Itupun kalau rajin, sama macam Fina masa kecil. Suka terlentang sahaja dan kadangkala buat aksi kuak lentang. Tak apalah, asalkan Fiqah ada 'usaha' di situ. Gambar tidak jelas sebab Fiqah tengah buat gerakan senaman ke kiri dengan pantas. Juga kuat hisap jari. Kadang-kadang sampai 4 jari masuk dalam mulut. Cuma Fiqah tak kuat muntah. Bila terjolok anak tekak, dia berhenti hisap jari. Tak lama kemudian, masuk jari semula. Kalau orang tua-tua nampak, mesti dia cakap anak saya lapar. Suruh bagi makan. Nasib baik zaman sekarang ramai yang telah terdedah dengan saranan bf baby hingga usianya genap 6 bulan, tanpa diberi air kosong atau makanan tambahan yang lain. Kalau tidak, ramailah bayi yang belajar hisap jari diberi makan. Disebabkan kesan merah-merah pada pelipat leher, ketiak, telinga dan betis Fiqah masih belum hilang, jadi s